Ahad, 13 September 2015

Definasi Rasuah Malaysia..!


Nampaknya dunia kena belajar dari Malaysia berkaitan definasi rasuah..! Kata SPRM...

Istilah derma perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh dan bukan hanya dinilai sebagai rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Beliau menegaskan, semua pihak perlu memahami maksud sebenar istilah itu seperti yang termaktub mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Dalam akta kita ada perjelaskan, apa itu bentuk suapan (dalam bentuk) derma, pinjaman, wang hadiah.

"Namun, ia tidak boleh dilihat dari segi lateral. Contohnya, tengok sahaja, sudah cakap rasuah, tengok sahaja, sudah cakap rasuah," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Melaka Ke Arah Ikrar Integriti di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia d Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di ibu negara.

sumber

Walaupun telah termaktub didalam Akta namun ianya hanya terbukti rasuah apabila seseorang yang berkuasa mengenainya mengakui dan menerimanya sebagai rasuah..! Contoh macam kat atas tu..!

Jika tidak? ianya tidak rasuah malah amal kebajikan yang perlu dicontohi oleh masyarakat dunia..! Walaupun berjuta rakyat didalam negara ini melihatnya sebagai rasuah dan tindakan salah namun ianya tetap bukan rasuah..! 

Ingat ianya bukan rasuah kerana yang berkuasa ke atasnya berkata sedemikian..! Itu makna rasuah yang wajar kita anuti dan telah berjaya diamalkan oleh segolongan puak  didalam negara..!

Jadi masyarakat dunia juga harus mencontohi kita..! Jangan banyak bunyi..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!! 

10 ulasan:

  1. sprm pun dah pusing2 cakap....tunggu najib bungkus...pegawai sprm ni juga boleh di bawa ke muka pengadilan kerana bersubahat...tak sabar sabar nak tau keputusan PRU 14...kih...kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahmad Bangsat, judi tu haram ke halal mengikut Islam? Syukur Alhamdulillah konon, makin judi pun syukur ke? Beri makan anak bini dengan rezeki haram pun syukur ke? Kau ni orang Islam ke? Kalau Islam tak berkelakuan gila begini, apa kejadahnya main judi lepas tu syukur alhamdulillah kerana menang judi, rezeki haram pun nak alhamdulillah ke? Patutnya masya Allah, rezeki haram, takut bagi makan pada anak bini sebab takut mereka dihumban ke neraka.

      Kepada Rahmad Brengsek, kau boleh pergi mampus dengan judi kau tu, bawa sekali Aki Rotak tu untuk turut melingkup bersama kau, jangan rosakkan akidah umat Islam dengan promosi bangang kau ni.

      Lagi satu, hidup di dunia ni sekali sahaja, kalau buat kerja gila macam kau dan Aki Kepala Hotak kau tu, ingat nanti bila dah mati boleh minta Malaikat Munkar dan Nankir bawa kau ke atas dunia untuk beramal ibadat semual ke?

      Bertaubatlah selagi masih punya masa. Sedarlah bahawa orang yang mengikut saranan kau ni, dosa mereka pun kau tanggung sebab kau punca mereka jadi begitu.

      Sedarlah semua.

      Padam
  2. Siapa lagi kit nak harap lepas ni?

    Semasa SPRM umum duit 2.6 b tu adalah derma, aku dah agak ada sesuatu yg tak kena dgn SPRM.
    Tolonglah SPRM jangan menambah luka di hati rakyat Malaysia

    Rakyat dibiarkan dibuai oleh khabar2 yg mungkin betul atau tidak.

    Rakyat dibiar dlm pesta persepsi dan fitnah.

    Sekarang, Allah tunjuk bukti satu persatu selepas majlis Doa Utk Malaysia, tapi ramai yg masih takut utk menyatakan kebenaran.

    Mesyuarat MT 9/9 lepas hanya mesyuarat angguk2 dan sujud tengkuk kpd Najib.

    Tiada gunanya TSMY mengaku totok sangat kepada Umno tetapi gagal memperjuangkan kebenaran kerana takut sangat jawatan akn dilucut.
    Apalh guna jawatan sekarang, jika hanya akan jadi tukang tadah telinga menerima cacian dan makian ahli Umno dan rakyat.
    Apalah guna jadi TIm. Presiden jika nak rasmi bahagian pun kena tolak dan berpilih2.

    Tak sedarkah lagi TSMY dan Umno Johor, pintu utk berhemah, ada had kerana kerosakkan semakin hari semakin bertambah.
    Nyatakanlah kebenaran walaupun pahit, kerana anda sebenarnya terus membiarkan ahli Umno dan rakyat Malaysia diperbodoh dan dipersenda oleh Najib dan juak2 pengampunya.

    Siapa lagi yg nak kita harap?

    BalasPadam
  3. Lepas ni bolehlah Mustafar Ali dilantik jadi Ketua Pesurujaya SPRM yang baru untuk ganti Tan Sri Abu Kasim Mohamad, sebelum ni Tan Sri Abu Kasim bercuti kerana mendapatkan rawatan, maka bolehlah buat alasan masalah kesihatan untuk menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Kasim, lepas tun Datuk Seri Shukri Abdull pula ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri di sebuah unit yang belum ditubuhkan dan perjawatan yang belum ada lagi seperti yang berlaku kepada Datuk Hamid Bador Timbalan Ketua Cawangan Khas Bukit Aman sebelum ini.

    Maka bolehlah Mustafar Ali diberi gelaran Tan Sri pula, boleh sebaris dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai pembela tegar Najib walaupun Najib terang-terangan buat salah.

    Kemudian bolehlah Najib syok sendiri kerana PDRM, SPRM, Jabatan Peguam Negara sudah dalam gengaman Najib, hanya BNM sahaja yang masih belum dikuasai oleh Najib, tapi tak mustahil tiba-tiba Tan Sri Zeti juga disingkirkan dari jawatannya dengan alasan kesihatan dan Jamal Sekinchan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara yang baharu atas segala 'sumbangan' dan 'jasa' Jamal Sekinchan menjadi pecacai suruhan Najib sebelum ini.

    Maka lengkaplah penguasaan Najib dalam agensi yang menyiasat kes skandal jenayahnya dan skandal jenayahnya itu akan ditukar menjadi derma serta sumbangan jariah yang oleh Najib pula.

    Lihatlah sekarang ini mana dia SPRM nak panggil Najib untuk memberi keterangan? Tak ada pun, tipu semua ni.

    Macam mana rakyat nak percaya dengan agensi penguatkuasaan kalau berlaku penyelewengan di depan mata mereka pun tak diambil tindakan, malahan diputar belit untuk melepaskan si penyeleweng itu pula.

    Rakyat sedang menilai.

    Salam ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Apalagi yg tinggal..kite gunakan kuasa sebaik baiknye bila tiba PRU 14....kesombongan pemimpin pemimpin umno..mau tidak mau.. perlu diajar..retorik retorik demi bangsa melayu, perjuangan utk org melayu di perlaungkan sepanjang masa, tak lain tak bukan hanyalah utk pemimpin pemimpin melayu bersenang bersenang bermewah mewah ... sampai bila??!!

    BalasPadam
  5. definisi rasuah....macam madey 22thn berkuasa......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak habis lagi mimpi ngeri ko.
      Tun dah pencen.
      Ni zaman Najib la.
      Zaman kencing rakyat.

      Padam
    2. 447...teruk nampak demamnyer..tak kebah kebah..da tak lame tu..

      Padam
  6. Anon 4.47pm kamu tu bodo piang

    BalasPadam
  7. 22 tahun Tun M usahakan dan banyak pembangunan dan kemajuan berlaku. Rakyat juga ramai yang berubah nasib diatas limpah kurnia rahmat Allah bersebab dari usaha seorang pemimpin berhati rakyat.

    Anon 4:47 jer antara yang ketinggalan atau yang malas hanya dia saja yang tahu .

    Atau masih ditakuk lama senantiasa berharap imbuhan dari dulang perak sehingga zaman bugis lanun penerima DERMA yang berubah ubah alasan?

    Otak tuh kasi lah kerja OT sikit!

    BalasPadam