Isnin, 10 Ogos 2015

Jenuh Tangguh Ke Lenguh..!

sumber
Dah kecoh satu alam tiba tiba PDRM melaporkan...

Polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.

"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita (polis) tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment(penderaan)".


Bagus la kalau PDRM tahu dan faham tuntutan rakyat yang mahukan SPRM menjalankankan kewajipan mereka..! Cuma apabila PDRM tiba tiba tangguh siasatan ianya tetap menimbulkan persoalan..! 'Kalau dulu beriya iya tak cukup siang malam dilihat 'mengerjakan' SPRM tup tup..! tangguh..! kenapa?' tanya Mak Timah yang baru balik menoreh..!

Tak cukup Mak Timah yang berada di ceruk kampung...adik Najib tokoh koporat di Ibu Kota pun muat naik dalam instagram nya berkata...


Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.


Berani kerana benar..! bukan buat buat berani kerana banyak yang nak di konar..! Bukan rakyat Malaysia sahaja yang mengikuti situasi ini secara dekat malah dunia juga sedang memerhatikan kita secara rapat..!

Biarlah SPRM menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka..! Kalau dah kita benar..kita betul..kita telus..! kita itu..kita ini..! apa yang kalut..!!!

Mak Timah sempat kata tadi..'rakyat tak jenuh, tak lenguh menanti jawapan walaupun depa asyik bertangguh tangguh'..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

psstt-Bos SPRM Dato Syukri pun dah balik malam tadi.. baca lanjut di sini

5 ulasan:

  1. Ini macam kes Anuar Ibrahim tangguh..............tangguh ada makna tu.

    BalasPadam
  2. 2600 juta!!!!! Jumlah terlalu besar bg rakyat marhaen untuk akaun individu.

    BalasPadam
  3. Dunia....dunia. Buat apa pun salah. Buat salah tak buat pun salah. Diteruskan kata tak sensitive, di tangguh kata ada muslihat. Macam kisah dulu2 anak dan bapa dan seekor kaldai. Sepatutnya kita istiqamah dan berdoa lah banyak2. Tak pa lah, akhirat nanti kita jawab lah bahagian masing2. Gembira lah agen anti Islam dan Melayu melihat kita bertelagah sesama kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi gembira agen anti Islam dan Melayu sebab yang buat bodoh bergaduh tu Perdana Menteri beragam Islam dan berbangsa Melayu sendiri. Nak kias pi kias kat PM bongok hang tu lah.

      Padam
    2. Masih gunakan sentimen melayu/islam, seolah-olah islam ajar kita ikut babi buta walaupun orang buat salah. Ini makin menjadi, asslkan melayu/islam boleh buat salah sampai nak buka low yat 2. Ingatlah, allah tak suruh kita permainkan islam.amin.

      Padam