Jumaat, 18 Mac 2016

Tips Sembunyi & Lari..!



Layan...

Mohd Najib Lari Dari Wartawan


KALAU kita mendalami peristiwa “serang hendap” wartawan Badan Penyiaran Australia (ABC) terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, pada 12 Mac lalu di Kuching dan tahu latar belakangnya, kita tidak akan terperanjat.

Wartawan Linton Besser dengan lantang bertanya mengenai dakwaan duit ratusan juta dolar dalam akaun peribadi Perdana Menteri. [Boleh tonton di sini.]

Sebenarnya itulah cara yang masih ada bagi wartawan mendapatkan maklumat terus daripada Mohd Najib, melainkan wartawan itu daripada media arus perdana (MAP) tempatan.

Itu pun, dalam temu ramah khas yang diatur lebih awal penemu ramah diberi taklimat apa yang haram, wajib, sunat dan makruh ditanya. Soalan perlu dikemukakan lebih awal.

Temu ramah televisyen pula akan dirakam dan disunting sebelum disiarkan. Kalau ada isu yang sensitif, yang dijemput melakukan temu ramah bukan wartawan tetapi profesional bidang berkenaan. Terketar-ketar si penemu ramah bertanya soalan pra-rancang.

Ahli ekonomi Charon Mokhzani temu ramah Najib
 Dulu, pada zaman yang disifatkan oleh media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa.

Habis sangat soalan tak dilayan atau wartawan kena herdik. Saya pernah diherdik di hadapan khalayak di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie aka King Ghaz kerana dituduh “menyerang hendap” beliau - lebih kurang macam krew ABC lakukan terhadap Mohd Najib.

Lepas itu dengan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allahyarham Tun Ismail Mohammad Ali, juga pada tahun 1981.

Alhamdulillah, akibat daripada peristiwa itu kedua-dua mereka menjadi kawan baik saya hingga ke hujung usia mereka. King Ghaz mengajar saya mengenai politik, parang saraf dan diplomasi. Ismail mengajar saya ketelusan dan amanah, perbankan dan pelaburan.

Najib Elak Wartawan

Sekarang tidak ada cara lain “menemu ramah” Mohd Najib selain menyerang hendap. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

Menurut beberapa orang pengarang MAP, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau.

Untuk pengesahan, saya menghantar pesanan ringkas berikut kepada salah seorang setiausaha akhbar beliau: “Assalamualaikum. Apoplogies. Needs official confirmation. MSM editors told me, PM has not been holding PC or talk to reporters on the sideline. For my blog. Tq. A Kadir Jasin.”

(Assalamualaikum. Mohon maaf. Perlu pengesahan rasmi. Pengarang MAP memberitahu saya, PM tidak lagi mengadakan sidang akhbar atau bercakap kepada wartawan selepas majlis. Untuk blog saya. Tk. A Kadir Jasin.)

Tidak ada jawapan daripada beliau.

Mohd Najib dan pengawas media beliau takut kalau-kalau ada wartawan yang berani bertanya soalan menakutkan berkenaan skandal 1MDB, RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Kemungkinan hal itu berlaku amat kecil kerana pengarang MAP sudah pun diberi taklimat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh ditanya. Manakala wartawan MAP pula tahu kalau mereka bertanya soalan sensitif mereka pasti akan dikenakan tindakan dan laporan mereka tidak akan disiarkan.

Kisah Zaman Dulu

Teringat saya kepada saat-saat terakhir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera sebagai Perdana Menteri pada tahun 1969/70.

Walaupun menghadapi kempen dari dalam dan luar Umno untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, Tunku tidak pula menyisihkan diri daripada wartawan.

Sebaliknya wartawan yang menyisihkan diri daripada beliau. Kalau sebelum itu sidang akhbar dan lawatan beliau dilaporkan oleh pengarang dan wartawan kanan, apabila kempen menjatuhkan beliau terjadi, pengarang dan wartawan kanan diarahkan agar tidak lagi memberikan beliau keutamaan.

Walaupun dipulau Tunku tidak lari dari wartawan
Sebaliknya prioriti liputan diberikan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Gerakan Negara (NOC).

Tetapi Tunku tetap Tunku. Sama ada kepada pengarang dan wartawan kanan atau pemberita kadet beliau memberi layanan yang serupa – mesra, tanpa kasta dan penuh lawak jenaka.

Waktu itu saya pemberita kadet di Bernama dan banyak membuat liputan kegiatan beliau di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Kemanusiaan dan rendah diri Tunku tidak ada tolok bandingnya. Moga-moga rohnya diberkati.

Kesimpulannya, kalau mahukan komen terus daripada Mohd Najib kenalah jadi warga MAP atau lakukan serang hendap terhadap beliau macam yang dilakukan oleh wartawan ABC.

Berkenaan respons lisan dan fizikal PDRM terhadap serang hendap ABC itu, saya serahkan kepada para pembahas dan pembaca mengadilinya. Hanya perlu tonton video YouTube yang saya pautkan.

Wallahuaklam.

kadirjasin

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Mappadulung daeng mattimung karaeng sanrobone...

    BalasPadam
  2. Selama mana hendak lari wahai pm? Pusing-pusing jumpa juga

    BalasPadam
  3. Jamal tongkol buat demo tadi, entah makcik mana dia angkot, megarut betul, kah kah kah

    BalasPadam
  4. Kikikikih kih kih.....
    Dgn rosmah takut, dengan wartawan kecut, apa punya jantan bugis ni...
    Memalukan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah..kah..kah.. satu org lagi tu.. nmpak mcm le berani. tp tgk2 keliling dia FRU. Black Maria. UTK dan the ultimate pengecut.. ISA.

      kah....kah...kah..kah pengecut terbilang! mamak lidah cabang tiga

      Padam
    2. 1120.. eh ehhh!.. ape yg klako caiii!!..
      ..da makin kronik penyakit pemakan dedak..da tak lama la tuh!!!..

      Padam
  5. LAGI BAHAN BUKTI JELAS KAITAN HUBUNGAN PEMILIK BANGLO DAN LIM TOKONG CM PENANG :

    http://www.pisau.net/lagi-panas-dokumen-terkini-pemilik-syarikat-dan-pemilik-banglo-terlajak-murah-yang-di-jual-kepada-lim-guan-eng/


    opsss sorrryy..

    waa manyak lupaa arr.. ini blog sulah jadi geng cm lim dapig maa.. join sama mahateeerr... manyak soolii... lu kasi hantam najib saje maa??

    BalasPadam
  6. 10:42...

    Dgn orang tua usia 91 tahun...lagi takut. Inilah pahlawan Bacul yg dibanggakan oleh UMNO (United Mohd Najib Only) alias PERKEMBAR (Persetubuhan Kebangsatan Melayu Baruah).

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde sapa takut dgn si tua sakit jiwa tu

      dah kita tau dia sakit jiwa/ mental disorder@ GILA wtpe lah nk pergi tadah kepala untuk org tua gila tu.. bodoh la namanya.

      Biar je lah dia nk melalak gila sorng2.. selagi dia larat. semoga panjang umur dia dlm kegilaan tu. Aminn!

      Padam
    2. Hei 11:18 budak Kejora Libral..

      Toksah gormal le...selagi masih kecut telur sembunyi di sebalik 'Tanpa Nama'. Mana maruah & kelelakian kamu. Ahhh....???

      Padam
  7. beli banglo Terlajak MURAH dari org yg ada personal interest dlm jualan tanah kerajaan negeri-company hospital private mcm ini barulah boleh cakap ada unsur rasuah.
    LENGKAP dengan BAHAN BUKTI.. baru boleh buat carta alir.. sbb wujud bahan bukti jelas.

    Ini cerita Hikayat Mahazalim membuat wayang kayangan.. carta alir ke mana hala.. satu bahan bukti jelas pun tak nampak.

    lepas tu blog dedak expired asyik ulang..ulang..ulang tuduh fitnah atas Najib sbg perang psikologi spy lekat dlm kepala rakyat.. Najib-derma-rasuah??.


    nh skrg padan muka.. kita tgk sape yang kena.. tak malu ke madeyy join dgn DAPig kaki rasuah sebenar dan musuh org Islam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..
      Fitnah ape cai?
      Fitnah 2.6B masuk akaun najis?
      Mane pandir moden xheret DAPigs?
      Kata bukti dh cukup..
      Kahkahkah..
      Lu petik nama mamak, mamak ada kuasa ka?
      Kbab mana kbab?
      Balas twitter je smp kes DAPigs pun pejam mata..
      Celaka betul najis xnk amek tindakan ke atas DAPigs..
      Kahkahkahkah..

      Padam
  8. ini sekor lagi pengecut..cakap berdegar-degar tapi tak berani bertanggungjawab..terus menikus AnonyMOUSE sneaking behind 'Tanpa Nama'. Jika anak jantan, gunalah nama sebenar... takut kena cekup ke...??

    BalasPadam
  9. Sudah lupakah korang, siapa yg :-
    a) Mempermainkan ugama Islam, tiada penyukur jangggut dll.
    b) Yang mengurangkan kuasa Agong.
    c) Yang menyingkir Ketua Hakim Negara
    d) Yang menyingkir 3 orang TPM
    e) Yang menjadikan UMNO sebuah parti haram
    f) Yang mempunyai ramai musuh di Eropah, Amarika dan Timur Tengah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tp brani ade telor cai.
      lawan depan2. Sama wartawan xde mslh maunjawab.
      Ade pahlawan bugis tp telor xde..
      N2h lari.
      Wartawan tnya lari..
      Dlm parlimen bg skrip surih org jawabkn..
      Amek duit blanje sakan tp xtau sape bg..
      Kahkahkah

      Padam
    2. Sudah lupakah korang, siapa yg:-
      a) Yang membayar razak baginda 30 juta euro sbg komisen scorpene
      b) Yang ehem ehem dgn ziana zain
      c) Yang meningkatkan hutang negara dengan selambanya
      d) Yang menukar AG sewaktu siasatan berjalan
      e) Yang melambat/menangguh siasatan PAC dgn cara melantik mereka ke jawatan menteri
      f) Yang menukar pegawai pegawai tinggi SPRM/SB secara adhoc
      g) Yang tiap tiap tahun merayakan tahun baru ke negara luar tanpa miss
      h) Yang mempunyai bini kaki shopping
      i) Yang tak berani bersoaljawab dengan wartawan
      j) Yang menangguhkan pemilihan umno, tapi mengaku pahlawan bugis
      k) Yang bersalam salaman dgn penyembelih orang orang palestin, Benjamin Netanyahu
      l) Yang perasan popular
      m) Yang tak menjawab jawab skandal 1 mdb, yg jawab hanya la pemakan pemakan dedak
      n) Yang mengaku menerima RM2.6 Billion ke dlm acc sendiri
      o) Yang mengarah tutup blog blog yg tak menjilat memakan dedak
      p) Yang menipu di dalam parlimen
      q) Yang mempunyai anggota anggota kabinet yg bodo bodo belaka
      r) Yang bangga dgn IS
      s) Yang suka tayang gambar gambar di mekah
      t) Yang percaya 'cash is king'
      u) Yang ader nama cina ahjibgor
      v) Yang declare layar di kembang sauh di labuh
      w) Yang fobia dgn org tua umor 90 tahun
      x) Yang tak berani datang majlis sendiri, nothing to hide
      y) Yang tatang anak cina puaka Jho Low
      z) Yang Bangang Dan Bangsat

      Padam