Selasa, 1 September 2015

PAS Tinggal Spender..!


Nasib ler...selama ni doa dan sembahyang hajat semakin dimakbulkan tuhan..! tapi bukan kena parti lawan..! kena batang hidung sendiri yang bercendawan..!

PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Seperkara lagi...
Memahami sosio budaya politik Malaysia, seperti yang semua sedia maklum, kerusi kawasan majoriti Melayu sepatutnya ditandingi oleh calon Melayu. Manakala, calon bukan Melayu, di kawasan majoriti mereka. Pernyataan ini bukan perkauman, tetapi itulah realiti politik, dalam konteks Semenanjung.  

Biarkan UMNO, Pas, PKR atau mungkin GHB bergasak sesama mereka di kawasan majoriti Melayu. Manakala, MCA, Gerakan dan DAP di kawasan majoriti Cina.

Untuk kaum India, tidak ada satupun kawasan mereka mempunyai majoriti. Kerusi yang dimenangi sebelum ini adalah di kawasan majoriti Melayu (BN). Sedikit sangat kerusi yang dimenangi di kawasan majoriti Cina mewakili ultra kiasu. 

Jika kita pandai berstrategi dan memahami real politik, kaum yang tidak mempunyai mempunyai kawasan majoriti, tidak sepatutnya bertanding. Jika wakil kaum mereka diperlukan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan selepas PRU, maka lantiklah mereka sebagai senator.

Perkara ini pernah dilantun oleh MB Negeri Sembilan, tetapi diprotes hebat oleh ultra kiasu. Senario ini bukan sahaja di negeri Sembilan, malah di semua negeri di Semenanjung. Kerusi yang dimenangi oleh MCA, Gerakan dan MIC hari ini adalah kerusi ehsan kawasan majoriti Melayu. 

Nilaikanlah toleransi orang Melayu (Islam). Sanggup mengundi calon tidak seagama dan tidak sebangsa, tinggalkan calon seagama sebangsa, hanya kerana toleransi dan mendengar arahan parti.

Kenapa sukar sangat orang lain melakukan sedemikian? Kenapa ultra kiasu tidak meletakkan calon Melayu mereka bertanding di kawasan majoriti Cina seperti  Kepong, Seputeh, Petaling Jaya dan lain-lain?

Namun, pada PRU akan datang, tidak mustahil ultra kiasu akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Sudah pasti calon Melayu itu akan menang, kerana ultra kiasu tahu, hanya seorang dua sahaja Melayu dalam parti tersebut dan mereka tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

Calon dan kawasan berasaskan kaum ini perlu dilihat secara serius, terutama oleh BN jika ingin terus kekal berkuasa dalam PRU akan datang. Jika sekiranya formula bertanding mengikut kuota parti terus dilakukan, tidak mustahil BN (Umno) akan kehilangan lagi kerusi. 

Siapakah yang untung dalam permainan ini kalau bukan ultra kiasu? Mereka menambah kerusi setiap kali PRU. 

Memahami situasi masa kini, pendekatan berstrategi perlu diberikan perhatian serius. Apatah lagi dengan kemunculan GHB yang sudah pasti akan memecahkan lagi undi Melayu. 

Di kawasan mana GHB akan bertanding? Apakah mereka yang menang atas tiket Pas sebelum ini akan terus mahu mengekalkan kerusinya menentang Pas sendiri, selain berhadapan parti politik lain yang pasti akan bertanding?

GBH melakukan satu dosa besar jika menentang Pas, yang telah menaikkan mereka hingga ke tahap ini. Apakah ultra kiasu akan memberi laluan kepada GBH untuk bertanding di kawasan kubu kuatnya. Jauh panggang dari api. 

Tidak mustahil, GHB akan bertanding menentang saudara seagamanya sendiri seperti yang pernah berlaku dalam sejarah IRC (IKRAM) itu sendiri. IRC yang kini majoriti menganggotai GHB, masih ada dalam Pas, Umno dan Abim. 

Strategi mereka masuk ke dalam Pas untuk menguasai Pas telah dihidu oleh Pas. Begitu juga kehadiran mereka dalam Umno dan lain-lain pertubuhan. Strateginya pecahkan, bagi tujuan menguasai.

Saya menasihatkan IRC supaya berhenti melakukan kerja-kerja bodoh ini. Belajarlah erti ikhlas dalam perjuangan. Buatlah kerja-kerja yang lebih bermanfaat daripada merosakkan jamaah lain. Kamu tidak akan berjaya. 

Lebih baik buat kerja-kerja melondehkan strategi musuh Islam. Misalnya, kajian bertanyakan rakyat Malaysia sama ada Malaysian 1st, Malay 1st atau Muslim 1st

Sudah tentu Melayu Islam yang faham Islam, akan jawab Muslim 1st. Bukan Islam pasti akan jawab Malaysian 1st. Soalan dengan bukan Melayu tidak berkaitan dengan Tuhan, sedangkan kepada Melayu (Islam) secara langsung berkaitan.

Dalam Islam, kita diajar meletakkan agama di tempat yang paling atas, baharulah yang lain-lain. Meletakkan perkara lain di atas melebihi agama, boleh menjejaskan akidah dan tidak mustahil boleh menjadi kufur.

Allah tidak tanya kita sumbangan kita kepada bangsa atau negara. Allah akan tanya kita sumbangan kita kepada agama. Dalam agama sudah terangkum perkara berkaitan bangsa, negara dan lain-lain.

Bagi orang Melayu dan India (Hindu), agama adalah segalanya. Memainkan isu babi dan lembu sudah boleh menimbulkan suasana kurang harmoni. Bagi mereka yang memahami budaya politik Malaysia, sudah tentu perkara sensitif sebegini perlu difahami dan dihormati, demi masa depan Malaysia yang gemilang. 

Bagi orang Cina ultra kiasu, pula isu agama tidak berapa penting. Mereka lebih utamakan wang dan kuasa. Selagi mana ada cara boleh dapat banyak wang, yang lain sudah tidak penting. Maka pilihan Malaysian 1st, adalah perkara biasa. 

Cuba buat kajian bertanyakan soalan BM 1st, Mandarin 1st, atau Tamil 1st. Sepatutnya semua akan menjawab BM 1st. Apakah mungkin pilihan tersebut menjadi kenyataan? Moga Sambutan Kebangsaan ke 58 hari ini memberi sinar baharu kepada kita semua, bukannya gerakan harapan baharu. Merdeka! 

Tulisan Profesar Dr Redhuan Tee Abdullah.

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. ADE YANG NAK CARI CINA BUTA TAK? ADA 90% BUTA2 CINA HARI TU KAT BERSIH. PILIHLAH SORANG. HA HA HA.......

    BalasPadam
  2. PAS = Pakaikan Aku Spender

    BalasPadam
  3. Saya malu le nak kutuk2 PAS ketika ni ... sebabnya, sekurang2nya PAS masih lagi pakai spender.
    Pee Em aku ni dah terlanjang bogel abis ... masih tak sedor2 lagi. Nasib nasib ....

    BalasPadam
  4. Mari lah kita semua tolak Najib . Sokong lah DAP , parti yang tebaik untuk semua kaum .

    BalasPadam
  5. Ada formula yg boleh mengalahkan grombolan DAP,PKR ,GHB,Bersih dan Mahathir.Ianya sedang di atur.nanti bukan Pas yg tinggal spender, tapi Mahathir yg kena pakai pempers..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaiii
      Nak gelak ke nak muntah dulu ni

      Dengan org tua pencen pun kau mati akal

      Sape org tua power ni?

      Padam
  6. Parti GHB baru PAN akan berniaga untuk tabung amalnya. PAN akan jual kueh Tart resipi jenama Emak Kau. Maka join PAN dan beli TART jenama EMAK ENGKAU.

    BalasPadam
  7. TAKPA YANG KLUAR SEMUA PERASIT,,,,,,,BILA PAS DH CLEAR....DENGAN SENANG HATI AKU PANGKAH PAS......DAP TAKSUKA MELAYU.....TU PARTI MAT SABU......NAJIB RESIGN LA.....RAKYAT DH BENCI....PENGAMPU NAJIB SYOK SENDIRI KORANGG TAK BANYAKDAH.....TAK CAYA CUBA BUAT PILIHANRAYA BALIK.....MESTI MENANGIS TAK BERAIRMTA....KAH...KAH...KAH......HIDUP PAS

    BalasPadam