Sabtu, 7 Mac 2015

Muhyiddin Potong Stim Ler..!


Apa lah Muhyiddin ni..tengah syok syok mendapat sokongan kabinet tetiba buat kenyataan ni pulak..!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu 1MDB memandang serius dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat itu terutama di media sosial.

Menurutnya, bagi  membersihkan nama 1MDB, tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

“Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

“Mereka (Lembaga Pengarah) perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urus niaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan,”katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurutnya, ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita.

“Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku," katanya.
Muhyiddin berkata,  Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urus niaga yang dibuat sejak 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.

Jika tidak, katanya, kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

Beliau menegaskan  bahawa, sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.

Baca lanjut di sini.

Bukankah kabinet yang sama menolak permohonan 1MDB untuk menyuntik 3 bilion lagi..? Tapi minggu lepas berkata lah si Deloitte dan Arul kanda membentangkan segala isi perut 1MDB kepada kabinet..! 

Najib pun dengan garangnya mahukan Audit Negara mengaudit 1MDB dan mahu PAC memanggil 1MDB selepas itu..! Kenapa kabinet menge'sah'kan audit Deloitte terlebih dahulu dan bukannya Audit Negara? 

Apakah Audit Negara hanya akan bertindak sebagai 'rubber stamp' selepas itu? maka PAC hanya akan bertindak sebagai badan yang meng'amin' kannya sahaja..?

Kalau Audit Negara jumpa sesuatu dan mempertikaikannya...bagaimana pula dengan penge'sah'an yang kabinet dah buat?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan