Isnin, 10 Ogos 2015

Masih Ada Masa Lagi..!


Kalau kita dipihak yang benar tentu mudah dan lancar untuk menjelaskan sesuatu perkara..! Tak payah terkumam kumam..! tak payah terangguk angguk..! Macam kenyataan Shafie ni...

Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan pertukaran secara tiba-tiba dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh menghilangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan Umno.
Naib Presiden Umno yang digugurkan daripada Kabinet dua minggu lalu itu berkata, perpindahan itu menimbulkan kesangsian di kalangan umum kerana SPRM masih menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar dalam siasatan 1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan? Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak,” soalnya menerusi kenyataan pada Ahad.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan ini jika tidak dijawab dan dijelaskan akan menambahkan lagi defisit kepercayaan kepada kerajaan yang sudah hilang sekarang ini.
Sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional masih ada masa..! masih berkesempatan...! jika ahli parti bijak dan berani menggunakan peluang dan ruang yang ada..! Macam ni...
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan rakyat perlukan pemimpin yang berani bersuara supaya perjalanan pentadbiran negara dan kepentingan rakyat diutamakan.

Katanya banyak perkara yang beliau ucapkan dan tanyakan kerana ia berkaitan kepentingan rakyat.

"Saya perlu menyuarakan kerana saya adalah seorang wakil rakyat. Kalau saya bukan wakil rakyat, saya tidak bersuara.

"Apa ertinya saya mewakili rakyat kerana ini kepentingan rakyat dan negara kita. Jadi, itu yang berbangkit.

"Saya boleh diam dan beri sokongan dan buat tak tahu sahaja. Saya yakin keadaan itu akan berlainan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Naib Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Abdul Karim Mustafa di Kampung Kubang dekat sini, hari ini.


Katanya beliau bangkitkan dan suarakan beberapa isu yang hangat diperkatakan kini kerana beliau ingin tahu sebelum dipersoalkan oleh rakyat.

Shafie berkata banyak majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis perasmian beberapa persidangan perwakilan Umno Bahagian yang telah beliau hadiri dan sambutan rakyat terhadap beliau amat menggalakkan. - Bernama.

Kan mudah..! cuma perlukan pemimpin yang berani dan yang penting pemimpin yang benar..! Ada...masih ramai lagi dalam UMNO yang mampu mengemudi parti dan negara secara benar, berani dan jujur..!
Tunggu apa lagi?
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Pemimpin Jepun kalau ada isu terus letak jawatan,tapi kat Malaysia pemimpin politik bukan saja terpalit dengan banyak isu dan skandal bahkan banyak berbohong dan kelentong masih nak pegang jawatan dan menjual air liur basi ke sana ke mari,muka tak tahu malu menjijikkan.

    BalasPadam
  2. Mana ada masa lagi dah .Siapa yg boleh repair Umno.?Shafie ,Mahyuddin?.Tos sah lah nak mengada-ngada ,aku langsung tak confidence.Mahathir?. pun sama.Cakap boleh lah.Sekarang kem Muhyeddin ,Shafie dan Mahathir bising,nanti kalau Najib diturunkan ,kem Najib pulak bising,lagi lah teruk jadinya.Serawak dah tentu pusing belakang,Sabah pun 2X5,Pahang dan Perak pun sudah tentu sama.Boleh menang lagi ke kalau macam tu.Semuanya tak ada otak ikut sangat tua nyanyuk yg gila kuasa.Bagi aku kalau Anwar Brahim jadi PM pun tak jadi hal. kau orang yg susah nanti,mentaliti subsidi,boleh hidup ke?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Bagi aku kalau Anwar Brahim jadi PM pun tak jadi hal."

      "Semuanya tak ada otak"..

      yg tak ada otak nya adalah ko..!!

      jelas pro pembangkang.. mmg la smpai bila pun ko x rasa umno boleh diubah sebab mentaliti pembangkang ko pun ko x boleh nak ubah..

      Padam
  3. anon 5.24...agaknya lu dah banyak sangat mnum air ketum kot!

    BalasPadam
  4. BETOIIIIIIIII TU SYAFIE, BETOIIIIIII SANGAT2.......TAPI SAPA BERANI????? YANG BANYAK TUKANG KIPAS

    BalasPadam
  5. Melayu dari dulu sampai sekarang bergaduh sama sendiri. Dari awal umno ditubuhkan, Dato onn pun kena 'gigit'.!! Tengku kena tendang dengan mahathir. Mahathir tendang Hussein onn. Tengku razaleigh lawman mahathir kena tendang. Najib alas sokongan mahathir tendang pak lah. Muhyiddin atlas sokongan mahathir nak rampas jawatan Najib. Melayu melayu. Kesian.

    BalasPadam