Ahad, 16 Ogos 2015

Dasar Tutup Mulut..!


Huhuhu...

Sejarah dunia kewartawanan moden tercipta!

BUDAYA mengikat tangan wartawan daripada menulis sesuatu yang benar mengikut pengiraan mereka semakin berleluasa sekarang terutama dalam kalangan wartawan di media arus perdana seperti Utusan/Mingguan Malaysia.

Aku dapat tahu sebelum ini Penolong Ketua Pengarang Utusan, Dato Zaini Hassan disumbat mulut dan diikat jari jemarinya daripada menulis di kolumnya Cuit. Beberapa minggu juga suara Zaini yang lantang mengentam kiri kanan tak kira pembangkang atau kerajaan tak bersiaran di Utusan Malaysia.

Kecewa selepas tulisan-tulisan Cuitnya ditongsampahkan oleh bos lebih besar (khabarnya sebab arahan daripada pihak yang lebih berkuasa) maka Zaini telah membuka sebuah blognya. Blog inilah tempat beliau melepaskan buah fikirannya selepas ruangan Cuit di Utusan Malaysia "ditiadakan". Lebih bebas tanpa suntingan.

Bagaimanapun khabarnya ruangan Cuit Zaini Hassan di Utusan Malaysia telah "dikembalikan".

Baca tulisan-tulisan Zaini Hassan dalam blog Cuitnya di sini...

Kemudian heboh pula pasal Tan Sri Johan Jaafar yang juga mantan Ketua Pengarang Utusan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan Media Prima. Katanya kontrak dah nak habis dan beliau enggan sambung.

Tapi suara-suara sumbang dalam blog tanah air mengaitkan jawatan Johan di Media Prima dengan kenyataan beliau yang mempersoal penukaran dua pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB.

Johan mengaku dia lantang bersuara tentang soal itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Panel Perunding Pencegahan Rasuah (PPPR). Baca laporannya di sini... Jadi apabila keluar kenyataan bahawa beliau tidak lagi "berminat" meneruskan kontraknya di Media Prima, maka ramai yang mengaitkan dengan kritikan beliau itu. Hemmm....

Terbaru seorang lagi wartawan kanan di Utusan, Ku Seman Ku Husin mengalami nasib serupa dengan Zaini. Tulisan pojok Anekdot Ahad setiap minggu di Mingguan Malaysia "hari ini" tiada di dalam akhbar no.1 di Malaysia itu. Ku Seman juga adalah Pengarang Mingguan Malaysia.

Kehilangan Anekdot Ahad Ku Seman dikaitkan dengan tulisan beliau minggu lalu yang menghentam direct Najib Razak berkaitan wang derma RM2.4 bilion dalam akaun peribadi PM itu. Akibatnya dia teruk dihentam balaci-balaci Najib terutama Puak Zakarshi dan Salleh Said Keruak.

Ekoran itu Ku Seman dalam blognya (Kayangan Daily Post) telah mencabar Puad dan Salleh untuk berdebat. Bagaimanapun cabaran wartawan yang juga banyak menulis tentang dunia hiburan itu tidak disambut oleh Puad dan Salleh. Baca di sini...

Namun nasib malang bagi wartawan bernama Ku Seman (atau mereka yang lain) yang yakin segala pandangannya disokong oleh pihak atasan atau majikan (mungkin ada kata-kata manis yang pernah dilemparkan oleh atasan kepada mereka) seperti kata Ku Seman kepada MalaysiaKini pada 13 Ogos:
“I am given freedom by the management and I believe the freedom was given by Umno to criticise because Utusan is different from Harakah. Harakah is an official mouthpiece (of PAS) whereas Utusan is a newspaper and it has to act like a newspaper rather than a mouthpiece,” 

Tetapi hari ini nama penulis Ku Seman Ku Husin tiba-tiba hilang di setiap laman Mingguan Malaysia. Apakah ini yang beliau bilang sebagai kebebasan yang diberikan? Hehe... nampaknya Ku Seman bermimpi di siang hari dan asyik dibuai kata-kata manis pihak atasan yang jelas takut menerima nasib seperti Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Maka boleh aku katakan sekarang ini adalah zaman gelap bagi dunia kewartawanan di Malaysia apabila seorang demi seorang tulisan wartawan-wartawan hebat "dilenyapkan" daripada akhbar masing-masing yang aku rasa tidak pernah berlaku dalam zaman kewartawan moden seperti hari ini.

Kalau beginilah sikap pemerintah menangani pelbagai isu yang membebankan di pundak mereka, iaitu dengan menutup mulut dan mengikat tangan media dan wartawan, aku semakin yakin dan percaya PRU14 bakal menyaksikan perubahan parti yang memerintah Putrajaya.

Dan amat malanglah bagi umat Melayu dan Islam di bumi tanah Melayu ini jika yang menggantikan UMNO/BN di Putrajaya adalah parti yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.
sumber:voiceofbloggers.
Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Blogger Banggzng Putra Merdeka jadi sunber berita drp Blog Blogger Banggang Banggang...

    Memang Banggang, semua banggang, bahalul, bodoh, biol, sewel macai mamakkutty tak akan senyap selagi tak dapat makan kari kaa, tosei, kaa, paling busuk pon roti canai...

    Teruskan usaha membanggang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma penakut yg bersiaran tanpa nama
      Membodek dan menjilat tanpa bertanya

      Padam
    2. wah tanpa nama 11 39.... byk duit najib ko da sapu kne laa bt kje kn.... species penjilat najis najib upe nye

      Padam
    3. makan tosei makan kari ok lg klu nk banding makan tahik Bapok Boogeese Tadakteloq (BBT)... nnt klu BBT dh masuk istana Sg Buloh... langsung tadak tahik nk mkn...tk gitu 11.39ptg... so teruskan jilat juboq tahik Bapok Boogeese ko tu la smp licin... jgn nk nyebok kt sini klu dh huta mata dan hati...

      Padam
  2. Chai yang di upah tidak berupaya membalas dengan fakta dan hujah....suh saleh keruak balas kat ruangan ni...ada bran?

    BalasPadam
  3. Sama je macam masa Tun Mahahtir jadi PM dulu pun.Johan Jafar tu siap kena tendang dari Utusan,Nazri pula kena tendang dari NST,gara-gara PM nak tutup mulut penyokong Anwar.So tak ada yg pelik,kalau sekarang ni pun gitu.Lagi hebat ,Harakah kena gantung ,suara Keadilan kena rampas ,Detik daily Ahmad Lutfi pun kena bungkus.Lagi lah teruknya perangai Mahathir.Yg boleh survive Zam je.Lagi hebat Mahathir tutup mulut guna ISA.

    BalasPadam
  4. Hulubelalang Bugis dah tak boleh tidor lagi lah tak boleh berak, tuh yang merapu tak tentu arah! Nak jawab pakai akal pun memang dorang tak punya akal buang karan je layan dorang nih.

    BalasPadam
  5. Tan Sri Johan dah lama jadi pengerusi media prima dan beliau sendiri cakap nak bersara dari tahun lepas kan. lagipun yang ganti dia orang dalam media prima, timbalan pengerusi sekarang, bukan orang luar di bawa masuk. xde kaitan dengan politik lah.

    BalasPadam