Jumaat, 18 Mac 2016

Nak Kemana Tu..!


PAS hari ini mengisytiharkan tahalluf siyasi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa membacakan kenyataan media berkata, parti Islam sedang menggagaskan model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang ingin turut serta.
“Hari ini bermulalah kerjasama politik PAS dan Ikatan yang bergerak berteraskan penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik yang mengambil kesempatan, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita ini.
“Ini adalah detik kebersamaan dalam menentang kerosakan dan kemungkaran, seterusnya bersama mengukuhkan kebaikan sebenar bagi rakyat,” katanya pada sidang media di sini.
Pada sidang media itu juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memeterai perjanjian sebagai tanda rasminya kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Main Politik selamat bukan masanya lagi..! rakyat dah cerdik menilai..!
Nak kemana?
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Tak kemana pun...pas takde pendirian..sekejap mcm nii..sekejap mcm tuu..lama2 berkubur..ikatan pulak ada mcm tiada..timbul tenggelam..kadir sheikh fadzir dh mcm samy vellu..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Yang pasti umno tak lama berkubur, ingat tu!!!!
    Dari kepala sampai ekor cakap tahap ahmad maslan dan hasan malek!
    Heheheheheeee

    BalasPadam