KUALA LUMPUR: Proses undang-undang telah selesai dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang, kata penasihat sosio budaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan telahpun membuat keputusan dan mendapati Anwar bersalah (kerana meliwat).
Jika Anwar mahu mendapatkan pengampunan diraja, ia merupakan isu bukan perundangan dan sekarang terserah kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara dan kuasa mutlak untuk mendengar petisyen itu," kata beliau.
"Anwar harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang negara.
Bagaimana kamu boleh muncul sekarang dan mahu orang lain untuk mencontohi kamu sedangkan kamu sendiri tidak menghormati sistem yang kamu sendiri mendukungnya?"
Rais berkata demikian kepada pemberita di sini, Selasa selepas mengumumkan Konsert Muzikal Nusantara, yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 13 dan 14 Mac.
Rais ditanya mengenai permohonan yang dikemukakan oleh PKR kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membenarkan Anwar selaku Anggota Parlimen Permatang Pauh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari lepas, mendapati Anwar bersalah terhadap kesalahan liwat dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.
Rais juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menerima hakikat bahawa "undang-undang tetap undang-undang dan tidak mencampurkannya dengan simpati politik".
Lu Fikir La Sendiri!!!
Si Progol tegar bercakap tentang undang2 yg harus dihormati. Hukuman sula atau rejam sepatutnya keatas manusia ini yg hanya pandai bercakap tentang dosa org yg direka tetapi diri sendiri bergelumang dgn dosa.
BalasPadam