Terasa ke tidak?
Adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, terus mengundang perhatian ramai pengamat politik tanahair menerusi mesej penuh makna terbaru beliau di akaun Instagramnya.
Kali ini, bos nombor satu kumpulan perbankan CIMB itu menggunakan gambar patung lembu (bull), simbol yang biasa kelihatan di mana-mana bursa saham, dalam keadaan terbaring.
Dalam istilah saham, pasaran "bull" menggambarkan pasaran yang sedang meningkat naik, berdasarkan cara haiwan itu menyerang musuhnya dengan menanduk ke atas. Ia juga boleh mewakili nilai bon atau matawang yang naik.
Mengiringi gambar itu adalah mesej Nazir menyarankan agar "orang kuasa" (power people) berhati-hati dengan kenyataan mereka yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran.
"Mati atau cedera? China yang akan menentukan, tetapi satu normal baru (dengan nilai relatif) akan muncul bagi kebanyakan pasaran baru muncul. Terima dan laraskan segera.
"Sementara itu, modal sangat sensitif; berita buruk dan petanda buruk diperbesarkan, jadi, orang 'kuasa' mesti elak bercakap benda bodoh," tulis Nazir.
Nazir sebelum ini juga pernah memuatnaik mesej penuh makna selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau keseorangan dalam mengkritik pentadbiran negara.
Nazir pada masa itu memuatnaik gambar mendiang penyanyi Michael Jackson dengan tulisan "You're Not Alone", tajuk lagu popular penyanyi itu.
Siri gambar dan mesej Nazir ini menimbulkan tanda tanya tentang pendiriannya terhadap pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak yang dikritik teruk rakyat mutakhir ini.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kalo ikut pemahaman nek tempoyak keparat, lembu tu da jadi bangkai... bangkai mcm dia gak!!..
BalasPadamnek tempoyak tue pembangkai...sedang elok laa cicah ngn smbal tempoyak hahaha
PadamSi Kerbau akan tumbang jugak akhirnya.
BalasPadamBull untuk naik dan bear untuk turun dlm pasaran forex dan saham adalah short form dari bullish dan bearish. Hanya untuk makluman.
BalasPadam