Kenapa?
"Saya tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi dan saya menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen amal untuk mengutip dana bagi mangsa pasca banjir yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
Mustafa meramalkan akan wujud permainan politik bagi semua jawatan lain di dalam parti dengan jawatan Timbalan Presiden antara yang menjadi persaingan sengit.
Mustafa berkata beliau tidak menjangka perpecahan akan berlaku di dalam parti selepas pemilihan tersebut.
Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan