Sabtu, 12 September 2015

Alhamdulilah..!


NEW YORK, Jumaat – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengibarkan bendera Palestin di ibu pejabat PBB di New York selepas mendapat undi majoriti dari ahli.
Resolusi tersebut diluluskan selepas 119 wakil negara bersetuju, lapan mengundi menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat manakala 45 berkecuali.
Keputusan  itu  akhirnya membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB.
PBB kini diberi masa 20 hari untuk melaksanakan langkah tersebut menjelang lawatan Presiden Mahmoud Abbas pada 30 September ini.
Wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata apa yang diputuskan ini merupakan simbolik tetapi ia juga satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa. 
“Inisiatif itu berpotensi memberi harapan kepada rakyat Palestin bahawa masyarakat antarabangsa masih menyokong kemerdekaan negara bergolak itu,” katanya. 
Akhir bulan lalu, beberapa negara Arab menggesa untuk mengangkat bendera Palestin dan Vatican bagi menikmati status pemerhati bukan ahli bersama-sama dengan 193 negara lain. 
PBB menegaskan bahawa Palestin telah menjadi negara pemerhati bukan ahli di PBB pada 29 November 2012.- Agensi 
Yang hak tetap hak..! benar tetap benar..!
Hanya masa yang menentukannya..!
Macam cerita kita juga ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur.. Perjuangan rakyat Palestin telah di iktiraf olih PBB dan berkibarlah bendera dgn megahnya. Tapi apa pula perjuangan Persatuan Silat Pesaka dlm perhimpunan baju merah ? Maruah bangsa Melayu dah dijatuhkan olih PM sendiri. 1Malaysia telah dimalukan olih pemimpin kita.Bermuhasabahlah kita dan jangan salahkan bangsa lain. Walla hu aklam. . Zeck g view

    BalasPadam
  2. Sbb sikap xapa pada bangsa lain lah palestin dijajah..menerima Israel yg dulunya pelarian..bibit2 itu dah ada dimalaysia..


    BalasPadam