Jumaat, 28 Ogos 2015

Gunakan Kuasa Mu..!


Sebelum ni dilaporkan bahawa...

Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).
"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.
Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.
Semalam pula dilaporkan..
Jessica Gurmeet Kaur, pegawai yang dipecat daripada Pejabat Peguam Negara di tengah-tengah skandal 1MDB, bersyukur kerana dapatkan mengekalkan statusnya sebagai penduduk tetap Malaysia.
Beliau amat berterima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang mengesahkan statusnya penduduk tetap, tidak dibatalkan.
Jessica menyatakan demikian dalam satu kenyataan melalui peguamnya petang ini.
Jessica juga turut mengucapkan terima kasih kepada peguamnya atas usaha gigih mereka.
Beliau juga meminta pihak media menghormati privasinya supaya dia boleh meneruskan kehidupan tenang.
Jessica, seorang warganegara Singapura, yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, telah berkhidmat sebagai ketua pentadbiran dan kewangan untuk urus setia pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB.
Pasukan petugas itu menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Jessica ditahan tiga hari selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali - bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara yang dilihat sebagai sekutu perdana menteri.
Jessica kemudiannya dipecat dan Apandi membubarkan pasukan petugas khas itu.
Peguam Jessica telah melahirkan kebimbangan bahawa Putrajaya juga cenderung untuk membatalkan statusnya sebagai penduduk tetap dan berkata Jessica akan memfailkan "afidavit yang meletup" berhubung situasi yang membawa kepada pemecatannya.
Pada hari Selasa, Jabatan Imigresen berkata ia tidak akan membatalkan status penduduk tetap Jessica .
Jadi cerita afidavit yang meletup letup tu pun boleh diandaikan turut 'bertenang' dengan tenangnya tuan punya badan. 
Begitu la kuasa yang di'miliki' berjaya menyelesaikan masaalah yang kononnya bakal meletup letup..!
Gunakan la kuasa mu..! selagi kamu memilikinya kerana yang MAHA BERKUASA  bukan sahaja tidak tidur...malah mengantuk pun tidak..!
Kuasa dan kehendak NYA jua lah yang akan berlaku..! Doa dan bertawakkal lah..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. status PR je pun tp mengalahkan raja.. ini bangsa pendatang yang enak didodoikan Melayu2 lupa daratan. Sama mcm ko tuan blog.. nak hentam najib pun amik lah cerita yang membina dan untungkan Melayu Islam.. ini jilat kangkang kafir jugak.. ptuihh.. sama mcm Ketom dan GHB!

    BalasPadam
  2. Ketahikan apakah ini?? Berapa byk pula bangla dan indon dpt ic?? PrOooOoOOOTT0TTT

    BalasPadam
  3. Apsal org singapore boleh jadi boss di pejabat peguam negara? Rakyat malaysia takde ke? Bodoh betul cari penyakit! !

    BalasPadam
  4. Apa boleh buat, undi punya pasal bangla pun boleh jadi melayu. Tamak kuasa jual negara. Tanah semua boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduiii
      Bumi Allah ni milik kau sorang ke
      Kan dah bagitau, dia kahwin rakyat Malaysia, jd boleh la mohon PR
      Marah sgt pun jgn terlebih buruk sangka
      Tan Sri Azman Hashim dulu pun naik jd hartawan bermula di England bukan Malaysia pun. Beliau pernah jadi pencuci pinggan semasa merantau di sana.
      Jadi tak salah nak cari makan di mana2 pun di bumi anugerahNya ini.

      Padam
  5. Nak tutup kes 1MDB. Habis orang yang tidak bersalah jadi mangsa.

    BalasPadam