Isnin, 21 September 2015

Kera Di Hutan Di Susukan..!


Terasa macam bodooohhhnya..!

Malaysia Perlu Beri Hadiah Kepada China Untuk Setiap Kelahiran Anak Panda, Perlu Pulangkan Semula - Wan Junaidi


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membayar US$600,000 kepada China bagi setiap anak panda yang dilahirkan disini selepas 12 bulan dan memulangkan anak panda itu kepada China apabila usianya mencecah 2 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Perkara ini termaktub dalam perjanjian antara Malaysia dan China yang mana turut menyebut dua ekor panda, Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang), dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun, kata beliau dalam satu sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Zoo Negara hari ini.

"Tidak, panda-panda itu bukan milik Malaysia, walaupun mereka lahir di Malaysia

"Kita perlu memulangkan anak panda itu ke Chengdu, China, selepas dua tahun. Kita juga perlu memberikan hadiah di atas kelahiran panda, iaitu US$600,000 bagi setiap panda yang dilahirkan di sini", tambahya.

"Untuk memberi nama kepada panda (yang baru dilahirkan), kita perlu persetujuan dari China seperti dalam perjanjian", kata Wan Junaida sambil menambah kementerian akan menganjurkan satu pertandingan menamakan anak panda itu.

China bersetuju meminjamkan dua ekor panda bagi menanda 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.

Wan Junaidi berkata Malaysia adalah negara kelapan yang menghasilkan panda daripada 18 negara yang mempunyai panda di dunia ini. - Siakapkeli.my

Dialihbahasa dari : thesundaily

Bodoh lagi membodohkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Bela lembu lagi bagus nanti tak payah import lembu dari india.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perjanjian dan kerja gila begini hanya ada di Malaysia, apabila seorang bodoh memimpin, kaki bodek dan pemakan dedak mengekori dari belakang juga dari jenis bangang.... mana nak dapat?? Tun M pun kena respek kalau mcm ni!!

      Padam
    2. $600K = RM2.4 Juta... perghh berapa ramai orang miskin boleh gunakan untuk sesuap nasi...

      Mengapakah malangnya bangsa ku... ;(

      Padam
    3. Ahaiii
      Kebijaksanaan kerajaan Najib.
      Malaysia masih bayar ufti kpd China.

      Padam
  2. spore,jepun pun sama bodoh gak pi ambik panda china..ko je la pandai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21 September 2015 8:47 PG, sudahlah bela dan beri makan pada panda tu, lepas tu beri duit hadiah sampai USD 600 ribu, lepas diambil semula panda tu oleh China, Malaysia hanya bazirkan wang beri makan, bazirkan wang sedia tempat tinggal, bazirkan wang USD 600 ribu beri hadiah, lepas China syok sahaja ambil balik panda yang dah dibesarkan dengan wang milik rakyat Malaysia itu. Lebih-lebih lagi guna wang dari GST yang diperas oleh rakyat termasuklah kanak-kanak dan pemintak sedekah pun kini dah kena bayar cukai, beli barang di pasaraya kena cukai 6%, panda dapat USD 600 ribu.

      Sedarlah semua.

      Salam ikhlas, salam perjuangan A Ba Ta daripada

      Abu Bakar

      Padam
    2. Ko pegi semak, (kalau betul spore dan jepun ambik panda) perjanjian mereka dgn china... ada ke bodoh keparat mcm Malaysia? jangan asyik nak menjilat saja. apa, bila us , kanada, jepun buat benda tu, kita pun kena buat walaupun kita miskin? dah tu rakyat kena terima je??? biar miskin, tapi jgn bodoh... tau!

      Padam
  3. Itu sebenarnya ufti utk emperor cina macam zaman sultan melaka..Siam nak serang Melaka pun tak berani...Sekarang kita dah merdeka tak perlu hantar ufti lagi...kalau nak serang Malaysia silakan...hidup lawannya mati...itu biasa.

    BalasPadam
  4. Ini semua najib punya kerja! Tujuan utama beliau adalah ingin ambil hati pengundi cina, chai2 pulak ambil taktik anti cina dan dap, kerana najib dan pengampu beliau sudah sedar dan terlanjur dengan taktik ambil hati kaum cina!

    $600,000 USD setahun, belum termasuk kos pembinaan tempat tinggal panda ini, jika beri bantuan orang miskin lebih baik atau buat rumah kos rendah sejumlah 600 unit pun lebih baik!

    Bela Penguin pun tak serugi camni.

    Nah sekarang Najib, kami rakyat marhaen hanya mahu kamu letak jawatan itu jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Tanpa Nama21 September 2015 9:21 PG

      Aku bersetuju dengan pandangan kamu. Tambah lagi pelawat dari Cina tidak lagi dikenakan visa.

      Padam
    2. Kerja bodo tak tentu hala, rakyat diperas GST 6%, tapi panda pula diberi hadian USD 600 ribu.

      Inilah hasil transformasi bodo Najib dan kuncu-kuncu.

      Padam
  5. Masuk zoo dah tentulah kena bayar.Nak tengok panda ni pun kena bayar sekali lagi.Maknanya duit bela panda ni rakyat Malaysia yg kena bayar.Entah apa faedahnya pun tak tahu.

    China memang melampau,dia jadikan panda tu milik ekslusif negara dia.Dahlah gitu dia tumpangkan panda dia kat sini kita pulak kena bayar berjuta2.Lepas tu kena pulangkan balik dengan anak2 dia sekali.Memang dasar cina tamak haloba.

    Orang utan kita pun tak ada kita buat gitu pada mana2 negara yg nak bela orang utan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat kena peras GST 6% dari belian barang-barang dan perkhidmatan, panda pula dapat USD 600 ribu dan dapat makan percuma, tempat tinggal percuma, rawatan percuma lepas tu China ambil balik panda tu, kerja bodoh menyusahkan diri sendiri, bazirkan wang tak tentu hala selepas peras dari rakyat.

      Padam
    2. Cina tak melampau, yg bodohnya SEGELINTIR pemimpin kita yg bodoh. Dalam urusan pembelaan ini adalah kontraktor umno dan orang atas untung. Masuk sikit keluar betjuta.

      Padam
  6. Bootlickers Bugis nih asyik kena hentam 'bodoh' invoke negara lain lah, orang lain lah, perkara lain lah sama bodoh sampai namakan Spore, Jepun etc.

    Apa kejadah kalau orang lain bodoh kamu nak ikut sama bodoh?

    Nih melayu kena kencing dari petikan JMD,

    https://www.facebook.com/OrientalDailyNewsMalaysia/videos/vb.108713149189581/994411257286428/?type=2&theater

    cinabeng yang ngaku 'MALAYSIAN' cukup cukup cibaikan melayu...

    BalasPadam
  7. Panda di zoo disusukan...

    BalasPadam
  8. apa faedahnya untuk rakyat malaysia aku pun tak faham..nampak dimana bodohnya kita..

    BalasPadam
  9. Kalau kita cerita dekat budak tadika pun budak tadika akan kata Malaysia dibawah Najib ni bodoh. Tapi nak buat macam mana macai2 Najib semua bodoh negara lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Hanya orang otak udang ja fikir macam ni kih kih kih

    BalasPadam
  10. Pada pendapat saya, kenapa Malaysia menerima peluang ini walaupun perjanjiannya menampakkan sedikit gusar bagi rakyat, adalah berasaskan strategi politik serantau. Kita boleh lihat pada masa menerima kehadiran 2 panda ini, adalah semasa situasi negara getir menurut pandangan dunia serantau..

    Dengan kes MH370 yang berbagai teori,MH17 dan kekacauan lain yang memperlihatkan ada tangan-tangan lain yang cuba mengambil kesempatan ke atas negara Malaysia. Makanya, dengan menerima kehadiran Puteri Hang Li Po ini sedikit membantu dalam mengganggu perancangan dan modus operandi musuh dalam selimut mahupun sebagai kaedah diplomatik unggul yang pernah Kerajaan Melaka lakukan lama dahulu..

    Mudah-mudahan ada penjelasan sebenar tentang perkara ini...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamak kutty percaya CIA terlibat mystery mh370 ghaib tapi mamak kutty suruh macai dia jumpa FBI pasal kes 1mdb.. hehe mamak dah nyanyok kot atau mamak kutty buat2 lupa

      Padam
    2. Apa kena mengena dengan isu MH370 dan isu RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta serta 1MDB?

      Sepupu Najib yang merupakan Menteri Pertahan merangkap Menteri Pengangkutan ketika itu tak tahu atau sengaja tak nak tahu mengapakah radar tentera udara Malaysia walaupun mengesan objek yang mencurigakan di ruang udara Malaysia tanpa membuat apa-apa usaha untuk berkomunikasi dengan objek tersebut? Atau adakah ada arahan supaya jangan berkomunikasi dengan objek tersebut?

      Macai Najib boleh tolong ulas ke, kalau tak tahu sila tanya sepupu Najib iaitu Hishammuddin tu pasal apa jadi macam ini ye?

      Alasan bodo dari Panglima ATM pun tak boleh nak digunakan, apa kejadahnya tak buat komunikasi, boleh main agak-agak ke? Ni Panglima ATM ke atau si pengecut nak mampus?

      Padam
  11. Sudah tiba masanya kita membantu dan menyokong dasar pemerintahan pm najib kita.

    Ahhh, pedulikan dasar liberal pm najib, pedulikan dasar pm najib mengambil hati kaum cina.

    Apa yang penting kita selamatkan najib!

    Ayuh kita adakan tabung derma khas untuk menyelamatkan panda dan penguin!

    Ya betul!!!!

    Tabung derma selamatkan panda dan penguin dari rakyat marhain dengan tulus ikhlas kepada pm najib.

    Ayuh apa ditunggu lagi?

    BalasPadam
  12. Rakyat tolong bela panda,najib dah bela mak badak.Tapi dua dua rakyat yg tanggung.Cai cai pun tumpang sekaki jilat jilat.Kenapa bodoh sangat

    BalasPadam
  13. Nak buat macamana yg memimpin pun bangang punya orang,kalu tak bangang tak dak kena klentong billion billion

    BalasPadam