Sabtu, 22 Ogos 2015

Astagfirullahalazim..!


Kenapa begitu keji tindakan puak pengampu..! Ini kerja orang terdesak yang tersedak sedak..! Kuasa yang kamu miliki tidak akan mampu membeli jiwa yang benar...!

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.

The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk “menjelaskan  pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri” (Datuk Seri Najib Razak).

Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama “semua bukti” agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.

Semalam Malaysiakini melaporkan yang Abdul Hamid telah meletakkan jawatan di Cawangan Khas Polis selepas menerima surat perpindahan.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan Polis Diraja Malaysia bagaimanapun mendakwa dia tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
Perpindahan terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini. 

Yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa berada di pihak yang benar..! Tenang dan berserah diri..!
Sebaliknya???

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Bertaubatlah Najib, pengampu dan chai2 nya, kerana kamu semua telah memakan duit hasil syubha dan riba, bertambah buruk adalah hasil duit suapan najib ini kamu beri makan pada anak isteri, sedara, kawan....tergamak dan beranikah kamu semua berkata.."..ini duit upah najib beri hasil tulisan dan sokongan kami terhadap beliau....tak kisahkan?"

    Beranikah wahai pengampu najib dan chai sekalian beritau yang benar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik tuduh2 atas persepsi.

      Padam
  2. Org melayu sekatrang ni otak bercelaru....

    Terlalu byk fitnah ditabur oleh pembangkang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah kurniakan akal
      Suruh renung, fikir, analisa tak nak asyik kata ikut pembangkanglah, persepsi la.
      Fikir dan renung betul2 jawapan Najib dlm persoalan 1MDB dan 2.6 b , jawapan tidak ada yg konsisten

      Kami pun ada agama jugak, tskut Allah jugak
      Tapi kami tak rela pemimpin yg buruk akhlaknya

      Padam
  3. Apa kena mengena najib dlm isu ni... masalah betul yang suka fitnah...seolah2 negara dah tak boleh beroperasi... sepatutnya KSN tak boleh guna kuasa pindah balik 2 orang SPRM... dah jadi precedent masalah lah..

    BalasPadam
  4. Sebagai umat Islam kita kena renungkan kesudahan kemanakah kita surga atau neraka semua orang tak akan terlepas. Renung2kanlah

    BalasPadam
  5. Saya sangat setuju dengan komen sdra adzzam adzzam. Adakah jawapan najib mahupun zahid yang berbelit2 juga fitnah?

    Kalau fitnah dijawab dengan tepat betul fan ikhlas...mana mungkin isu 1MDB dan 2.6 Billion ini berpanjangan. Ini sebab bohong, berbohong dan pembohongan....wallahuaklam

    BalasPadam