Selasa, 29 September 2015

1MDB ~ Rahman Nak Rakyat Cakap Di Bawah Kolong Atau Dalam Gua?


Sebenarnya isu 1MDB dan isu derma RM2600 Juta bukan lagi isu negara semata mata..! Ianya sudah menjadi isu panas dunia..! 

Sebab tu dari peringkat tertinggi hingga lah ke peringkat rakyat jelata waima di Kota Belud pun rakyat menyembur nyembur air liur memperkatakannya..!

Jadi bila Menteri dilaporkan berkata...

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengingatkan jurubank supaya mengawal diri daripada "menggetarkan" pasaran dengan membincangkan isu ekonomi yang menjejaskan Malaysia di Instagram.
Menyuarakan pandangannya di akaun Twitter miliknya, Rahman berkata tidak kira betapa kuat tarikannya, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan pasaran. 
Menggunakan akaun beliau @mpkotabelud, katanya: "Bagaimana menarik pun sesuatu itu dari segi politiknya, seorang jurubank mesti menahan diri daripada membuat kenyataan yang hanya menambah kepada kebimbangan pasaran. Itu paling utama."
"Jika anda hendak menunjukkan keprihatinan, katakannya sekali dan kemudian diamkan diri. Orang tahu apa yang anda maksudkan pada kali pertama itu. Jangan getarkan pasaran.
"Tidak bijak untuk menggunakan Instagram membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia. Gunakan platform rasmi. Jangan meremehkan isu itu."
Dalam ​soal jawab menerusi tweet tersebut, pengguna Twitter ZHR @ziadrazak bertanya: @mpkotabelud sukar untuk mencari platform rasmi apabila suratkhabar berdaftar pun ditutup kerana membangkitkan fakta yang tidak ​menyenangkan:. 
Dalam responsnya, ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab ​kepada ​@ziadrazak​:​ ​"​Beliau sebahagian daripada jawatankuasa ekonomi.​"​
Walaupun beliau tidak menamakan jurubank yang ​dimaksudkannya, eksekutif bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak sering kali ​dilihat ​bersuara lantang mengenai isu​ ​semasa yang melibatkan pentadbiran abangnya Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Instagram beliau.

Rahman mungkin lupa kata kata Najib dahulu yang menyatakan bahawa 'zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir'..!

Sebagai Menteri dan juga Panglima Media Komunikasi Najib, Rahman tentu tahu peranan gajet dan ledakan maklumat yang berlaku di dalam medium sedia ada..! 

Apatah lagi seperti mana yang disebutkan oleh saudara ziadrazak di atas bahawa akhbar rasmi yang mendedahkannya pun telah ditutup...jadi saluran rasmi mana lagi yang mahu mengupas dan membincangkannya?

Nak harap TV3? RTM? Utusan? BH? ermmm...!

Rahman yang mengaku bahawa beliau sebahagian dari jawatankuasa ekonomi pun selama ni tak mampu menjelaskannya..! 


Sebelum isu 1MDB dan derma terbesar pecah membusuk Rahman tak pulak terjelir jelir lidah memberitahu rakyat akan sejarah penubuhan dan kebaikannya. 


Rahman sendiri dari awal lagi dilihat tidak tahu perjalanan 1MDB dan tak tahu perihal derma raksasa yang masuk ke akaun peribadi Najib..!

Rahman tak payah susah susah nak nasihat para pakar...beliau turun ke Kota Belud dan mampu memuaskan hati para pengundinya pun dah mujur..!

Sekarang ni cuba tanya wakil rakyat BN...berapa ramai yang mampu menjawab dan berhujah dalam menerangkan kemusykilan isu 1MDB dan isu derma RM2600 Juta kepada pengundi mereka?

Beberapa wakil rakyat dalam perbualan mereka tempohari mengeluh dan hanya boleh meminta pengundi bersabar dengan meminta tempoh 6 bulan seperti mana yang Najib sebutkan..! 6 bulan dari bila pun rakyat dah tak boleh agak sebab dah banyak sangat 6 bulan..!


'Kalau isu ini mampu menggoncang dunia dan menggoyangkan negara tentu sahaja ianya mudah dan sedang menggoyang goyang kerusi wakil rakyat kita'..kata seorang sahabat..!


Itu sebenarnya yang merisaukan rakyat dan meresahkan penyokong BN..! Rakyat dan pengundi khuatir ianya menjadi asas  penolakan rakyat kepada Barisan Nasional yang selama ini berjasa..!


Jelas, bahawa keyakinan rakyat sudah tergelincir dengan isu 1MDB dan derma..! Ini yang seharusnya menjadi kebimbangan kita semua..! Bukannya menafi dan menafi semata mata..!

Rahman kena rasional..! rakyat tak buta, pekak dan bisu..! rakyat hari ini cerdik..! lebih cerdik dari sesetengah Menteri..!

Faham tak???

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Duit...Buat beli duit...duit...buat beli C¡NTA..

    BalasPadam
  2. Rahman Dahalan pun bukan cerdik,layak kerani bank aje pangkatnya.Najib dah cakap dah dia x perlukan org pandai,dia perlukan org setia *penjilat*.org dah nak lemas batang mancis pun dia berpaut.

    BalasPadam
  3. Jangan risau PRU nanti penetunya, siapa yang akan memerintah..BN jangan bangga sangat, Allah lebih berkuasa..sama-sama kita nantikan Insha Allah..saya penyokong kuat BN (dulu)....

    BalasPadam
  4. Dah orang UMNO/BN sendiri nak buat org x pecaya dan nak kalah PRU14, apa lg yg kita boleh buat.

    BalasPadam
  5. Cakap kat Rahman Dahalan tu..orang Sabah bolihlah dia gulakan..ini orang Semenanjung..langit terbuka.ni la rupanya orang Sabah..baru je jadi macai Najib dah nak tunjuk pandai..selesaikan Sulu dahulu baru leh berkokok kat Semenanjung ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra Cahaya Al Majid,

      1. Saya orang melayu sabah juga tapi saya tak sebodoh rahman dahlan. Beliau ini macai najib sehingga dia sanggup cuci b....t najig tanpa persoalan. Sesungguhnya majoriti orang sabah tak suka sama dia.

      2. Walau bagaimanapun, I took offence to your statement on asking sabahan to resolve sulu issue when it is crystal clear of the failure of 2 orang malaya in the persons of rhetoric and NATO zahid and corroboration gets nothing hishamuddin (KDN and Def).

      3. Remember, without bn sabah and sarawak nos, umno malaya jangan harap ketuai kerajaan persekutuan.....cakap lihat sekeliling.

      4. Atau anda yang sebenarnya hidup dibawah tempurung!!!!!!

      5. Betul kata orang malaya menetap di malaysia timur, banyak orang malaya tak sedar diri.............

      Padam
  6. Anon 7.57 pm Gua respect lu punya cakap,ada betul.Tapi gua minta lu tolak BN kasi semua sabahan n sarawak sokong pembangkang memerentah Malaysia.Tolak kerajaan Najib...Gua sokong lu 100 %

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. We respect BN and will look into who leads federal BN in the next PRU14

      2. We will never vote for opposition

      3. We are with the majority who want najib and even zahid out.

      4. For this, umno and malay majority must play your part. Together we will rebuild a strong BN like we used to enjoy before najib and paklah became premiers. We get our respect from the whole world.

      5. It is by no mean an easy task of rebuilding what have been practically destroyed by paklah and najib. But with our strong political will, we should prevail.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. jangan jadi Pak Kadok , Menang sorok kampung tergadai . ibarat ayam berkokok , tapi ekor bergelumang tahi

    BalasPadam