Fahamkan..!
PERKASA hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bagi membantah keputusan pembatalan 744 biasiswa pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Ketua Wira PERKASA Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata PERKASA memohon perkenan baginda untuk campur tangan dalam hal tersebut sekali gus mengembalikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu kepada pelajar terlibat.
“PERKASA menganggap pembatalan ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dari kerajaan Malaysia yang mana biasiswa merupakan hak istimewa Bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 153.
“Justeru, PERKASA memohon perkenan Tuanku untuk membantu mengembalikan semula biasiswa yang telah dibatalkan itu,” kata Irwan dalam kenyataan kepada Malaysiakini.
Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan sebanyak RM240 juta dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan biasiswa berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara dan di bawah tanggungan kerajaan adalah 7,736 orang.
Namun Azalina kemudian menjelaskan kerajaan tidak memansuhkan sebarang biasiswa JPA, tetapi diteruskan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di dalam negara.
Potong gaji menteri
Mengulas lanjut, Irwan berkata kerajaan tidak sepatutnya menjadikan pelajar sebagai mangsa ekoran kegagalannya mengurus tadbir negara selain gagal menangani gejala rasuah.
Beliau turut mencadangkan kerajaan memotong gaji menteri dan menangani isu penyelewengan seperti didakwa berlaku dalam Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.
“Di sini cukup jelas disebabkan kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara hingga mengalami masalah kewangan yang buruk menyebabkan biasiswa pelajar ditarik.
"Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan memotong gaji mereka (menteri), kurangkan gaji mereka atau semak semula aktiviti rasuah dalam negara seperti mana yang berlaku dalam KBS yang jumlahnya RM100 juta,” kata Irwan yang menegaskan biasasiswa merupakan tanggungjawab kerajaan.
Apa nak diharap???
Lu Fikir La Sendiri!!!
UMNO mmg penipu, takut sangat cina perintah negara konon nk bela nasib melayu dalam masa yg sama umno juga lah yg jadi penghianat....
BalasPadamUmno parti kesayangan penjajah..
Penipu penghianat sejak sblm merdeka lagi.
tuduh lagi, tuduh lagi, tuduh lagi....lawak apa ntah. lain bengkak lain menanah.
Padambetul2 dibatalkan atau diubah ke biasiswa pengajian dalam negeri. tengok fakta sebenar, takut orang kata sembrono tak buat homework dulu. malu orang muda yang perkasa buat kerja gitu....
BalasPadamKalau nak dapat undi melayu..kenalah jaga org melayu..susah sangatke nak beri keutamaan kepada bangsa sendiri..kamu ni payung tau...setakat duduk atas nak besorkan perut baik mampos lagi bagus.
BalasPadamah..dengar nama PERKASA terus rasa nak inzal....
BalasPadamSemalam hari Selasa, ingatkan Najib akan saman WSJ semalam, tetapi tak saman lagi juga.
BalasPadamTetapi hari ni pula Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan Pn. Anina Saadudin pula yang telah menyaman Najib kerana telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan jawatan dalam kerajaan hinggakan memberikan kemudaratan terhadap rakyat dan negara.
Akhirnya kita dapat lihat siapa keturunan pahlawan yang sebenarnya.
Keturunan pahlawan bugis Najib terketar-ketar takut nak saman WSJ.
Tetapi keturunan pahlawan Wan Derus dan Mahsuri iaitu Tun Dr. Mahathir bersama Pn. Anina dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan penuh berani menyaman Najib di mahkamah pada hari ini.
lihat di link ini: http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahathir-khairuddin-dan-anina-saman-najib-1.500818
Saya menantikan respon daripada para cybertrooper Najib untuk berbahas mengenai isu ini. Ingat, bahas, bukannya mencarut dan maki hamun tau.
Semoga negara ini dapat diselamatkan dengan usaha seorang tua berumur 91 tahun iaitu Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakan seperjuangan beliau demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
saman buat gempak je..pemakan dedak pun teruja..esk bila saman kalah..pemakan dedak pun kata Najib suap...dah tahu dah skrip..hanya pjilat tegar saja xjemu2..
Padamsalam perjuangan..a Ba Ta..
Abu Bakar Tahit
Najib yg hanya bergaji RM20,000 sebulan siap boleh langsaikan hutang kad kredit berjuta-juta. Lepastu alih- alih Najib dgn muka krepek tebal boleh mengaku dia tak tahu siapa yg masukkan berjuta-juta ke dalam akaunnya tapi dia tidak tolak rezeki haram. Kalau dah tahu itu bukan haknya, kenapa guna & joli sakan tak kembalikan kpd pihak bank? Malah dia buat dekk je higggalah SPRM & Bank Negara siasat. Si Fake AG @ A Thorny General last2 cover-up tak ada kes sebab itu duit derma. Nampak sangat si Pak Pandir nie dah kena jolok..kan Najib sendiri buat arahan derma mesti ada resit bagi menggelakkan kecurangan & rasuah.
PadamNajib & Apandi adalah pembohong & perompak terbesar dalam sejarah dunia bagi abad ke 21 ini.
Ingat tu pencacai Najis Tanpa Nama.... Kami dah berkerat rotan akan perang habis-habisan untuk membawa mereka ke pengadilan bila pemerintahan bertukar. Kami tidak gentar & takut seperti kamu yg buat busing tapi tak berani mendedahkan identiti sebenar.
Kojol dulu rasa nya...belum tentu kes selesai.. He.hehe.he.hehe..
PadamArtikel dari Sinar Harian
BalasPadamKUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Haniff Khatri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Menerusi penyata tuntutan, Mahathir, Khairuddin dan Anina masing-masing selaku plaintif pertama hingga ketiga mendakwa defendan, Najib dengan sengaja menganggu siasatan terhadap dakwaan kewangan berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat- syarikat berkaitan.
Plaintif-plaintif mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan.
AKAN MENYUSUL
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
salam a Ba Ta..abu bakar tahit
PadamAlhamdillah...Doa abang Dan kita semua dimakbulkan. Says turut gembira sdra seperjuangan saya sudah tampil semula. Teruskan...saya juga akan terus berjuang walau dah lanjut usia.
PadamSalam Perjuangan.
Terima kasih Abang Othaman, perjuangan diteruskan, negara ini perlu diselamatkan, demi perjuangan agama, bangsa, dan tanah air serta untuk kelangsungan anak cucu cicit kita di masa hadapan, insya Allah.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Good Job!
BalasPadamTapi takut smpai kat Apandi kes di bakul sampahkan...
Saman hanya gempak saja... Tak kemana pun... Lantik. Pecat..hak prerogative pm
PadamKetua-ketua cawangan seluruh negara dapat pergi umrah, apakah ada unsur rasuah? Tanya saja bukan tuduh.
BalasPadamabu bakar ari tu Tun madir kata ringgit takkan ok selagi najib Pm...ari ni ringgit menokok ke 4 ringgit..abu bakar cabut seluar kerat kote tu kalau lupa..semoga abu bakar tak lupa semua tu..jangan jd seoerti admin yg kehilangan telo selama ni kikikiki
BalasPadamAstaghfirullah hal azim, kamu katalah apa yang kamu suka, tetapi bila kes ini dibicarakan di mahkamah kelak, apa yang rakyat mahu tahu adalah siapakah 'penderma' yang dikatakan 'tok arab' yang beri RM 2.6 bilion itu? Malahan kita nak tahulah macam mana SRC International dan Najib tak tahu macam mana wang RM 42 juta milik SRC International boleh ada dalam akaun peribadi Najib.
PadamDalam isu ringgit pun, peningkatan ringgit tidaklah begitu ketara, ditambah lagi dengan banyak industri di negara ini yang makin hari makin banyak yang tutup operasi, kemudian pendatang asing makin banyak membawa keluar ringgit ke luar negara, maka tunggu ringgit akan lemah.
Kelemahan ringgit adalah kerana eksport negara makin menjunam disebabkan harga keluaran di Malaysia tidak lagi kompetitif di luar negara akibat polisi 'Gaji Minimum' yang tak tentu hala dibuat oleh Najib, kos operasi meningkat mendadak menyebabkan kos sesuatu barangan turut meningkat mendadak selaras dengan kenaikan kos operasi.
Kesannya bukan setakat keluaran Malaysia tidak lagi kompetitif di luar negara, malahan banyak industri tutup operasi, maka makin ramai pekerja akan hilang pekerjaan ini akan menjejaskan rantaian ekonomi dalaman di negara ini apabila bila rakyat tidak punya wang untuk berbelanja, maka keluaran akan tidak laku di pasaran, maka makin banyak industri akan tutup, apa yang paling membimbangkan adalah kegiatan jenayah yang akan berleluasa akibat tiada wang untuk berbelanja sedangkan para menteri bersuka ria di saat rakyat menderita hilang kerja, hilang pendapatan, tak cukup wang untuk sara diri sendiri, apatah lagi anak bini.
Seperti yang saya nyatakan, berbahaslah dengan ilmu, bukannya mencarut tak tentu hala.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Welcome back brother Abu Bakar,,
PadamLama hang rehat noooo.
Nanti hang jadi calon bebas PRU 14
Syabas
Wahai anony 23 Mac 2016 3:26 PTG,
PadamRinggit menokok ke RM4 : USD1 kamu kate dah ok? Ini dlm istilah kewangan dinamakan 'retracement' dlm pertukaran wang. Kemungkinan besar ringgit akan capai RM3.60 : USD1 dlm masa terdekat tapi selepas itu akan jatuh kembali melainkan ada beberapa faktor yg akan membuatkan ringgit jd kuat.
Melihatkan senario ekonomi dan politik negara skang ni, belum ada apa2 tanda positif yg boleh membuatkan pelabur akan membeli ringgit seterusnya mengukuhkan nilai ringgit. Jgn terlalu yakin dgn sedikit perubahan pd nilai ringgit skang ni sbb tak semestinya ia akan terus mengukuh. Kalau betul2 kukuh sepatutnya nilai ringgit akan ada byk perubahan spt terus menokok kpd nilai RM3.50 : USD1. Setakat perubahan 10sen-20sen tiada apa nak dibanggakan. Lagipun kalo saudara nak ckp ringgit dah ok, tunggulah bila ringgit dah kembali kpd nilai tertinggi dlm masa 10 thn yg lepas iaitu RM2.90 : USD1 barulah betul nilai ringgit sudah OK. Paham ke tak ni?
Turun naik ringgit biasa lah...macam batang ko jugak...turun...naik..hahahaha...
PadamIni semua kerana tindak tanduk DAP ingin melupuskan keistimewaan org melayu. Bygkn berapa ramai melayu yg masih perlu dibantu pengajiaanya. Bkn shj BR1M. Malah anak menteri umno pun ramai dibantu dgn biasiswa JPA
BalasPadamIni bukan soal DAP, ini bukan soal BRIM, ini soal kelangsungan negara ini, ini soal kelangsungan Barisan Nasional sebagai pemerintah negara ini.
PadamSelagi Najib menjadi Perdana Menteri, menjadi Presiden UMNO, menjadi Pengerusi Barisan Nasional dan berterusan melakukan dasar-dasar bodoh yang merugikan negara serta menyusahkan rakyat, Barisan Nasional berhadapan dengan tumbang dengan begitu teruk dalam PRU 14 kelak.
Perlu difahami bahawa rakyat memerlukan pendapatan untuk membeli barangan keperluan mereka bagi meneruskan kehidupan, jika UMNO dirosakkan oleh Najib, Barisan Nasional dijadikan seperti harta peribadi Najib, harta negara dipelingkupkan seperti harta persendirian Najib, apakah rakyat dapat terima Barisan Nasional dengan riang ria?
UMNO dan Barisan Nasional menjadi mangsa akibat perbuatan Najib, Najib bukan sahaja menjahanamkan negara ini, malah menghancurkan maruah, merosakkan imej, serta melingkupkan UMNO dan Barisan Nasional.
Perlu ingat bahawa penentangan ini bukannya kerana benci kepada UMNO atau Barisan Nasional, tetapi untuk pertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi PRU 14, penentangan ini adalah untuk menghalang Najib dari berterusan menjahanamkan negara ini hingga kita semua mendapat akibat yang buruk kelak.
Kita perlu pertahankan negara ini, kita tidak boleh membiarkan diri diperbodohkan oleh seorang yang mengaku pemimpin tetapi mengkhianati rakyat, gunakan akal yang ada untuk berfikir secara waras.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Dalam dunia mana ada musuh politik puji kerajaan.. Sampai kiamat tetap mcamtu.. Dari zaman purba sampai sekarang. Tak heran pun...
Padam