Jumaat, 11 September 2015

Khaled Terus Memartabat Guru Agama Islam Di Johor..!


Alhamdulilah...Syabas dan Terima Kasih YAB Menteri Besar Johor..!

Khaled tahu dimana bumi dipijak, dimana langit yang dijunjung..!

Kenaikan bayaran gaji dan emolumen kepada guru agama

1.Pelantikan terus guru-guru sekolah agama lepasan Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) dari Gred DG17 terus kepada gred jawatan guru DG29. Ini melibatkan 346 orang guru dengan jumlah anggaran tambahan emolumen sebanyak RM10.9 juta;

2. Kenaikan gred guru seramai 881 orang yang diberikan kenaikan gred berdasarkan time-based dari DG29 ke DG32 melibatkan anggaran tambahan emolumen adalah RM4.1 juta;

3. Seramai 71 orang guru agama kerajaan Johor telah mendapat kenaikan DG32 ke DG34 yang melibatkan pertambahan peruntukan berjumlah RM79,200.00.

Dengan kenaikan gred ini maka jumlah keseluruhan tambahan gaji/emolumen yang melibatkan seramai 1,298 orang guru agama kerajaan Johor adalah berjumlah RM15.1 juta.

Inilah antara usaha Kerajaan Negeri bagi menghargai dan membalas segala bakti guru-guru sekolah agama di negeri Johor yang sangat berjasa pada agama dan bangsa. Guru-guru ini adalah para mu’alim yang tidak pernah kenal lelah, menyampai risalah Illahi kepada anak-anak bangsa kita.

Mereka telah mengabdi diri, membentuk dan mendidik hati-hati kecil anak-anak bangsa tentang ketauhidan, tentang ketaqwaan, tentang akhlak mahmudah dan tentang nilai menjadi insan kamil demi menyempurnakan fardhu kifayah bagi pihak kita dan yang lain.


Bukannya menjunjung puak yang tidak reti berterima kasih selama ini..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Patutlah UMNO johor cakap tegak aje,sederhana saja..Jiran PAS sebelah rumah pun boleh datang rewang.....rupanya ramai berpendidikan agama..Ada sebuah negeri di atas angin tu ramai berkopiah tapi jiran sebelah meninggal pun tak jenguk kerana bendera lain lain....agama apa di anuti pun kami tak tau.

    BalasPadam
  2. tetapi khaled tahu x berapa ramai pelajar sekolah agama rakyat sekarang..berapa byk kos yg ibu bapa kena keluar utk ank mereka..kenapa khaled x membantu ibubapa yg menghantar anak mereka sekolah agama rakyat..kos pakaian, kos yuran, kos beli buku dimana bukunya baru dpt setelah 6 bulan belajar..tiada bantuan ker untuk ibubapa tersebut..sila ambil perhatian lah khaled

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhhh??!!..keldai pun bole jadi gabenor??!!.. johor pulak tu..

      Padam
    2. Anak aku sekolah agama gak.
      Kerajaan dah banyak bantu.
      Tanggungjawab pendidikan ni, pertama-tama atas ibubapak.

      Bukan nak menyalahkan atau pukul rata semua.
      Dari pemerhatian aku, org Melayu kita ni sanggup berhabis utk dua benda/perkara.
      Pertama, bagi lelaki dan perempuan ,handphone. Bukan cikai2, harga lebih daripada yuran2 sekolah agama.
      Kedua, bagi lelaki, rokok, sekarang ramai jugak yg hisap vape. Satu hari belanja utk rokok RM 10, sebulan RM 300. Bila mintak yuran2 utk anak mula tengking bini, pihak sekolh dsb. Semua salah.
      Zaman gawat, pandai2lah nak idup.
      Pasu2 bunga tukarlah jadi pasu lada, terung, bendi, limau dsb.

      Padam
  3. gaji naik....elaun naik.....ambik. pangkah tetap bulan. sebab parti isle.....

    BalasPadam