Rabu, 23 September 2015

Belon Pun Jadi Hal..!


Patut patut ler..! Tak payah la juak juak pengampu nak menjilat hingga kilat sampai ke tahap penyapu..! Najib dan Rosmah pun tak sedar kejadian tu berlaku..!

Di negara lain, ramai pemimpin yang dibaling objek, dikecam, dilontar, dipenjara malah dicampak ke dalam tong sampah pun ada..! Itu dugaan sebagai pemimpin..!

Itu semua tak berlaku kalau pemimpin sendiri tidak mencetuskan sesuatu yang meresah dan merisaukan rakyat..! Tak gitu???

Penari Bilqis Hijjas yang dituduh menghina dengan menjatuhkan belon kuning dalam acara dihadiri perdana menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
“Dia putuskan untuk lawan kes ini kerana dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,” kata peguamnya Michelle Yesudas kepada pemberita selepas prosiding mahkamah.
Hakim Nur Azura Murah menetapkan jaminan RM500. Pengurusan kes akan dibuat pada 26 Oktober ini.
Bapa tertuduh, Hijjas Kasturi, yang juga seorang jurutera terkenal, bertindak sebagai penjamin untuk Bilqis yang kini popular dengan gelaran “Gadis Belon”.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Bilqis, 35.

Pada Hari Merdeka 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan di pusat membeli belah Pavilion di ibu negara dalam acara dihadiri Najib dan isterinya Rosmah Mansor.
Ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.
Belon yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan "democracy", "justice", "free media" yang kemudian dipecahkan oleh pengawal keselamatan.
Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku.
Lautan manusia menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung selama 34 jam di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad menjelang Hari Merdeka.
Mereka mendesak Najib melepaskan jawatannya ekoran pelbagai masalah yang dihadapi negara selain dakwaan skandal melibatkannya.
Kekadang rakyat hanya bertindak balas..! memberi reaksi..!
Siapa dan apa puncanya???
Lu FIkir La Sendiri!!!

1 ulasan: