Sabtu, 26 September 2015

Najib Terus Di Hina..!


Apalah nasib negara ni dibawah pentadbiran Najib..! Tahun ni sahaja sudah tidak boleh dikira penghinaan demi penghinaan yang dicurahkan kepada pahlawan bugis tersebut..! 

Dari dalam negara hingga la keperingkat dunia, semuanya sinis dan tak kurang juga yang berterus terang..! Semua seakan senada, sehati sejiwa menolak dan mengemukakan pelbagai isu yang merosakkan reputasi Najib selaku pemimpin nombor 1 negara..!

Soalnya kenapa? kenapa pula satu dunia tiba tiba dilihat tidak sukakan Najib?

Terbaru semalam juga dilaporkan...

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berharap keharmonian antara kaum yang dipamerkan peniaga di Jalan Petaling di Kuala Lumpur akan terus berkekalan.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan itu petang ini, lapor Malaysiakini.
"Kami harap Malaysia akan mengekalkan kestabilan sosialnya demi menjadi destinasi pelancongan yang ingin dilawati, dan bukan sebaliknya.
"Saya berjalan-jalan di Jalan Petaling hari ini dan semuanya baik-baik sahaja. Bisnes berjalan baik dan ada ramai pelancong antarabangsa. Namun lebih penting lagi, saya lihat orang Cina hidup harmoni dengan kaum lain. Saya senang hati.
"Kita tak mahu situasi sebaik ini dirosakkan orang lain dengan niat tidak baik," katanya.
Dalam lawatannya itu, Huang turut memberitahu yang pihaknya sedang memantau situasi semasa di Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi memastikan pelancong dari negaranya kekal selamat.
Kedutaan Amerika Syarikat dan Australia sudah mengeluarkan amaran perjalanan kepada pelancong di sekitar Jalan Alor selepas terdapat kemungkinan pengganas Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) akan bertindak di kawasan pelancongan itu.

Bukankah tindakan Duta China ini satu campur tangan? tidak kah tindakan Duta ini mempersenda dan menghina institusi keselamatan negara kita?

Bukankah tindakan Duta ini merupakan perbuatan biadap yang mesti dibantah..! 

Wisma Putra mesti menghantar kecaman ke kedutaan China agar menasihatkan Duta mereka supaya tidak mencampuri urusan negara kita lebih lebih lagi isu yang melibatkan keselamatan negara..! Mana suara IGP???

Sudah la negara dimalukan dengan pelbagai isu yang membelit seperti isu 1MDB dan isu derma peribadi RM2.6B, malah tak pernah berlaku dilaman rumah kita sendiri seorang Ketua Negara diserang dan dikaitkan dengan isu rasuah..! Kini, Duta China pulak sudah menampakkan campur tangan asing..!

Kerajaan Najib nak buat apa lepas ni? nak minta lagi sekor dua Panda untuk dibela???

Cukup cukup la..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

20 ulasan:

  1. lepas ni boleh bg bagi kewarganegaraan pada rakyat China yang nak duduk Malaysia....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tu kenakan syarat pada semua warga negara baru ni mesti undi BN macam yang dilakukan keatas warga Bangla.

      Padam
  2. Terang-terang campur tangan pihak cina, apa macam wisma putera ada berani ka ?

    BalasPadam
  3. Walau terus dihina namun Najib tetap mendapat sokongan Melayu ditambah dgn sokongan semua rakyat Sabah & Sarawak.. Melayu jati akan tetap sokong Najib walau Melayu Liberal cuba memperlekehkan beliau.. hidup Najib.. hidup Baju Merah.. kami akan sokong Najib selama-lamanya.. biarkan Madet & geng dia meroyan menyalak..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terbalik tu. Melayu Liberal lah yang menyokong/membodek/menjilat Najib sebab Najib sendiri seorang berfahaman liberal sementara Melayu jatilah yang tengah sangat menyampahkan dia.

      Padam
  4. Apa yg Najib dihina???.....korang ni kalau nak tulis pun biarlah guna otak..

    Yang hina Najib hanyalah musuh dia...antrabangsa pun tak semua hian Najib.

    jgnlah sekadar sekor dua yahudi hina najib, terus dikata Najib dihina oleh masyarakat antarbangsa...

    Najib ok ajer bila di negara Uncle Sam....dapat pengikthirafan lagi..

    Sedarlah wahai rakyat Malaysia g baru nak bangun, mereka sebenarnya tak percaya pun apa yg mereka baca di akhbar mereka....kita kat Malaysia ajer yg bodoh, ikut dan percaya bulat bulat berita mereka....

    Sedarlah, musuh kita sebenarnya ialah pengkhianat negara termasuk ramai pimimpin pembangkan yg merosakkan nama negara dan memberi info dan maklumat palsu dan tak sahih kepada akhbar yahudi antarbangsa ni...

    Nasib kita baik sebab Allah sentiasa melindungi Malaysia...
    Semua ni memberi semangat kepada semua rakyat Malaysia dan org Islam untuk bersatu

    BalasPadam
  5. Tak apalah....aku faham apa sebenarnya niat Baju Merah...

    Mereka ni nak ajar BERSIH secara tak langsung ..

    Dia buat demo kat KL, ramai peniaga melayu bumiputra di Jln Tuanku Abd Rahman dan tempat lain kena tutup kedai...

    Aku harap penganjur BERSIh yg dah ditunggang oleh pembangknag terutamanya DAP , mula berfikir untuk buat BERSIH 5 di lain kali..

    Belajar ikut undang undang.....ramai lawyer dm DAP dan BERSIH, tapi bodoh semunya...Aku tegok mereka ni angkuh, errogant....

    BERSIH buat perhimpunan tak ada permit...tak dengar nasihat Polis.....POlis suruh buat kat stadium merdeka atau Stadium Merbok atau stadium shah alam, tak nak ikut.

    Apa agenda mereka nak buat demo menjelang hari kebnagsaan dan di sekitar dataran merdeka????? Polis kata tangguhlah perhimpunan ni minggu depan selepas hari kebangsaan, tapi pemimpin komunis mereka tak mahu...

    Yang hairannya beribu ribu kaum cina dtg ke sekitar dataran merdeka selama 2 hari, Haram nak lihat mereka ni semasa perayaan Hari kebangsaan. Kemana mereka???

    Kenapa BERSIH boleh dtg tapi hari kebangsaan tak boleh datang????

    Siapa yg racicst dan tak patriotik??????

    BalasPadam
  6. Dah rompak duit rakyat memang patut di hina!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tuduh2 berdosa. Ada bukti?

      Padam
    2. anon 826ptg..nak bukti? bli brg kt hypermarket kn blh dpt bukti...tertulis GST 6% dgn huruf besar lg...ker anda ni buta huruf... fakta da ade tp npe masih nk spin lg guna dosa dn pahala

      Padam
    3. Tali barut cina komunis..otak kau macam bangkai tak boleh berfikir waras..yg perompak demokrasi puak2 rejim pembangkang..

      Padam
  7. Anon 12:48 & 1:22 adalah orang yg sama. Biasalah tu..kerja klentong & mengelirukan dia konon ada ramai penyokong Najib di sini.

    Hey Kejora Liberal, kenapa pulak sekarang dah belot tak mengaku Melayu Liberal. Pandainya berlakon..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoii Wak Seman pendatang Singapura
      Ngko ni anak gampang tengok ke cara
      Asal sokong P.M. jer ngko label Kejora
      Bengong betul ini bahalol monyet kera

      Padam
  8. Jom kita pegi lawat orang islam xinjiang pada bulan puasa...nak tengok kenapa kakitangan kerajaan dilarang puasa...pukimak punya kominis

    BalasPadam
  9. Saya orang kampong. Sebenarnya majoriti rakyat menyokong kepimpinan Najib terutama golongan bawahan dan pertengahan dan rakyat luar bandar. Sebab itu lah usaha untuk menjatuhkan Najib gagal walaupun berbagai usaha dijalankan. Saya cadang BRIM terus diberikan supaya lebih dekat dihati rakyat. Ada rakyat yang tak sabar hendak ke bank ambil BRIM. Ini menunjukkan PM Najib lebih bijak mendekati rakyat. Saya nak cadangkan juga satu dari resolusi Baju merah untuk menghidukan semula ISA dilaksanakan. Rakyat sudah fed up dengan banyak sangat fitnah, maklumat yang tak betul disebarkan untuk menghuruharakan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thaksin bekas PM Thailand dulu pun menambat hati orang-orang kampong dan orang-orang berpendapatan rendah sebab dia banyak beri wang dan bantu mereka.

      Tapi Thaksin ditolak oleh orang-orang bandar dan yang berpendidikan tinggi, yang faham tentang ekonomi dan soal kewangan.

      Saya teringat perbualan saya dengan seorang makcik yang miskin. Kata dia, kami orang miskin tak ambik kisah hal politik ni. Kami hanya akan marah jika makanan tak ada. Bila lapar, kami sanggup merusuh.

      Saya faham. Mereka simple minded. Mereka hanya pentingkan perkara2 asas - makanan. pakaian, tempat tinggal.

      Saudara,

      Apakah saudara tidak kisah jika wang yang digunakan untuk membayar BR1M kepada saudara dan mereka-mereka yang layak itu adalah wang yang dipinjam?

      Bila pinjam, tentunya kena bayar balik kan?
      Dan setiap pinjaman. pastinya ada caj/faedah/bunga yang juga perlu dibayar kan?

      Sekarang ni wang yang sering menjadi mangsa pinjaman kerajaan ialah wang tabungan kami yang bekerja makan gaji ni iaitu wang KWSP dan wang KWAP.

      Tahukah saudara, sekarang ni dengan 1mdb yang sedang menanggung hutang yang tak mampu dibayar sebab perniagaannya setakat ni masih membuat kerugian, dengan perbelanjaan kerajaan membina prasarana yang banyak, kerajaan masih lagi belum mampu membayar balik segala hutang kepada KWSP dan KWAP.

      Perbelanjaan Kerajaan dalam setiap Bajet Tahunan ialah dengan wang pinjaman. Sebab itulah sudah beberapa tahun Bajet Tahunan Malaysia disebut sebagai Bajet Defisit.

      Mungkin saudara akan kata fakta yang saya tulis ni ialah satu fitnah. Ye lah, sebab saudara tak faham pasal ekonomi kan. Susah juga nak jelaskan di sini.

      Hmmm..... apa boleh buat kalau tak faham tetapi tak nak cuba faham.

      Padam
    2. Mana duit BR1M pinjam? Memandai2 je kau ni.

      Padam
    3. otak beku anon 828ptg....

      Padam
    4. dia pinjam ngan pak dia. aku pun susah gak.....alhamdulillah. dapat brim dapat tampung sikit2.

      Padam
  10. Kerajaan pinjam duit kwsp kita siap bagi dividen 4 ke 6 %. Kalau simpan fix deposit pun tak sampai banyak tu.. pelikkann kannn kannnnnnnn!

    BalasPadam