Rabu, 16 Mac 2016

Pertanyaan adalah Satu Kesalahan..!


Patut ler kena..! lain kali jangan nganga mulut tu..! tutup..!

Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.
Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Corners terbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.
Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Skhuri dan pihak polis.
"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan.
"Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda menjelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.
Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut “Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.
Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar".
Rakaman selama 58 ssat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindakl secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis.
"Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?” kedengan suara seorang anggota polis.
Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."
Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu.
Hello..! cari sendiri link video tu..!
Hello..! hello..! line putus ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz tanya pasal RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib pun Najib pecat mereka dari jawatan.

    Pn. Anina ahli UMNO Cawangan Padang Mat Sirat Bahagian Langkawi, dipecat dari parti kerana bertanya isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

    Malahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Pulau Pinang telah ditangkap, dilokapkan selama berhari-hari kerana membuat laporan polis kepada pihak berkuasa asing mengenai salah laku Najib selepas laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin kepada pihak PDRM tidak diambil tindakan oleh pihak PDRM sendiri.

    Di Malaysia, jangan tanya apa pun kepada Najib, jangan banyak soal, bila Najib cakap apa pun kena percaya sajalah, kalau ingkar, awas Najib adalah individu paling berkuasa di Malaysia, Malaysia dah jadi harta peribadi Najib, Najib boleh bertindak sesuka hatinya.

    Lepas ni tentu macai-macam Najib maki hamun dan mencarut tak tentu hala kepada saya, tapi sebelum tu, fikirlah dulu, saya tanya soalan, bukannya suruh maki hamun atau mencarut.

    Bersikap jujurlah, jawab soalan, fokus kepada isu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Pertanyaan bukan sahaja satu kesalahan tapi juga satu JENAYAH di bawah pemerintahan Ah Jib Gor!!!

    The day its a crime to ask about a financial crime being commited we are being rules by criminals!!!

    alfie

    BalasPadam
  3. video ada sebagai bukti bro , tengok video tu ..

    kemudian tolong fahami etika, protokol dari segi keselamatan atau kawalan keselamatan seorang VVIP , jangan main tulis je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah wartawan itu membawa pedang samurai atau Senapang Automatik M6 atau Kalashnikov semasa membuat temubual tersebut?

      Bagaimanakah dengan tindakan wartawan-wartawan sebelum ni yang berasak-asak untuk bertanyakan soalan kepada Najib tetapi mereka tidak diambil tindakan?

      Jika Najib seorang yang 'gentleman' 'berjiwa besar' 'berdarah pahlawan', patutnya Najib jawablah sahaja soalan dari wartawan itu, apahal larikan diri pula?

      Protokol VVIP digunakan secara alasan, lain kali tak payahlah Najib dekat dengan orang ramai, mungkin ada pengganas, Najib boleh dibawa masuk dalam kandang besi yang diletakkan cermin kalis peluru setiap kali berjalan ke sana ke mari untuk keselamatan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. jangan jadi bodoh lah kau..pm bukan artis boleh senang2 soal sambil jalan..kena ikut aturan lah sikit..apa kata wartawan malaysia pergi ke australia kejar dan soal pm sana..mesti kena cekup dalam lokap..kalau pembangkang tu semua nya betul..bongok tolol biul tak guna otak..

      Padam
    3. Kalau macam tu, lepas ni tak payahlah Najib terhegeh-hegeh nak jawab soalan wartawan, sila jawab " Saya Najib, PM, Jangan Duduk Dekat Saya, Saya Pahlawan Bugis".

      Lepas tu dalam PRU 14 nanti tak payahlah ada wartawan yang buat liputan pasal Najib dan UMNO.

      Macam tu ke?

      Najib rembat RM 2.6 bilion tu ikut protokol ke?

      Najib membelanjakan wang 15 kali ganda dari had yang dibenarkan oleh pihak SPRM dalam PRU 13 lalu tu ikut protokol ke?

      Sila cacai Najib jawab perkara ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Tindakan bodyguard Najib yang menahan wartawan dari Australia kini dah makan diri. Bukan itu sahaja, bahkan pihak2 yang beria2 membela tindakan penahanan wartawan tersebut juga kini dah termalu habis apabila dikantoikan menipu satu demi satu. Untuk pengetahuan korang, kini pelbagai laporan berita dari luar negara melaporkan tindakan Malaysia terhadap kedua2 wartawan ABC selepas video rakaman TIADA AKSI REMPUHAN tersebar sekaligus mencemarkan imej Najib Razak. Malula. Kita kata kita negara demokrasi, meraikan amalan kebebasan bersuara, wartawan baru tanya sikit dah kena tahan lepas tu bagi menghalalkan penahanan tersebut pandai2 je kita campak tuduhan ke atas mereka. Malu la.. tuduh punya tuduh last-last kantoi.

    #REJECTMYPM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kedua-dua wartawan itu melakukan kesalahan, mengapakah tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka?

      Ini dah jadi macam kes saman WSJ, kononnya nak saman WSJ pada hari Selasa, tunggulah juga saya semalam kot kot Najib nak umum bahawa dia dah saman WSJ, sampai ke jam 11:59:59 malam, Najib masih tak saman WSJ juga.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  5. Ya...nii soalan provokasi...dalam hal nii tanya tk kena tempat..mungkin niatnya nk cetus kemarahan...jadi kesimpulannya..?ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu tanya tak kena tmpt, selepas dihalau dan mereka pergi, kenapa pula mereka ditahan pd waktu mlm. Pelik dan nak tunjuk kuasa. Dikatakan mereka melanggar garisan keselamatan tapi dlm video tiada pun garisan sempadan tu. Mereka pun tak agrasif seperti yg dituduh.

      Apa pun ini satu lg bala bencana utk bugis.

      Padam
  6. Najib pergi mekah pun dikawal ketat dgn pengawal peribadi...
    Orang jahat mmg macam tu dia takut dengan bayang bayangnya sendiri, aku nk tgk macamana akhir nya kehidupan penyamun bugis dgn sigemuk puaka tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak dapat bayangkan betapa tipis iman Najib hingga di rumah Allah SWT pun dia perlu bodyguards untuk keselamatannya. Itulah padahnya kerana penipuan & kezalimannya, dia tak merasa aman & sejahtera sepanjang masa, di mana2 pun atas sebab 'Guilty Conscious'.

      Padam
    2. Othaman
      Kata CASH IS KING .
      To Najib cash can also buy iman

      Padam
  7. Satu lg sbb kenapa Australian tu tanya soalan di situ kerana najib sudah tidak buat press conference utk media lg.
    Lps habis function, terus cabut. Jadi dimana yg media semua nak dapat jawapan dari mulut najib sendiri.

    BalasPadam
  8. Nabi dah pesan pd umatnya...'jgn berhutang kerana hutang adalah penghinaan di siang hari dan kesusahan di malam hari'.

    Penghinaan inilah yg kita semua terima sekarang. Najib PM yb suka berhutang. Hutang negara meningkat secara drastik. Ditambah hutang 1mdb. Jumlah yg amat besar utk negara kecil.

    Cuba fikir...bila kita akan habis bayar hutang dan bangkit semula. Samada najib letak jawatan atau tidak, kita semua....'hina di siang hari dan kesusahan di mlm hari'.

    BalasPadam
  9. Wah lihat para pensyirik, menduakan Allah dah promote neneknya.
    Standard cai bugis bila tak boleh jawab!

    BalasPadam
  10. Macai penyamun bugis mmg kaki no ekor,BRIM tk cukup nk sara anak bini...dh menang ekor hidup boleh cakap Alhamdulillah...
    Standard macai penyamun bugis...

    BalasPadam
  11. Dah menang ekor, hidup senang dgn duit haram boleh cakap Alhamdulillah.
    Sedap sgt duit haram patut bahasa macam haram!

    BalasPadam