Jumaat, 6 Mac 2015

Bubar 1MDB..?


Betul ke..? 1 Dunia minat dengan cerita ni..! Kenapa?

Baca...

1MDB nafi bubar, cuma struktur semula TRX, Bandar Malaysia 

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan sebuah laporan yang memetik sumber sebagai berkata, syarikat dana pelaburan negara itu bakal dibubar di bawah pelan pembayaran balik hutang termasuk penjualan aset.
"Dalam kajian strategik kami, kami melahirkan tujuan supaya TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia diuruskan sebagai entiti tersendiri dengan struktur pentadbiran bebas dan dipertanggungjawabkan dengan operasi dan kewangan sendiri, seperti Edra Energy," portal berita Kinibiz memetik seorang jurucakap syarikat itu malam tadi.
TRX dan Bandar Malaysia merupakan dua projek hartanah berprofil tinggi yang dikendali 1MDB, manakala Edra Energy merupakan unit tenaganya.
Laporan Reuters sebelum ini memetik sumber yang arif dengan syarikat dilanda kontroversi itu menyebut, 1MDB akan menjual 80% daripada Edra Energy melalui penyenaraian pasaran saham.
Sumber itu turut memberitahu, lebih RM18 bilion hutang 1MDB yang dikaitkan dengan aset tenaganya akan disalur kepada Edra Energy sebelum penyenaraian yang dijadualkan bermula dalam masa 6-9 bulan.
Edra Energy akan "ditukarkan kepada wang" pada 2015 sebelum projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya dimiliki Kementerian Kewangan.
Menurut laporan Reuters, ini akan menukar 1MDB menjadi struktur rangka yang akhirnya boleh dibubarkan sepenuhnya.
Bagaimanapun, jurucakap 1MDB memberitahu Kinibiz, di samping perubahan kepada Edra Energy, TRX dan Bandar Malaysia boleh menjual hak pembangunan tanah atau mengadakan usaha sama dengan syarikat kerajaan mahupun swasta yang mempunyai kepakaran pembangunan serta ekuiti dalam membiayai sesuatu projek.
“Kami memfokuskan kepada pelaksanaan pelan ini semata-mata, dan hanya selepas ia selesai, kami akan mempertimbangkan langkah seterusnya," kata jurucakap itu seperti dilaporkan.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan