Rabu, 9 Mac 2016

Terengganu Dah Meletup..!


Letupan bukan kerana keganasan..! tapi meletup kerana tak tahan dan tekanan..! Sebenarnya suhu politik negara sekarang memang semakin membahang..! 

Penolakan dari rakyat bawahan sudah semakin tidak terbendung..! Tindakan Mad Said ini hanya sebahagian manifestasi perasaan tidak puas hati rakyat berkiatan isu semasa yang membelenggu negara..!

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said mempersoal alasan berkaitan notis awal digunakan bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Said menegaskan undi tidak percaya dikemukakannya tiada hak dihalang dan menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan parlimen atau meletakkan jawatan bila ia berlaku.
“Kalau notis, nak bunuh you, bagi notis 14 hari?” soalnya.
Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong petang ini menolak usul itu dan berkata kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari dikecualikan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Said berkata jika peraturan itu digunakan, maka usul undi tidak percaya tidak akan berjaya dibentangkan sehingga hari kiamat sekalipun.
Katanya, usul itu tidak termasuk dalam peruntukan Fasal 33(11) peraturan mesyuarat DUN yang menyatakan perkara-perkara bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan notis.
“Speaker salah guna kuasa sebab peraturan dewan tak boleh mengatasi perlembagaan.
“Speaker kata berdasarkan budi bicara, ini bukan soal budi bicara,” katanya.
ADUN Kijal itu membuat kejutan tengah hari tadi semasa sesi membahas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Abidin dengan mahu membentang usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata beliau masih adalah ahli Umno tetapi enggan mendedahkan tindakan seterusnya.
“(Saya) masih lagi ahli Umno, tengok perkembangan parti nak buat apa.
“Tak boleh beritahu. Takkan nak bagi tahu,” katanya.
Bekas menteri besar, bagaimanapun, tidak bimbang dengan sebarang tindakan sekiranya Umno mahu bertindak ke atasnya kerana membuat usul undi tidak percaya itu.
“Kalau (Umno) nak pecat, gantung, terpulang, dia berkuasa. Dia kan ada kuasa, dia buatlah,” katanya.
Ditanya apa yang mendorong beliau untuk membentangkannya usul itu, Ahmad berkata beliau telah berdiam diri selama hampir dua tahun.
“(Saya) dipaksa letak jawatan, kalau rakyat tak terima , saya terima.
“Apa salah saya, malukan saya sebegitu rupa, kita pun ada maruah juga,” katanya lagi.
Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.
Ahmad ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Beliau malah mengambil keputusan drastik keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.
Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.
1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.
Ada yang berpeluh jantan ke???
Lu Fikir La Sendiri!!!

68 ulasan:

  1. Bagus pun Ahmad Said usul undi tak percaya ni.....Kan UMNO selalu mendadik dada ..UMNO masih kukuh.....So kita tgk kat trengganu jika PRN di adakan...........Lg satu MG Razif yg baru ni kuat sgt membodek Najib...selalu sgt ckp UMNO trenggau sebulat suara sokong najib.....Dah terang2 rasuah pun nak tunjuk sokongan mcm tu.......SO tunjukkan sebulat suara tu dgn bubarkan DUN trengganu..Klu ada telor .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melihat kepada senario politik semasa, tidaklah mustahil sekiranya perkembangan terkini di Terengganu ini mempunyai hubungkait dengan Tun Mahathir.

      Mantan Perdana Menteri itu dilihat dalam keadaan "sangat terdesak" untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Masakan Tun M sanggup bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang, apa la sangat kalau berkomplot dengan Ahmad Said ni.

      Kesian dekat Tun... daripada hidup disanjung, takut-takut esok lusa mati dihina dan dikeji rakyat Malaysia. Dalam umur yang sebegitu, eloklah sangat bagi Tun melakukan kerja-kerja amal dan beribadah. Tapi..... Najib Razak dan seluruh rakyat Malaysia pun dah cukup masak dengan Tun ni. Sanggup melakukan apa saja janji apa yang dikehendakinya tercapai.

      Udah-udah le Tun....

      Padam
    2. mANGKUK TANPA NAMA 919, SEBENARNYA tUN TIADA TERDESAK APA2... beliau tiada sebarang kepentingan sepertimana para penjilat2 Najib, termasuk hang... logik kah, Tun atau penyokongnya berkepentingan, sedangkan beliau tiada sebarang kuasa? lagipun beliau sangat gentleman dgn meletak jwt... tak macam pahlawan bugis dogol kau tu!!!
      .....bengong!

      Padam
    3. 9.19

      "Dalam umur yang sebegitu, eloklah sangat bagi Tun melakukan kerja-kerja amal dan beribadah"

      Betul tu, menentang pemimpin zalim, menindas, menganaiya dan korup juga merupakan satu kerja amal dan beribadah.

      Adakah rakyat hanya memerhati dan berpeluk tubuh melihat kerakusan najib merosakkan negara?

      Padam
    4. kesimpulannya semua penyokong najip esp 9:19pg adalah pondan.

      dengan orang tua yang BUKAN AHLI UMNO, yang tak pegang apa2 jawatan politik pun, nak takut.

      kah kah kah

      Padam
    5. Memanglah beribadah, malah lebih hebat dari amalan ibadah harian. Tun Dr Mahathir dan angkatan beliau yang tidak tunduk kepada habuan CAsh Is King terus berjuang menegakkan keadilan dan juga mempertahankan maruah agama, bangsa dan Negara. JIhad suci ini sendiri memberi kelebihan syahid kepada mereka yang sedang berjuang dengan penuh keikhlasan. Seluruh alam pun kagum ngan Tun Dr Mahathir dah tua2 pun terus berjihad demi agama Islam yang tercinta. Jauh sekali nak dibandingkan dengan para pencacai Perawan Pondan Bugis
      Dogol.

      Padam
  2. abu bakar kaalu ko nak penjelasan 1mddb dgn fakta ko masuk facebook.com/azmi929... ko tanya lah dia pasal 1mdb . diaa akan jawab dgn fakta... kalu ko tanya kat sini ko tak akan dapat fakta ko nak... sini cai ccai taktahu aapa .. ko pergi lah masuk facebook diaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh percaya ke dlm facebook? Buat la pendedahan open dan soal jawab kalau berani..#nothingtohide kecuali your ball!!!

      Padam
    2. kalu ko tanya bab boleh caya..??? sana gak boleh caya ker sarawak repot, wasj.. dan yang sewaktu dgn nya??? pergi lah masuk dulu facebook diaa... untuk jadi bahan hiburan ker.. ko kata nak ffakta... pendebat asia si syed sigarragar tu dah cuba naasib.. ko pulak amacam... tak nak cuba nasib jugak ker...

      Padam
  3. Ini semua sebab seorang pm.
    Sebab nak jaga dia, huru hara satu malaysia.
    Umno masih tak sedar diri, masih fikir dia kukuh.

    BalasPadam
  4. Apa yang kita tahu ialah, 1MDB sudahpun membayar Aabar daripada perolehan penebusan pertama berjumlah USD1.22 bilion – sila rujuk kepada nota pernyataan melalui Penyata Kewangan 1MDB 2014. Sama ada sebahagian daripada daripada pinjaman USD975 juta digunakan untuk membayar bagi pilihan pemberhentian (dengan andaian terdapat lebih daripada satu pembayaran), adalah soal kedua dan ia adalah tidak relevan.

    Soalan yang anda perlu tanya ialah sudahkah IPIC menuntut atau menyaman 1MDB atas sebarang wang yang dihutang? Jawapannya adalah tidak. Kenapa tidak? Secara jelas, jawapannya ialah kerana 1MDB sudah membayar mereka Itu logik. Tetapi jika logik tidak cukup untuk anda, lihat sendiri Penyata Kewangan IPIC untuk sebarang maklumat bertentangan.

    Izinkan saya menjelaskan mengapa dakwaan anda 1MDB tidak membayar IPIC Aabar adalah tuduhan liar, tidak berasas serta tidak masuk akal.

    Mari kita lihat bukti dan gunakan logik serta akal.

    Untuk bukti, sila lihat kepada akaun interim IPIC bagi tempoh berakhir 30 Jun 2015. Dalam akaun itu, Note 22 Page 30, saya huraikan menggunakan terma mudah yang menyatakan:

    i. IPIC menyerahkan opsyen
    ii. IPIC membayar 1MDB USD1 bilion bagi menjelaskan pinjaman USD975 juta dan liabiliti lain
    iii. IPIC mengambil alih pinjaman 1MDB berjumlah USD3.5 bilion, dan
    iv. IPIC mengenepikan hutang lain 1MDB

    Sekarang, kita gunakan logik dan akal. Jika 1MDB sudah membayar pihak lain dan bukannya IPIC/Aabar, mengapa pula IPIC akan melakukan perkara di atas?

    Fikir sungguh-sungguh sebelum anda menjawab dengan jelas.

    http://www.mynation.news/syed-saddiq-an-asia-disgrace-as-a-debater-syed-saddiq-keaiban-asia-sebagai-pendebat/

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo...macam tu ropenye...ish ish ish. ok! clear boh...kipidap!

      Padam
    2. Dalam isu 1MDB itu, Azmi itu sendiri tidak menerangkan mengenai mengapakah 1MDB gagal untuk membawa pulang wang USD 1.83 bilion 'pinjaman murahabahah' yang diberikan oleh 1MDB kepada Petrosaudi.

      Walaupun 1MDB menyatakan bahawa Petrosaudi telah membayar semua pinjaman itu beserta keuntungan sebanyak USD 488 juta, tetapi mengapakah 1MDB masih gagal untuk membawa pulang wang itu sampai sekarang ini?

      Mengapakah 1MDB perlu mendapatkan pinjaman yang diputar kepada pelaburan oleh IPIC sebanyak USD 1 bilion pula kerana untuk membayar sebahagian hutang dari kumpulan perbankan antarabangsa? Pasal apa tak gunakan sahaja USD 2.318 bilion wang 'pinjaman murabahah' dan keuntungan yang dah dibayar oleh Petrosaudi itu?

      USD 1 bilion dari IPIC itu 1MDB kata pelaburan, tetapi mengapakah 97.5% dari 'pelaburan' itu digunankan untuk bayar hutang pula? hanya ada 2.5% untuk digunakan bagi pelaburan, apa punya pelaburan sebegini rupa?

      Saya akan bertanya dalam facebook Azmi Arshad mengenai perkara ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Abu bakar mana ada telo nak tanya....

      Kat sini boleh lah melalak....

      Sampai sekarang aku minta bukti 42B lesap tak bawa...tak abis2 pusing2 duit hilang tengah jalan...sudah lah abu bakar ari ni kelentong lain esok kelentong lain

      Padam
    4. abu bakar ni aku lah yang cadang kat ko masuk facebook dia.. ko ulas kat sini buat apa cai cai kat sini tak faham bab bisnes bertaraff konglomerat... ko pergi tanya dia .. lepas tu ko lunyai lah dia kow kow dgn fakta ko tu... nanti aku follow facebook dia..

      Padam
    5. abu bakar sudah masuk perangkap.. hahaahaa..haha.

      Padam
    6. Saya dah tanya dah pun dalam facebook si Azmi Arshad itu, tapi sampai sekarang dia tak jawab pun apa yang saya tanya.

      Apa yang bisnes yang bertaraf konglomerat sangat tu? Sila jelaskan?

      Saya tanya pasal isu wang hutang RM 7.43 bilion semasa Edra dijual kepada China General Nuclear milik kerajaan China itu, dari mana wang hutang RM 7.43 bilion itu?

      Apakah hutang baharu atau hutang warisan dari RM 6 bilion semasa 1MDB ambil alih stesen-stesen janakuasa itu dari pengendali sebelumnya?

      Kalau itu hutang baharu, apa hal sampai begitu besar hutang Edra sedangkan baru beberapa tahun Edra ditubuhkan? Apa yang Edra buat dengan hutang RM 7.43 bilion itu?

      Jika hutang itu berasal dari RM 6 bilion hutang warisan stesen janakuasa yang dibeli oleh 1MDB itu, maka sebelum ini Arul Kanda sendiri dah nyatakan bahawa hutang warisan itu dah dibayar menggunakan wang RM 6 bilion daripada RM 42 bilion hutang 1MDB itu, maka kalau hutang itu berasal dari RM 6 bilion hutang warisan itu, bermakna hutang warisan itu langsung tidak pernah dibayar oleh 1MDB seperti yang dikatakan oleh Arul Kanda itu, maknanya Arul Kanda menipu, maka mana perginya wang RM 6 bilion itu?

      Sampai sekarang Arul tidak menjelaskan hal ini.

      Ada banyak soalan jugalah, soal isu wang 'pelaburan' IPIC sebanyak USD 1 bilion, pasal apa 1MDB gunakan sebanyak USD 975 juta wang 'pelaburan' itu untuk bayar hutang, lepas tu dah tinggal USD 25 juta, pelaburan apakah yang dibuat dengan baki wang itu? Betul ke wang itu adalah wang pelaburan atau sebenarnya pinjaman dari IPIC kepada 1MDB?

      Sampai sekarang Azmi tak tak jawab, tak apalah, saya tunggulah apa jawapannya.

      kepada xcrewborcostegas9 Mac 2016 11:59 PG, apa perangkap pula ni? Kalau guna takti kotor, malulah, jenis pondanlah kalau macam ni.

      Sehubungan dengan itu, daripada, korang melalak tak tentul hala, lebih baik korang jawab apa yang ditanyakan oleh saya itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    7. abu bakar ko tunggu lah nanti azmi jawab lah soala n ko tu... apa apa hal terima kasih beri respon dlm fb dia.. nak tunggu jawapan dari dia pulak.... tq..

      Padam
    8. Kalo azmi nk jawab biarla azmi jwb. Yg ko kecoh2 kt cn apehal kalau ko pun xde jawaban. Psl nk dptkn payment dr najis ko tulis ape je asal berkomen. Dpt payment. Najis dan maslan turut bodoh menggaji org bodoh mcm ni

      Padam
    9. bukan masalah jawab atau tidak ...aku nak abu bakar tibai... azmi fb tu... aku bukan apa kesian tengok budak pidato kena tiow kat fb dia ...tu jer..

      Padam
  5. Buatlah apa pun asalkan puas hati sendiri dan bakar kelambu parti sendiri. Orang macam ini mungkin boleh berjaya tetapi biasanya takkan lama duduk di atas semula dan akan terus hilang dari radar politik. Nak naikkan diri sendiri demi rakyat konon tapi masih nak pakai topi UMNO. Kalau betul rasa ada sokongan yang mencukupi tinggalkan UMNO dan pakai topi puak yang menyokong beliau. Barulah gentleman. Masa tu kita boleh undi di Dewan. Semua pun nak tikam belakang. Itulah orang Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa pula najib tak nak adakan pemilihan PAU?

      Padam
  6. Tun M nk sangat najib undur, sbb dia tahu kalau tak undur pru14 mmg najib tersungkur dgn umno sekali, bila pembangkang perintah, semua salah laku ( kalau ada) selama 22 akan dikorek balik...
    Najib pulak klau undur lagi teruk dia kena, skrg najib losemah sdg bersiap siaga mengumpul harta utk bekalan balik kg sumatera atau pulau hawaai sana...
    Tun M mmg bijak, dia dh dpt baca situasi politik semasa, awal2 lg dia tinggalkan umno,skrg mesra pembangkang...pembangkang menang pru14 nnti boleh menempel.

    BalasPadam
  7. Dalam blog pro Najib telah menyatakan Deklarasi Rakyat melibatkan agenda pembebasan Anwar dari penjara, tetapi tiada pun dalam deklarasi itu menyatakan mengenai agenda pembebasan Anwar dalam deklarasi tersebut.

    Sehubungan dengan itu, saya berharap agar blogger pro Najib supaya sudah-sudahlah fitnah tak tentu hala, kerana kalau kamu semua kata Tun Dr. Mahathir tiada pengaruh dan apa yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ini tidak menggugat Najib sedikit pun, mengapakah kamu semua menyerang dan menghentam Tun Dr. Mahathir setiap hari pula?

    Ini membuktikan kamu semua takut dan gerun dengan keberanian luar biasa Tun Dr. Mahathir, seorang insan biasa, tak ada jawatan dalam parti, malahan sudah berumur 91 tahun, tak ada jawatan dalam kerajaan, tetapi mampu menggerakan pemikiran rakyat untuk menyelamatkan negara ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama sekali, ‘pasukan khas tidak memiliki kesahihan undang-undang.’ Di bawah bidang kuasa mana ia boleh diwujudkan?

      Kedua, ia bukan dibubarkan oleh Najib tetapi ia terbubar dengan sendirinya apabila Peguam Negara baharu, merasakan pasukan itu tiada arah tuju dan pihak pendakwaan tidak dapat menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan, sesuatu yang masuk akal.

      Ketiadaan pasukan khas itu langsung tidak menghalang Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara daripada saling bekerjasama dengan satu sama lain (sebagaimana sudah dilakukan dalam kes melibatkan pemindahan wang haram, penyeludupan dan aktiviti kongsi gelap), tetapi ia meminimakan perlanggaran dan konspirasi di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai agenda tersembunyi.

      Lagipun, pasukan itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan media Wall Street Journal (WSJ) kononnya dana itu disalurkan daripada 1MDB dan pada peringkat awal lagi sudah dinyatakan SPRM, wang itu bukan daripada 1MDB.

      (Rujuk kepada jawapan sebenar saya terhadap tuduhan itu #1: Wang RM2.6 bilion kononnya adalah daripada 1MDB, yang tidak dipedulikan saudara). Dan sudah diketahui umum, akaun ‘peribadi’ dirujuk menerima wang daripada SRC tidak dikendalikan Najib tetapi orang lain.

      Kesimpulannya: Pembubaran pasukan khas tidak mempunyai sebarang impak kepada keputusan akhir.

      Padam
    2. abu bakar aka abu nawas... presidn pkr bagi statemen tun .sudah lemah terpaksa cari paktan haprak..

      Padam
    3. Kalau Pasukan Khas itu tidak memiliki kesahihan dari segi undang-undang untuk ditubuhkan, apakah anda tuduh bahawa Peguam Negara Gani Patail menubuhkan sebuah kumpulan penyiasat yang salah dari segi undang-undang, mengapakah Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Gabenor Bank Negara bersama-sama menyiasat dalam pasukan petugas khas itu, apakah mereka tidak tahu undang-undang? Apakah pasukan penyiasat khas itu kumpulan haram yang salah dari segi undang-undang?

      Pasukan itu khas itu kalau tiada arah tuju, mengapakah mereka mempunyai skop siasatan mereka yang tersendiri? Mengapakah pihak Bank Negara Malaysia, SPRM telah menyiapkan siasatan mereka dan diberikan kepada Peguam Negara baharu yang membuang kes dengan alasan yang tak masuk akal?

      Dalam isu kenyataan SPRM bahawa wang itu bukan dari 1MDB, kenyataan itu bukanlah dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM atau Timbalan Ketua Pesurujaya SPRM Operasi yang pada ketika itu berada di luar negara, siapakah yang pandai-pandai buat kenyataan itu bagi pihak SPRM?

      Jika wang RM 2.6 bilion itu bukan dari 1MDB, kononnya wang itu dari keluarga diraja Arab, siapakah keluarga diraja Arab itu? Siapakah nama ahli keluarga diraja Arab yang berikan wang itu yang kononnya derma kepada UMNO itu?

      Malahan wang itu kalau derma kepada UMNO, mengapakah wang itu tidak pernah diserahkan kepada akaun UMNO? Apakah sekarang ini UMNO sudah tak ada akaun dan perlu masuk akaun peribadi Najib? Bayangkan kalau Najib mati semasa wang itu ada dalam akaun peribadinya, maka wang itu akan jadi harta pusaka kepada ahli keluarga Najib, maka UMNO masuk angin keluar asap sahajalah, pasal apa boleh jadi sampai macam ini?

      Pembubaran pasukan khas itu memberikan kesan yang buruk kerana sebelum itu setiap kumpulan dalam pasukan itu menjalankan siasatan secara bersama walaupun skop yang berlainan.

      Anda jangan hendak menfikan perkara inilah, kerana Peguam Negara yang baharu pun dah kantoi perbuatannya buang kes itu sedangkan kes RM 2.6 bilion dan SRC International serta kes wang 'pinjaman murabahah' oleh 1MDB kepada Petrosaudi sebanyak USD 1.83 bilion itu mempunyai merit untuk dibawa ke mahkamah, subjek kes telah ditemui, maka beban pembuktian bukan lagi kepada pihak pendakwa, tetapi kepada Najib yang didakwa, tapi pasal apa kes dibuang, dan lebih-lebih lagi Peguam Negara baharu mendapat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam Tabung Haji pula.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Tanpa Nama9 Mac 2016 12:04 PTG, statement presiden PKR tu apahal tak buat masa majlis Deklarasi Rakyat hari tu?

      Itu adalah pandangan peribadi Wan Azizah, bukannya ada kena mengena dengan isu Deklrasi Rakyat.

      Macam PAS jugalah, Hadi Awang kata tak sokong, tapi hantar Dr. Khairuddin dan Mustafa Ali sebagai wakil PAS untuk sokong dan tandatanagn Deklrasi Rakyat itu, apa cerita ni?

      Juak-juak Najib berhempas pulas canang kononnya PAS menyokong Najib, tapi akhirnya Hadi Awang sendiri hantar wakil PAS untuk sokong dan tandatangan deklrasi itu.

      Sila jawab perkara ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. dia mau tikam belakang laah tuu...

      Padam
  8. Tajuknya meletup. Dengan kuasa Allah dah berdekad Umno nak diletupkan tapi Alhamdulillah...sampai hari ni Umno tetap ditempatnya. Tiada yg kekal selamanya kecuali Allah, al quran dan sunnah. Selagi Umno (bukan pemipin atau ahlinya) masih mendokong hal2 berkenaan, insyallah semuanya selamat.

    Tun mamakdey dah lupa. Kesian kat dia. Osa pun dia tak boleh beza sebab pada zaman dia osa akan disimpan sampai kiamat. Maka jadi rahsia selamanya. Osa zamana najib cuma bertahan sampai di parlimen. Lepas pembentangan.....tiadalah lagi rahsia.

    Minta jawapan dah diberi. Min5a bukti dah diberi. Tapi masih berpusing pusing dengan ayat2 berserta auta. Nak juga menjahanamkan najib dan umno. Ini lah ciri2 raja mandaliar. Sanggup menjilat musuh sendiri. Bila polis minta beri keterangan dipusing pulak kata nak tutp mulut dia. Walhal polis minta bukti tuduhan dia. Kenapa tak diberi??????.....TAK CUKUP BUKTI KATA SI MAMAK.....

    LU PIKIR LAH SENDIRI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      tu lah bro. cerita UMNO tumbang UMNO muflis diwayangkan sejak say a masih budak2 lagi, berpuluh tahun sudah.

      Skrg ulang lagi skrip 'meletup' di terengganu.

      Takde sape yang meletup pun.. UMNO di Kedah dulu pun dicanag sakan oleh dedak2 cai mahadey rakyat akan turun beramai2 menyelamatkan MUKERIS.. tp syg sekali rupanya si botak anak Mamakdey ini jauh lebih buruk popularitinya dr yg dijangka.


      Kes Terengganu kita tau siapa dalang. Rejim Mamakdey takkan mengalah selagi jasadnya tak masuk dalam liang lahad. Kerjanya membalas dendam pada Najib dan UMNO kerana tidak mau ikut telunjuk kakinya akan terus berlaku.

      Itulah mamakdey.. manusia yg penuh kehinaan. Siapa sangka dia skrg bersama dengan musuh ketat umat Islam dan Melayu. Dengan parti yg cauvanist, anti kpd dia sendiri sehingga Lim Kit Siang berjanji jika Pakatan Haprak (B.A. time tu) menang, Mahadey akan ditangkap.

      Tp manusia ila busuk hati sampai ke usus, dia tak kisah janji dendam mesti dilunaskan.

      Bab tuduh Najib mcm pembuli je perangai. Tp haram satu report polis pun dia tak berani buat.

      Musa Hitam tuduh dia punca kes Memali pun dia tak berani jawab. Dia wajib didakwa di bawah Tribunal Jenayah tp krn kunun 'jasanya' maka org cuba nak selamatkanya.. terutama Patail Ghani LGBT.

      so.. kita tunggu net episod.. langkah mamakdey dengan dapig.

      Makin seronok plot citer ni!

      Padam
    2. Anda telah memperlihatkan kebodohan anda dwngan begutu ketara sekali..

      Padam
    3. Anda telah memperlihatkan kebodohan anda dwngan begutu ketara sekali..

      Padam
    4. Alahai mangkok ayon, kalau najib dah popular, bagus sangat, lakukan PRU mengejut sepertimana singapura lakukan? Boleh? Ada berani?

      Padam
    5. aloo.. 1136 tunggu lah pru 14.. ikut tempoh lah .. sampai lah nanti.

      Padam
  9. Isu sebenar adalah integriti dan accountability. Ia nya BUKAN isu politik. Jangan terikut ikut cara nuar. Isu peribadi dikaitkan dengan isu politik.

    BalasPadam
  10. salah bas la korang semua ...
    patutnya admin tukar tajuk artikel kat atas ..
    Najib ..1MDB ..Mahathir baru ngam

    BalasPadam
  11. gila .. bekas pengerusi TIA tak dapat derma ... mahunya tak marah

    BalasPadam
  12. Satu pendapat mengenai Mamakdey...


    " Tak pernah langsung terfikir oleh akal waras kita Tun Dr Mahathir tergamak untuk duduk sama bersekongkol dengan Bapak Chauvanist Kepala Rasis bernama Lim Kit Siang ini semata mata mahu mencapai matlamat peribadinya agar Datuk Sri Najib diturunkan dari tahta Perdana Menteri Malaysia !

    ‎Siapa yang tak pernah menyaksikan sendiri bagaimana lantang Tun Dr M sebut berulang kali secara terbuka bahawa Kit Siang adalah seorang yang Rasis! Rakaman video klip kekal menjadi bukti.

    Tetapi hari ini segala-galanya sudah berubah. Demi kelangsungan cita cita peribadi maka seorang tokoh politik seperti Tun Dr M sanggup menjilat kahaknya sendiri....

    Dulu Tun Dr M sebut "melayu mudah lupa". Memang tepat sekali apa yang dia pernah sebut... malah dalam kes ini, Tun Dr M bukan sahaja mudah lupa tetapi beliau seolah-olah dah "hilang ingatan" agaknya...

    "Tun Dr M had completely forgotten who is Kit Siang..." kata salah seorang sahabat blogger. Maksudnya Tun Dr M dah delete didalam memorinya semua salah laku Kit Siang dalam persada politik tanahair. ‎Atau Tun pura pura lupa siapa dalang sebenar Tragedi 13 Mei ? "

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.57

      "bersekongkol"

      bersekongkol dengan jho lo boleh plak, Tun mewakili majoriti rakyat mahukan najib diturunkan

      ‎"Siapa yang tak pernah menyaksikan sendiri bagaimana lantang Tun Dr M sebut berulang kali secara terbuka bahawa Kit Siang adalah seorang yang Rasis!"

      Itulah yang omputih namakan "in politic there are no permanent enemy, only common objective" faham tak chai?

      "Tun Dr M bukan sahaja mudah lupa tetapi beliau seolah-olah dah "hilang ingatan" agaknya..."

      Rakyat sepatutnya berasa malu kerana orang tua berusia 90 tahun menggalas tanggungjawab membela nasib rakyat yang teranaiya.

      "Tun Dr M had completely forgotten who is Kit Siang..."

      Omputih juga ada berkata "lesser of two devil who do you choose?"

      Padam
    2. Najib berpeluk mesra dengan Lim Guan Eng, Zahid bergelak ketawa dengan Lim Guan Eng dan puak-puak pembangkang apa cerita pula? Itu kau tak mau buat analisa ke?

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  13. Kita tak tuduh Mahadey upah Mat Said Samseng Kijal ni buat kacau dgn undi tak percaya tu..

    cuma kita nak tanya kenapa mahadey tak berani lapor polis jika ada kes penyelewengan dalam UMNO?

    Kita tak tuduh pun Mamakdey atur konspirasi ini dgn skrip 1mdb 2.6 billion tu sbg 'kosmetik' utk jatuhkan Najib cuma kita nk lihat dokumen saheh transaksi besar tersebut

    Apa nak takut sgt kalau betul ada dokumen saheh.. viral kan shj melalui WSJ.. kita tak tuduh WSJ tu di bayar mamakdey tp boleh saja untuk di bayar kalau betul ada bahan bukti 'special' yang memang boleh knock-down Najib..

    tp why... why xde pun? Mamakdey main wayang tak bagus.

    Cari pengarah lain yg bagus sikit. Kalau pakai penyangak muflis jd balaci wayang mmg org tak pandang sbb dia tu byk skandal jugak.

    Takkan muflis senang kalau xde skandal besar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Najib dapat sokongan rakyat sangat, maka Speaker DUN Terengganu patutnya biarkan usul undi tidak percaya terhadap MB Razif tu.

      Kita lihatlah apakah BN Terengganu mampu untuk terbang tinggi, atau tersungkur makan pasir jika PRN diadakan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Mana berani bro Abu Bakar, bubar? confirm bungkus..macam jugak PM kita yg tersayang, letak jawatan sementara? Bawak mahkamah? takkan berani la sebab..berani kerana benar..takut tu sebab dah tahu salah...lepas tu masuk dalam catatan sejarah pulak..PM tersayang masuk penjara, dok sebelah Nuar..bukan setakat PM tersayang aje..semua menteri2 kabinet kayu pun yg bersengkongkol pun pasti masuk penjara jugak..ha.ha..

      Padam
    3. 11.01

      "cuma kita nak tanya kenapa mahadey tak berani lapor polis jika ada kes penyelewengan dalam UMNO?"

      Khairudin dah pi buat laporan, dia plak yang kena tangkap.

      "Kita tak tuduh pun Mamakdey atur konspirasi ini dgn skrip 1mdb 2.6 billion tu sbg 'kosmetik' utk jatuhkan Najib cuma kita nk lihat dokumen saheh transaksi besar tersebut"

      Pergi mahkamah la chai, ada brani? Kat situ semua dokumen boleh dibentangkan.

      "Apa nak takut sgt kalau betul ada dokumen saheh.. viral kan shj melalui WSJ.. kita tak tuduh WSJ tu di bayar mamakdey tp boleh saja untuk di bayar kalau betul ada bahan bukti 'special' yang memang boleh knock-down Najib.."

      Nak tau saheh tak sahih, saman itu wsj, kasi malu sama wsj, ada
      brani?

      "tp why... why xde pun? Mamakdey main wayang tak bagus."

      Saman Tun di mahkamah, biar hakim dan rakyat menilai sendiri, boleh tak?

      "Takkan muflis senang kalau xde skandal besar!"

      Ni sape plak chai?

      Padam
    4. YAng penting ialah Najib sendiri Saman WSJ dan Tun M!!!

      ADA pelir tak??!!!

      Kalau Rakyat tak percaya Tun M no Hal!!!

      Tapi kalau Rakyat tak percaya PM USD1 Billion kau tu "its totally different scenario"

      BONGOK!!!

      Padam
  14. Dari segi soal 1MDB, berapa negara yang mengaku menyiasat. Singapura, Hong Kong dan Switzerland kata hendak menyiasat tetapi sudah berapa bulan? Kenapa lama sangat menyiasat tetapi tidak dapat apa-apa. Malah, Switzerland menafikan bahawa mereka menyiasat Perdana Menteri. Kalau mereka nafikan Najib terlibat, kenapa itu pun kita tidak boleh terima. Pasal ini pihak yang luar daripada kita. Kalaulah kita tidak boleh percaya lagi kepada badan-badan dalam negara, ini yang dinyatakan oleh Switzerland. Hong Kong pun diam sahaja dan Singapura pun tidak kata apa. Malah, Amerika Syarikat pun dikatakan menyiasat Perdana Menteri tetapi semua yang didakwa itu tidak berlaku.

    Ada pihak yang hanya memilih apa yang mereka hendak dengar dan percaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul Najib tak buat salah, maka pasal apa Najib takut sangat untuk disiasat?

      Ok lah, kalau di Switzerland, Singapore, Hongkong bagai tu tak siasat Najib, tetapi dalam isu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, pasal apa Najib takut nak berikan penjelasan di mahkamah sampai pergunakan Apandi Ali untuk gagalkan kes itu dibawa ke mahkamah?

      Dalam isu RM 2.6 bilion itu, apa yang jelas wang itu pernah ada dalam akaun peribadi Najib, soal samada Najib dah pulangkan wang itu atau apa-apa pun, sila jelaskan di mahkamahlah, apahal kes ini dibuang begitu sahaja, kita pun nak tau jugalah, apakah benar wang itu dari keluarga diraja Arab, siapa Arab tu, betul ke Najib dah pulangkan wang itu kepada Arab berkenaan atau sebenarnya wang itu dipindahkan ke akaun Najib atau akaun proksi Najib di luar negara pula.

      Malahan dalam isu SRC International, mengapakah kes itu ditutup begitu sahaja sedangakan pihak yang memasukkan wang itu perlu disiasat apakah motifnya dia buat begitu, malahan kita nak tahulah, macam mana orang yang masukkan wang dalam akaun peribadi Najib boleh tahu butiran akuan peribadi Najib, perkara ini perlu dijelaskan di mahkamah, bukannya dibuang begitu sahaja. Malahan wang RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, Najib dah pulangkan atau belum kepada SRC International, sebab itu wang milik SRC International, kalah dah pulang, bila dipulangkan, kalau belum pulang, pasal apa belum pulangkan lagi, malahan SRC International pasal apa tak minta duit itu dari Najib lagi, semua ini perlu dijelaskan di mahkamah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. 11.50,

      "Kenapa lama sangat menyiasat tetapi tidak dapat apa-apa. Malah, Switzerland menafikan bahawa mereka menyiasat Perdana Menteri."

      masa diperlukan kerana ianya melibatkan beberapa negara, switzerland menyiasat skandal 1mdb, dan siapakah watak utama? adakah najib? Jho lo? putera arab saudi? boleh sesiapa berikan nama? Jika masih dalam siasatan? Begitulah cara pendakwaan dilakukan. Sprm dengan terang dan jelas ingin mendakwa najib berhubung skandal src, kenapa tutup kes?

      Ingat dan mudah je chai,

      skandal 1mdb disiasat oleh beberapa negara.

      Skandal src, sprm menyiasat dan memang ada kes.

      Padam
    3. abu baakar pasal 11mdb ko pergii masuk faceboook aazmm lah tanya dia kow kow fakta ko tu.. kat sini cai cai tak faham bisnes billion.. bisnes nasi lemmak cai caai faham lah.. ko masuk lah tanya segala macam soallan pasal 1mdb ni.. lepas tu ko lunyai lah dia kow kow dgn fakta rujukan sarrawaak repot, wsj ker...

      Padam
    4. Aku dah masuk dah, dah tanya beberapa soalan dalam tiga komen aku di facebook dia, sampai sekarang tak jawap apahal?

      Kau tolonglah si Azmi tu jawab, cakap besar pung pang pung pang, tetapi sekadar merapu tak tentu hala, ingatkan dapatlah dia jelaskan pasal 1MDB itu jika aku ada tak faham lagi, tapi si Azmi tu pun bukannya tau apa, sembang sahaja lebih.

      Aku berhujah bukan untuk menang debat, tapi untuk dapatkan jawapan, itu pun korang tak dapat berikan, apa dah jadinya?

      Sudah-sudahlah cakap besar, auta sahajalah yang lebih korang ni.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  15. Semoga tiada fitnah berkenaan isu OSA,,,Kepada semua rakan2 Putra merdeka jgn lagi buat Fitnah

    Hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara mengiringi rumusan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB, diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

    Sebaliknya, rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.

    "Laporan (yang diklasifikasikan di bawah) OSA itu laporan Ketua Audit Negara, jangan salah faham, laporan yang diminta sendiri oleh Ketua Audit Negara untuk diklasifikasikan sebagai OSA,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu Pengerusi PAC cakap macam lain, sekarang dah tukar macam lain pula.

      Kalau macam inilah perangai Pengerusi PAC, tak payahlah dia nak minta rakya nak percayakan dengan laporan oleh PAC, sebab dari apa yang berlaku, rakyat dah meluat dan benci dengan sikap pura-pura Pengerusi PAC ini.

      Persoalan yang tidak dijelaskan kepada rakyat hingga sekarang ini adalah mengapakah individu-individu penting seperti Najib sendiri sebagai suspek utama tidak dipanggil untuk beri keterangan, begitu juga rakan subahat utama Najib iaitu Jho Low juga tidak dipanggil untuk beri keterangan, malahan Gabenor Bank Negara juga tidak dipanggil untuk untuk beri keterangan mengenai isu USD 1.83 bilion 'pinjaman murabahah' oleh 1MDB kepada Petrosaudi itu.

      Perkara-perkara sebegini menunjukkan bahawa Pengerusi PAC tidak jujur, walaupun ada ahli pembangkang dalam PAC, tetapi bila mesyuarat dibuat Pengerusi PAC dan ahli-ahli PAC dari Barisan Nasional yang dikawal oleh Najib membuat keputusan untuk mengelakkan individu-individu utama dalam kes ini supaya tidak disiasat.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. abu bakar napa ko tak tanya bab 1mdb ni kat facebook bro azmi??? pendebat asia sudah cuba nasib dia... ko pula bila pulak .. aku nak lihhat ko lunyai dia kow kow dgn faktaa ko tu...

      Padam
    3. Nek Tempoyak dah tukar ayat-ayat komen ke? Hari tu carut marut siang malam, sekarang merapu pasal si Azmi tu pula, saya dah tanya soalan, dia tak jawab pun, apa cerita?

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. 12.17

      "abu bakar napa ko tak tanya bab 1mdb ni kat facebook bro azmi???"

      Bagitau dengan azmi facebook, dengan segala dokumen, fakta dan bukti yang menunjukkan najib TIDAK bersalah, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk najib, azmi facebook, membawa skandal.

      Tapi errrr....hakim tu jangan lah kena sogok dan dipengaruhi oleh najib plak ye....macam anwar dibebaskan kes aritu.

      Yang terbaik adalah saman wsj di mahkamah amerika syarikat.

      azmi facebook, najib ada brani? Ada telor?

      Padam
  16. Sdra 11.42 pg

    1. FBI dah mula menyiasat tim leissner dari goldmansach dan diserahkan SUBPOENA. Mereka dan negara swiss telah bekerjasama dalam hal ini

    2. Yak Siew punya akauan masih dalam mahkamah tapi belom bermula. Dokumen2 sudah ada dalam mahkamah

    3. Pagi tadi seorang lagi banker telah letak jawatan dan ada kaitan dengan money laundering 1MDB.

    4. Tunggu....sedikit masa lagi banyak laporan akan dikeluarkan

    So sdra 11.42 pg.....sabar. jangan terkejut nanti, ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETOL KA???!!!

      SEMANGKIN KEMBANGLAH RAMBOT LOSMAH!!!

      Kahkahkahkahkahkahkah.....

      Padam
  17. Hahaha penyamun bugis masuk penjara losmah boleh rujuk rahim A/L thamby hahaha
    Itupun kalau laku lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da macam petis Ais mana nak laku!!!

      Hasil dari USD1 Billion!!

      Wahkakahkahkah...

      Padam
  18. Sian bapak komunis dap lim lit siang tu tak pernah dapat derma berbillion, tapi tuan guru sheikh hj najib bokeh dpt derma 2.6 billion, 42 juta masuk dlm akaun lagi, murah betul rezeki Alfadhil sheikh hj Najib....

    BalasPadam
  19. Cash is King...

    King apa??

    King Kong!!

    King Kong kepala hotak ko!!

    PM USD1 Billion!!!

    BalasPadam
  20. tolonglah percaya yang Tun M adalah Perdana Menteri paling bersih? tolongla percaya..YTL xpnh bg duit pun kat Tun, Anak Tun berjya jadi org pling kaya sebab dia lulus SPM sedara, jadi layaklah dia, dulu tu syarikat besi tu lebor pun sebab kn terbakor, plug je, kes kecik je.mana penoh rugi zaman Tun, zaman Tun dlu jd Presiden bukan sebab ahli UMNO yg sokong, sebab memang dia hebat ja.await hangpa tak percaya ka? p tanya Tun bila malysikini suh dia dedahkan aset dia, dia jawab apa..dia jawab cerdik, saya ni pencen 10ribu ja dapat tanah pun sya pulangkan pada kerajaan..tgk..dia tak jawab pun setuju ke tak..cerdik x, ini baru patut jadi PM..dulu dia serang paklah suh turun pasai apa? ni abu bakaq hang pandai sangat dok becerita hebat..mai jawab..dia tak puas hati pasai paklah potong prjek dia, itu ja alasan sedara, itu alasan paling kukuh untuk turunkan PM..memang bagus la Tun M, sayang Tun M..la ni dia nak suh Najib pulak turun pasai 1mdb, Najib turun jela, pastu Mahyiden naik..mhyiden beberapa hari akan taat la pada Tun M, lepas setahun dua dia bekeras plk, pasai apa aq mau ikt cakap dia, ni legasi aq jd PM..biala aq yang buat sendiri, aq pun mau di kenang dalam buku teks sejarah tgktan 1,Tun M pn bengkek, dia kata myiden xmau dengaq kata dia dah..pastu dia kata syrikat toiletbank putra amik duit pastu blog ni pun dok kluarkan mari kita turunkan mydenn..what The FUCKING!!! sapa yg jadi pjilat selamnaya!! ahhh bodonya plot certa UMNGOK NI!

    BalasPadam
  21. UMNOn_ok!!!

    Tunggu masa kerana PM USD1 Billion dan Altantuya dan macam2 scandal lagi!!!

    BalasPadam
  22. Lawan!! ahmad said!! lawan!!

    Kasi ajar parti Najib!!! Bukan umno lagi dah....

    Adakah rakyat marhaen sudah lupa bagaimana ahmad said dipaksa meletak jawatan oleh siapa lagi? iaitu PM paling bodoh (15 - 9 = ?) bernama najib ini.

    Seperti mukhriz, ahmad said disenangi oleh rakyat jelata bahkan oleh sultan sendiri, bahkan oleh pembangkang sendiri.

    Adakah pihak pas sudah lupa bagaimana umno menjatuhkan pemerintahan pas satu waktu dahulu? Adakah pas ingin membiarkan anjing yang tersepit begitu sahaja?

    Kelemahan ahmad said, seperti mukhriz mereka amat berdedikasi, amanah, cekap dan kuat bekerja.

    Kelemahan ahmad said dan mukhriz juga mereka tidak kenal sepak terajang dunia politik.

    Amat malang kepada rakyat negeri kedah dan terengganu kerana mempunyai MB seperti hari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.hahha... nak tergelak aku....

      Padam
  23. Assalam Bro,aku setuju dengan Ahmad Said.Kerana menyelamatkan maruah Negeri Trengganu dia dikorbankan.Kalau tidak kerana Ahmad Said mungkin perigi-perigi minyak Trengganu dah pun tergadai oleh Najib.....

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum... saya rakyat biasa, bukan ahli kepada mana-mana parti politik ... memberi pandangan peribadi sebagai rakyat. TDM sebagai rakyat berhak membuat penilaian terhadap kerajaan. Tetapi apabila TDM semeja dengan LKS, he has lost all my respect towards him... for those who has been through 13 May 1969 would understand what I am trying to say. DSN pula dikatakan telah banyak melakukan kesalahan, ramai netizen bercerita dan bercakap mengenainya dan kata ade bukti-bukti kuat untuk menyokong. Why not exercise your right, ramai-ramai pergi buat laporan polis... kalau PDRM tak siasat then baru ada asas untuk tidak menyokong kerajaan. Ini pandangan saya.

    BalasPadam