Jumaat, 25 September 2015

1MDB ~ Pecat Jer Zeti..!


Apa pulak yang Shafie gesa ni..

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya menerima saranan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya menyelesaikan segera isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya pelabur tidak terus hilang keyakinan kepada Malaysia.
Naib presiden Umno itu yakin kenyataan Zeti berhubung kejatuhan mata wang berpunca daripada skandal 1MDB mempunyai kebenarannya kerana Bank Negara sendiri terlibat dalam siasatan syarikat sarat hutang itu.
"Tan Sri Zeti selaku gabenor Bank Negara memperingatkan dengan niat yang kita yakin beliau mempunyai pelbagai maklumat tentang 1MDB yang perlu penjelasan dan penyelesaiannya," kata Shafie kepada pemberita semasa majlis korban di Semporna, Sabah pagi ini.
Zeti (gambar) baru-baru ini berkata, negara tidak perlu satu lagi skandal kewangan dan menegaskan kejatuhan mata wang hanya akan pulih jika isu berhubung 1MDB diselesaikan segera.
Beliau juga berkata orang ramai berhak mendapat jawapan berhubung skandal kewangan membabitkan syarikat yang dinaungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Shafie berkata, jika isu 1MDB tidak ditangani segera, ia akan terus menghakis keyakinan pelabur.
"Kesan dan tempiasnya bukan RM42 bilion defisitnya atau 2.6 bilion dalam ‎akaun peribadi tapi kesan daripada keyakinan dan kepercayaan pelabur antarabangsa boleh terhakis kalau perkara ini tidak diatasi."
Walaupun 1MDB memiliki aset yang besar, ia bukan aset yang produktif, kata Shafie.
"Kita sedar mengenai asetnya yang mungkin melebihi daripada hutangnya, tapi kita juga sedar dan tahu aset yang ada bukannya produktif yang tidak meraih hasil di mana pihak 1MDB terpaksa bergantung kepada pihak yang lain untuk mengatasi masalah (hutang) ini.
"Pendekatan perlu menggunakan kebijaksanaan bukan hanya dengan menjual aset sedia ada selepas itu jualan aset pun hilang, hasil pun hilang."
Nilai ringgit jatuh kebelakangan ini ke paras terendah sejak krisis terakhir pada 1997.
APa la nak pening pening..! pecat jer Zeti..! abis cerita..! Kan itu cara yang di amalkan oleh kerajaan Najib dalam memeluk cium 1MDB selama ini..!
Tak gitu?
Lu FIkir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Skandal mega ini sekiranya tidak diselesaikan dgn segera harus RM menjunam. Jangan jd duit Zimbabwe, Iraq. Pi sekolah terpaksa bawa berbilion semata mata nak beli ais krim.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan saranan "pecat" saja Zeti dan lantik pulak Salleh Keruak jadi Gobenor Bank Negara - Najib akan pasti terus kaya...kaya...dan kaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantik kak rose la... mesti lagi cun ekonomi kita....

      Padam
    2. cun...cun nik ade laa huhuhu

      Padam
  3. Apa bila sebut nama Salleh Keruak, telinga aku terpiang-piang2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun sama.....rasa nak balun je mamat mangkuk ayun ni.....tak sedar diri tua kutuk je lah layaknya. Kaki ampu bodek.

      Padam
    2. Aku muntah hijau keluar keruak keruak.

      Padam
  4. tapi sebelum "pecat Zeti" kena pecat "Agong" dulu la....baru puas hati...SEMUA KUASA ada dlm tangan....ada brani pahlawan Bugis?

    BalasPadam
  5. Tiap malam najib tak mungkin mampu tidur lena. Logiknya kepala otak akan memikir apa lagi ikhtiar utk selamat menjelang esok. Aku yakin bahawa faktor letih, pening dan tak cukup tidur lama kelamaan akan buat najib berundur. Semoga doa dan keyakinan aku termakbul.

    BalasPadam
  6. Apa Shafie Afdal buat masa jadi menteri kabinet. Takkan masa 1MDB nak ditubuhkan kerajaan tak brief kabinet kerana ia syarikat kerajaan. Takkan tak ada followup briefing. Kenapa tak beri pendapat masa tu. Baru sekarang nak tunjuk pandai silap lah.

    BalasPadam
  7. Hai tak faham faham rupanya... Mana ada brief pd kabinet atau parlimen... Klu nak bodek pun Jgn lah jd bxxxh...
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe
      Jenis ni, kalau jadi ikan mmg sahih terkorban akibat kemilau rapalla.
      Penyapu2 Najib mana reti nak buat homework. Cakap pakai kepala lutut.
      Bila diketawakan akibat kebodohan sendiri, mula ajak kawan2 dtg serang sambil mencarut2.

      Padam
  8. Saya ni orang kampong, kalau nak bodek Najib pun apa saya dapat. Tapi saya berfikir secara rasional dan positif. PM najib ni satu satunya Perdan Menteri yang ambil berat terhadap kebajikan rakyat sama saperti arwah Tun Razak terutama rakyat diluar bandar. Sebab itu orang yang ada kepentingan marah kepada beliau kerana mereka sudah tidak semewah zama PM sebelum ni. Banyak fitnah yang dilemparkan. Saya rasa majoriti rakyat menyokong beliau. Insyaallah Allah akan memberi rahmat kepada usaha beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.insyaallah.

      Padam
    2. Sebab dapat BR1M?
      Kelas menengah, gaji RM5k kebawah kalau duduk di bandar besar skrang ni, ramai dah masuk kategori miskin bandar.
      Mereka tak dapat BR1M, kena incometax, kena GST, bayar cukai pintu, SWM, paksa bayar persatuan di tempat kerja, bayar parking dll.
      Paling aku marah dah la kena incometax, lepas tu kena lg GST....duit2 cukai ni pulak sesuka hati bagi kpd BR1M.
      Yg dapat BR1M ni betul2 miskin/kurang mampu ke?
      Pemerhatian aku, kalangan inilah yg banyak jadi perokok tegar dan membuat kerja2 yg tak berfaedah sprt berjudi, minum arak dsb.
      Kalau tgk hphone, pengarah jabatan pun terkedu.
      Kenapa?
      Sebab, ramai antaranya miskin atau kurang upaya kerana pilihan sendiri.
      Masa bersekolah, main2. SPM saja kelulusan tertinggi tu pun cukup2 makan.
      Bila mohon kerja, gaji dibayar ikut kelulusan. Jumpa pulak pasangan yg sama pemikiran. Beranak pinak, tapi gaji tara tu jugak.
      Bukan aku nak hina, ini realiti kehidupan, tengoklah sekeliling.
      Bukan semua tetapi kebanyakkan penerima beri yg berumur antara 25 hingga 50 ni beginilah keadaannya.

      Utk apa kerajaan bazirkan berbilion2 ni hanya utk belanja poket yg singkat.
      Kenapa kerajaan tak gunakan duit berbilion ini utk jadi penghasil produk2 keperluan sprt ayam,telur, menjadi pemborong dan pengedar makanan secara terus sprt susu, gula, tepung dsb.
      Bukalah kilang2 dan pusat2 penghasilan setempat disetiap negeri. Aku percaya dgn cara ini kawalan harga dpt dijalankan lebih efisien dan tentunya lebih murah. Peluang pekerjaan pun makin bertambah.
      Hasilnya pun berpanjangan dan tetap.

      Padam
    3. Setuju 100% bro itulah realitinya. Dapat BR1M beli ayaq biak

      Padam