Rabu, 26 Ogos 2015

Siapa Sorok 3 Ekor Ni..!


Kata orang ada yang menyorokkan mereka..! di mana? sampai bila mampu bersembunyi?

Keluar dan berani menghadapi kenyataan..! Bertanggungjawab la..!

Siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd tidak akan lengkap tanpa keterangan ketiga-tiga individu yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri  Abdull berkata, sehingga kini ketiga-tiga individu terbabit (Pengarah Urusan dan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah syarikat itu, Datuk Suboh Md Yassin serta ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low) belum menghadirkan diri ke Bahagian Operasi Khas SPRM.
 
“Kita masih belum menerima sebarang maklumat berkaitan ketiga-tiga individu terbabit.
 
“Kehadiran mereka diperlukan bagi melengkapkan siasatan. Jika (mereka) tidak hadir, tidak lengkaplah siasatan,” katanya.
 
SPRM dalam kenyataannya, menerusi Pengarah Siasatannya, Datuk Azam Baki tiga hari lalu menyatakan, ketiga-tiga individu itu dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-318 7757 atau 03-8890 0752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000345 atau 03-8890 0754.
 
Mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
 
Azam juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini supaya menghubungi pegawai SPRM itu atau menghubungi pejabat SPRM terdekat.
 
Menurutnya, alamat terakhir Jho Low  dipercayai di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, alamat Nik Faizal di Alam Impian, Shah Alam, sementara alamat Suboh di  Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. kalau fikir sendiri,dlm awani ada sebut yg jho lo akan bertemu pihak berkenaan untuk membantu siasata...itu yg aku fikirkan...jgn marah dah kau suruh org fikirkan maka aku fikirkan

    BalasPadam
  2. Seperti kata pepatah....skrg direct to the point. Takde nak bermadah2. Zaman tu dah berlalu.
    Najib suruh menyuruk sampai setel. Malangnya tak setel2 la pulak. Tu yg jem tu. Nombor phone jho lo ada kat najib....call je la. SUSAH KE?

    BalasPadam
  3. Mungkin salah seorang ini lar nek tempoyak KEPARAT..cina tembam tolak tepi, tggl 2 org ni..ahaks

    BalasPadam
  4. Pelik. Di zaman dimana JPJ boleh terus hantar surat saman, takkan lah Imigresen tak boleh kenalpasti nama, IC, dan nombor paspot tiga ekor ni. Apa susah sangat nak track and trace three stooges ni. Issue aje arrest warrant, Interpol jumpa lah dia orang. Oh lupa, polis mungkin taknak masuk campur sebab bukan siasatan mereka, dan AG pon rasa macam untuk menyiasat DoReMi ni bukan penting sangat.

    BalasPadam
  5. Wewe Gombel cuma sorok budak2 aje ...
    Yg dah tua bangka ni ... kena sorok ngan Antu Tetek ...

    BalasPadam
  6. "Siapa Sorok 3 Ekor Ni..!"

    Yang jadi punahsihat najib berketurunan bangla dan mamak tu pun sama penting dengan 3 ekor ni....wajib di seret ke muka pengadilan!

    BalasPadam