Isnin, 4 Januari 2016

HOT ~ Sebab Utama Kenapa Shafie Kena Buang Terbongkar..!


Patut la kena buang..! Shafie tak faham transforbasi..! rakyat perlu buat 2, 3 atau lebih kerja..! Rakyat tak boleh bersenang lenang dalam hidup ni..! Rakyat yang berjaya ialah rakyat yang boleh bertungkus lumus dan bermatian matian 'menghidupkan' keluarga mereka SERTA sentiasa berterima kasih dengan pemberian BR1M..! 

Kalau boleh cium tangan dan kaki pemimpin..! cup..! cup..! Tak gitu?

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa agar isu melibatkan kos sara hidup rakyat di negara ini dipandang serius dan diselesaikan segera.
Beliau turut menyarankan agar barisan pemimpin di negara ini menangani segala isu melibatkan rakyat dengan matang.

 “Sebagai pemimpin, peringkat kampung mahupun barisan pentadbiran, kita perlu tangani segala permasalahan ini dengan matang.

“Apa yang penting, isu-isu rakyat seperti kos sara hidup, pelbagai perbelanjaan yang semakin meningkat, perlu diambil perhatian serius dan penyelesaian segera perlu dilaksanakan,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau menjangkakan tahun 2016 bakal dilalui begitu mencabar dengan pelbagai isu dan masalah yang perlu diperjelaskan, diselesaikan serta ditangani melibatkan rakyat di seluruh negara.

Beliau turut menzahirkan komitmen kepada rakyat bahawa beliau akan memikul amanah yang diberi kepadanya sebaik mungkin.

“Terima kasih kepada rakan-rakan terutama Facebook yang tidak henti dan tidak putus menyokong saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga semua.

Alhamdulillah, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.


“Sebagai Ahli Parlimen dan juga Naib Presiden Umno, saya akan pikul amanah dan tanggungjawab yang dipilih oleh rakyat dan ahli Umno ini sebaik mungkin. Saya juga berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar kita semua diberikan kesihatan yang baik dan negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT. Insya-ALLAH,” katanya.

Hakikatnya Shafie perlu memilih untuk menjadi pemimpin atau menjadi rakyat..! Kalau nak jadi pemimpin Shafie perlu membuat kenyataan yang dilihat bombastik..! yang ada umpphh..! yang boleh menyebabkan rakyat ramai ramai ketawa..! mungkin 2-3 keturunan ketawa memikirkan kenyataan pemimpin hari ini..! Kan mengembirakan rakyat..!

Ini tidak..! Shafie lebih suka memilih isu masaalah rakyat..! isu kesusahan rakyat..! Itu isu lapok..! tak transform langsung..! Rakyat pun katanya dah berlumba lumba menyahut seruan kerajaan macam kat bawah ni..

Sesi persekolahan 2016 telah pun bermula pada hari ini dan Astro AWANI sempat melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil di sini, untuk mendapatkan reaksi ibu bapa mengenai kos perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.

Ada dalam kalangan mereka berkata, duit perbelanjaan harian persekolahan anak-anak bertambah berbanding tahun lepas.

"Bagi tahun ini, saya mahu cuba bagi RM2 untuk anak saya yang kini belajar tahun satu. Bagi yang darjah lima, biasanya saya bagi RM3.

"Tahun ini saya fikirkan dahulu sama ada duit belanja ini cukup ke tidak kerana kos sara hidup sangat mahal, harga barang pun mahal. Mungkin saya akan naikkan sikit duit belanja anak-anak saya.  

"Saya juga mempunyai anak yang hari ini akan masuk prasekolah di sini. Anak saya yang ini tidak memberikan duit belanja sebab ada peruntukan bantuan makanan prasekolah dari kerajaan," kata pesara tentera, Che Su Deraman, 50.

Pelakon Along Eyzendy, 36, turut hadir pada hari pertama sekolah anaknya  di sini pada hari ini, bagi membantu anaknya menguruskan wang perbelanjaan terutama ketika membeli makanan di kantin sekolah.

"Bagi hari pertama ini , saya mahu mengajar dia cara menggunakan duit di kantin. Saya nampak anak saya ini lebih suka membawa bekal sebab dia ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama.

"Anak saya ini macam sudah faham-faham kos barangan pada situasi ekonomi sekarang meningkat kerana dia sendiri minta isteri saya untuk membawa bekal, hanya di sekolah agama dia minta duit belanja," katanya.

Di sekolah berkenaan, sepinggan nasi lemak dan mi goreng berharga antara RM1 hingga RM3, bergantung kepada saiz pinggan.

Siapa suruh jadi rakyat?

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Serupa macam Amanah, masa dok serumah, tak timbul isu IS tapi bila bercerai...macam macam kritikan keluar walhal bertahun duduk bersama semuanya baik baik belaka. Habis nak kata apa, bro..

    BalasPadam
  2. Piee. Masih lagi umno lagi lah cai......yg mcm amanah tu najibrosmah...

    BalasPadam
  3. TNB dikatakan salah sebuah syarikat besar. Sebagai pihak yang memiliki monopoli dalam distribusi tenaga elektrik, pengguna tidak mempunyai pilihan selain menjadi pelanggan TNB. Tidak hairan TNB menjadi lebih kaya hingga mengatasi bank-bank tempatan dan antarabangsa. Bukti kayanya TNB boleh dinilai dengan melihat masa perkhidmatan kaunter TNB. Khidmat kaunter pejabat TNB ditutup pada jam 4:00 petang berbanding dengan 4:30 petang bagi kebanyakan bank.

    Sebagai syarikat monopoli utiliti, nyata TNB tidak mengutamakan pelanggan bila menutup perkhidmatan kaunter begitu awal. Pelbagai nasalah yang mereka cwtuskan dalam perkhidmatannya sendiri, khususnya berkaitan dengan perbekalan elektrik ke kediaman. TNB pantas dan cekap dalam memotong bekalan elektrik pelanggan. Pemotongan lazimnya dibuat pada waktu petang iaitu selepas pukul 2:00. Kaunter tutup pada jam 4:00 petang. Sebarang bayaran boleh dibuat melalui mesin di pejabatnya. Masalahnya penyambungan balik bekalan tidak dijamin secekap dan sepantas tindakan memotongnya.

    Pemotongan bukan sahaja dengan mencabut fius. Ada yang melibatkan meter dicabut bersekali dengan surat akaun ditamatkan. Dalam kes sebegini, pelanggan diarah supaya membuka akaun baru. Jam 2:30 petang cabut meter pelanggan, pelanggan tiba di pejabat TNB jam 4:05 petang mendapati kaunter telah ditutup. Bila dipersoalkan, pelanggan disalahkan kerana lewat sampai.

    Dalam sibuk rakyat menyesuaikan diri dengan kenaikan mos sara hidup, TNB berleluasa memotong dan menutup akaun yang tertunggak tidak sampai RM1,000.00. Apakah TNB telah begitu terdesak mendapatkan wang tunai untuk meneruskan operasinya maka pelanggan dijadikan mangsa? Jika adalah pihak lain yang menawarkan khidmat utiliti tenaga, pasti ramai pelanggan TNB memilih pembekal lain.

    Selain khudmat kaunter yang ditutup jam 4:00 petang, khidmat panggilan telefon pejabat juga beroperasi hingga jam 5:00 petang. Begitulah TNB yang telah diswastakan melayan pelanggan yang tiada pilihan. Mungkin LLN lebih baik daripada TNB jika mereka masih wujud. Mana tidaknya, kadar rasuah TNB mungkin setara atau lebih hebat dibanding jabatan penguatkuasa kerajaan. Bertanyalah kepada vendor TNB untuk mengetahui bagaimana mereka berurusan.

    Kepada pengurusan TNB, buatlah sesuka hati kamu sementara monopoli distribusi tenaga elektrik masih ada. Kamu menindas pelanggan yang tidak ada pilihan sesuka hati dan menawarkan khudmat kaunter yang begitu terhad hingga menyusahkan urusan. Kamu mencetuskan kesukaran dengan memotong bekalan elektrik selepas tengah hari dan kamu tidak membantu memudahkan pelanggan dengan menutup kaunter jam 4:00 petang. Kawan2 yang Islam dalam pengurusan TNB tentu tahu kamu akan dipertanggungjawabkan atas segala urusan ini.

    BalasPadam
  4. orang sabah dan pengundi kawasan semporna lebih kenal, tahu siapa dan bagaimana shafie , bagaimana permainannya dan siapa orang2nya, sebab itu kami tidak hairan dan terkejut dengan pengugguran shafie kerana kami dari dulu memang berdoa semoga shafie digugurkan ...
    kenapa orang luar yang hanya kenal kulit shafie sahaj pula bising dan berlebih2an ??

    BalasPadam