Sabtu, 19 Mac 2016

Warkah Buat Pejuang UMNO Sahaja..!


Khas buat pejuang UMNO..! Sesiapa yang pejuang individu@macai@penjilat@pengampu sila abaikan..!

Saudara-saudari sekalian, 

Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak. 

Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.

Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.

Terima Kasih 

Selamat bersidang

Dr Mahathir bin Mohamad
18 Mac 2016

chedet

Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. Ayahanda TDM.. tetap terbaikk!!..

    BalasPadam
  2. Selamat jalannnn!

    BalasPadam
  3. PERINGATAN kepada seluruh ahli2 umno yang masih sayangkan UMNO dan bertindak sebelum parti UMNO terkubur dan ditalkinkan sebelum PRU akan datang!

    1 Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri

    2.Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

    BalasPadam
  4. ayat politik... byk kebaikan pada rakyat yg DSN buat tak sebut... keburukan pada kroni TDM itu yg menggugat kuasa TDM :-((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib seorng pencuri dan tak layak jd PM.

      Padam
  5. You can fool all the people some of the time,and some of the people all the time,but you cannot fool all the people all the time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. But that MAN DID MOST OF THE TIME and to all the people ALL THE TIME

      Padam
  6. Tun M, udah le... Nanti mati orang ludah je jasad tun sebab benci... Tun juga cakap berhenti makan sebelum kenyang... Sebelum orang benci, elok berhenti la buat honar... Selama 22 tahun apa yg rakyat dapat, syarikat besar besar je tun jaga.. Anak beranak je tun suap... Nak tanya tun, Ramli yg dulu hanya jual kain macam bangla, sekarang rumah harga juta juta tu sapa, .. Hamid anak beranak yg buka kedai printing kat pekan melayu tu boleh kaya macam mana.. Macam mana toke kain boleh jadi toke balak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau km penjilat najib blh terus jilat..

      Padam
  7. Pejuang UMNO tulin tau!Bukan pejuang DEDAQ

    BalasPadam
  8. bila tun cakap lawan biasanya tun takkan berjanggak walaupun dihina jiwa tun tun kental,,,,,amerika pun tak takut inikan plak najib...terfikir plak najib ni siapa nak lawan tun...korang ketua bahagian semua jaga2lah lepas ni kalau najib jatuh jangan pulak korang kondem najib plak ,kitaorang ahli biasa umno ni dah paham sanggat perangai korang wahai ketua 2 umno semuanya hidup penuh degan sikap pentingkan diri sendiri maklumla banyak masyuk,,,korang semua terlampau banyak makan taik sampai jadi bodoh tak tahu mana baik mana buruk janji masyuk....kita orang ahli biasa ni bukan tak tahu apa yang korang dah buat tunggu masa korang jatuh jer lepas tu kitaorang akan korek satu 2 korang punya sial,,,jamal pak tongkol aku nak bgitau kau ,kau ingat tun tu siapa budak budak ker,,,aku bagitau kau la jamal ,,,,SEJARAH TUN KALAU DIA LAWAN PERNAH KER KAU TENGOK DIA KALAH SEBAB TU SIMPAN LAH KAU PUNYA SAMSENG TAK PAYAH LA NAK BAWAK KAU PUNYA SEMSENG KT KL SIMPAN SSAMSANG KAU KT TEMPAT KAU JELAH...kita orang orang klumpur ahli umno jugak maacam kau kita orang dh meluat tengok kau kt kl macam poyo jer,,geli aku tengok kau orang slah pun kau bela..tulah pasal kurangkan makan taik sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik Bro, memaang sebegini yang ahli biasa cam kami rasa. Yang KBU semua macam takde otak, play safe jee, tak amcam dulu masing2 berusaha menonjol diri untuk menegakkan keadilan dengan semangat perjuang Umno yang tulen. Bukannya perhamba diri kepada wang ringgit dan menadah mulut untuk disuap. Politik NAJIB, LOW CLASS, politik bacul lagi merosakkan.

      Padam
  9. DS Najib adalah Preseden Parti dan Perdana Menteri Malaysia berhak di pertahankan kerana agenda musuh negara dari luar akan menjahanamkan kita semua.

    BalasPadam