LONDON: Tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, mengeluarkan kenyataan anti-Islam mengenai wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) selepas disoal mengenai penindasan dialami minoriti Islam negara itu dalam sesi temubual, menurut laporan media.
Suu Kyi, yang baru-baru ini dicalonkan sebagai anggota Kabinet Presiden Htin Kyaw, dilaporkan hilang sabar ketika ditemubual penyampai BBC Today, Mishal Husain, pada tahun 2013 dan membuat kenyataan anti-Islam mengenainya di luar waktu siaran.
Butiran mengenai kejadian itu dinyatakan dalam buku tulisan wartawan Peter Popham, 'The Lady And The Generals: Aung San Suu Kyi dan Burma's Struggle Fro Freedom.'
Menurut buku itu, Suu Kyi yang marah kedengaran merungut: "Tiada siapa memberitahu saya akan ditemubual oleh orang Islam."
Buku itu menyatakan, pemimpin Parti Liga Demokratik Nasional (NLD) itu enggan mengecam sentimen anti-Islam dan pembunuhan umat Islam di Myanmar apabila berulang kali disoal mengenai isu itu oleh Husain, penyampai beragama Islam pertama rancangan itu di Radio 4 BBC.
"Saya rasa ramai penganut Buddha juga meninggalkan Myanmar kerana pelbagai sebab. Ia berpunca daripada kesengsaraan di bawah rejim diktator," katanya.
Umat Islam merangkumi empat peratus daripada penduduk Myanmar dan kebanyakan keganasan dilakukan ke atas penduduk Islam Rohingya di Rakhine. Beberapa sami Buddha dituduh menyemarakkan sentimen anti-Islam dan Suu Kyi dikritik kerana tidak mempertahankan golongan minoriti itu.
Pemerhati berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana tidak mahu dipinggirkan penganut Buddha menjelang pilihan raya penting tahun lalu.
Tokoh berusia 70 tahun itu mengemudi NLD mencatat kemenangan besar pada pilihan raya November lalu. Walaupun dihalang menjadi presiden kerana syarat perlembagaan, Suu Kyi berkata beliau tetap akan memerintah negara itu secara tidak langsung. -Agensi
Lu Fikir La Sendiri!!!
Aku syak...dap dah hasut suu kyi..ProOO00ootTt
BalasPadamKalau diikutkan dari kelayakan untuk mendapat anugerah nobel keamanan, Tun Dr. Mahathir Mohamad jauh lebih layak untuk mendapat anugerah itu kerana ketegasan, kelantangan, keberanian beliau dalam menentang peperangan dan penindasan kaum.
BalasPadamTun Dr. Mahathir tidak pilih bulu dalam menentang keganasan di mana beliau tetap mengkritik dan menentang perbuatan keganasan dan peperangan walaupun orang yang membuat itu adalah orang Islam sendiri, kerana dalam menentang keganasan dan peperangan, tidak wajar sentimen keagamaan, perkauman dijadikan sebagai halangan untuk mencegah dan menentang keganasn itu.
Tetapi biasalah orang barat mana boleh tengok orang Islam yang lantang, berani, tegas seperti Tun Dr. Mahathir dianugerahkan anugerah Nobel Keamanan kerana Tun Dr. Mahathir kerap mengkritik pihak Barat yang menjadikan peperangan sebagai bisnes.
Aung San Su Kyi patutnya pulangkan semula anugerah Nobel Keamanan yang diterimanya itu kerana dia sendiri tidak layak untuk menerima anugerah itu kerana dia sanggup biarkan orang-orang Rohingya di Myanmar dinafikan hak warganegara, ditindas, dizalimi dengan kejam.
Kalau kita lihat, Aung San Sy Kyi hanya bercakap pasal isu Myanmar sahajalah itu pun tidak termasuk orang Rohingya, tetapi Tun Dr. Mahathir mengusahakan perdamaian di negara-negara di seluruh, beliau mengusahakan perdamaian di Selatan Filipina, di Selatan Thailand, malahan Malaysia di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri telah menerima berpuluh ribu orang Rohingya yang diainaya oleh rejim Myanmar.
Kita boleh lihat di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu, bila beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB, sampaikan perwakilan dari Israel dan Amerika pun pedih telinga tidak dapat terima kritikan Tun Dr. Mahathir yang mengkritik kezaliman Israel serta sikap Amerika yang mengkomersilkan peperangan untuk bisnes hingga perwakilan dari Israel dan Amerika keluar dari tempat persidangan itu.
Itu barulah pejuang keamanan, tegas, dan berani serta lantang dalam membela keamanan tanpa mengira bangsa dan agama, kerana keganasan tidak dapat dijadikan pegangan hidup manusia, malahan semua agama di dunia ini pun tidak terima perbuatan ganas.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Aku setuju sangat-sangat lah dengan kau Bakar weiyyyyyy
BalasPadam