Khamis, 17 Mac 2016

Nasib Baik Bangla 1.5 Tak Jadi..!


Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit menolak cadangan gila yang mahu mengambil 1.5 juta bangla masuk bekerja ke dalam negara..!

Sumber tak rasmi menyatakan bahawa rakyat asing dalam negara dah mencecah hampir 7 juta orang..! maknanya lebih kurang...setiap 5 orang rakyat mesti terselit seorang rakyat asing..! negara siapa ni???

KUALA LUMPUR: Jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja asing ke negara asal mereka meningkat 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Pada 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dikirimkan ke luar negara.

"Berdasarkan rekod, destinasi utama kiriman wang ke luar negara sejak 2011 hingga 2015 ialah Indonesia, diikuti Bangladesh, Nepal, India dan Filipina.

"Dari aspek pertumbuhan tahunan 2011 merekodkan kadar 17.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 23.2 peratus bagi 2015," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja asing ke negara asal mereka mulai 2010. 

Beliau berkata, pada 2014, sejumlah RM24.2 bilion dihantar pulang, 2013 (RM22.7 bilion), 2012 (RM18.4 bilion), dan 2011 (RM15.7 bilion).

Pada tahun lepas sejumlah RM6.2 bilion dikirimkan ke Indonesia manakala kiriman wang pekerja asing ke Bangladesh berjumlah RM4.6 bilion, Nepal (RM3.6 bilion), India (RM2 bilion) dan Filipina (RM1.1 bilion). - BERNAMA

Kerajaan perlu lakukan jihad terbesar untuk menghalau pendatang asing tanpa izin yang duduk melekat didalam negara..! Adakan 'serangan'..! Tangkap dalang mereka..! 

Selesai masaalah PATI maka akan turut selesai masaalah sosial, ekonomi, dan kesihatan rakyat..!

Bukan sebok nak jaga Najib jer..!

Akai ada ker?

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Jangan lupa warga China yg dtg melancong khabarnya ada yg tak balik China kembali.

    BalasPadam
  2. Wah...banyak tuu...bila nk buat operasi..? Hari tu ckp nk buat operasi besar besaran..tapi senyap terus..singkir saja pegawai2 yg suka minta wang 'derma'..ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di negara ni semuanya bermusim. Musim serbu pati begitu juga. Negara mana dalam dunia ni yg pendatang boleh ambil alih pasar. Malaysia ..
      Negara mana pendatang boleh takutkan rakyatnya. Malaysia..
      Sebabnya, tak larat nak tangkap.. sempadan bocor. Agensi bocor.. semua bocor...

      Padam
  3. Hampir sama dengan kutipan gst tahun lepas tu. Untung ke rugi negara kita dari sudut kewangan bila perkara sedemikian berlaku. Adakah kerajaan wujudkan mekanisme tertentu dalam meminimumkan aliran keluar wang dalam bentuk begini?

    BalasPadam
  4. MOU dgn Bangladesh sudah pun ditandatangan oleh kedua pihak. Menteri kata dah tutup cerita, dah takde isu 1.5m bangla. Sebagai rakyat, adakah bukti ini cukup?? Siapa percaya??

    Bayangkan mula2 sain, lps tu ckp pospone, lepas tu batal tp tiada bukti.

    Betul macam CIRCUS (pinjam kata reporter Australia).




    BalasPadam
  5. Berdasar pengalaman aku,ada antara pihak berkuasa mmg dah kamcing dengan toke yg mengaji pendatang tanpa izin, setiap kali ada serbuan toke2 ini akn dimaklumkan terlebih dulu,penguasa tk amanah antara punca byk pendatang masuk

    BalasPadam
  6. Cara Paling Mudah Melayari Laman DiSekat ( seperti dinturtle.blogspot.com ) Melalui Handfon

    Saya masih lagi menerima pertanyaan dari rakan2 macamana nak buka blog dinturtle yang masih disekat oleh SKMM.  Ramai yang pakai handfon je jadi bila kita minta mereka download apa2, mereka iya kan saja tapi bukannya mereka nak buat ! 

    OK, di sini saya tunjukkan secara bergambar salah satu cara paling mudah untuk anda melayari laman2 yang disekat oleh SKMM jika menggunakan handfon.








    1 - Mula2 KLiK ikon CHROME seperti di atas. Benda ni semua handfon ada.








    2 - Kemudian KLiK 3 titik di penjuru kanan atas tu ....






    3 -  KLiK Data Saver SETTING seperti gambar di atas



    4 - ON kan data saver

    MERDEKA ! Gunakan/KLiK CHROME setiap kali anda mahu melayari internet. Anda sudah bebas.... 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari saja dinturtle original semua masaalah selesai.

      Padam
  7. Menteri kata kerajaan jimat rm240m lepas potong biasiswa Jpa. Celah gigi banding yg masuk akaun peribadi bugis.

    Dasar apa macam ni?? Budak2 sekolah belajar teruk2 sebab nak biasiswa, nak rasa belajar luar negara. Yg dpt A+ dah semakin ramai nak fight masuk univ tempatan. Habis yg dpt gread biasa nak pergi mana? Jadi apa budak2 ni semua? Bangla juga yg untung, dpt kerja sini, duit hantar bangla.

    BalasPadam
  8. Download kat playstore software cyberghost. Instal kat handphone. Blh masuk semua website yang diblock.

    BalasPadam
  9. Smlm terdengar berita kata nk buat bangunan tertinggi di Asia, ada duit pulak, subsidi gula tepung minyak dh ditarik balik, peruntukkan utk sekolah2 dikurangkan, termasuk subsidi utk ank orang miskin...apa nama...sata lupa pulak, bantuan utk OKU pun dikurangkan, rakyat miskin pun kena gst,tol naik tambang naik, yg tk naik cuma lancau sibugis tu...tiba2 nk buat bangunan tertinggi haramjaddah betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubat hospital pun tinggal yg biasa je sbb budget kena potong 50%.

      Padam
  10. Guru besar YDP pening kepala cari dana utk sekolah.

    BalasPadam
  11. Sori bro, sape nak pecaya, pecayalah, tak percaya tu terpulang tapi bagi diri aku, aku tak caya yg Bangla 1.5 juta ni tak jadi masuk. Banyak benda terbukti lain cakap lain yg dibuat.

    BalasPadam
  12. Dulu penjilat totok Anwar. Setelah dibogelkan keceluparannya menuduh TDM Bapak Kronisme, Zahid secara terbuka (disaksikan jutaan rakyat di tv) mohon maaf & diterima kembali oleh TDM. Ketika TSMY mempersoal 1 emdebik & duit derma dlm perjumpaan tertutup, Zahid bagai Budak Kedi hanya mampu tunduk, bisu & tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Ehwah...sekarang nie bukan main lagi tunjuk lagak sombong & membohong. Kami semua tak akan lupa Zahid. Cakap berbelit-belit, sekejap nak import Bangla, sekejap tangguh, alih2 batal. Apa punya flip-flop jenis manusia ini? PHD dia juga meragukan. Cakap omputih pun bertabur tak karuan lebih teruk dari standard primary school of my generation. Zahid.. You too can Go To Hell joining AhJib Go for Goodness sake.

    BalasPadam
  13. Rakyat Malaysia ni betul betul kacau daun. Korang tahu tak dua tahun lagi Umno kantoi? Sekarang menteri-menteri ligat cari duit. Aku pon nak jugak. Tapi aku pandai sikit, aku suruhlah adik aku masuk. Lepas tu, aku pun masyuuuuk jugak. Dua tahun lagi nak pergi main golf pon kena unggu member belanja. Itu pon kalau ada member lagi la, maklumlah, dah jadi Mr. Nobody. Korang bagi la chan kat aku. Bangla yang datang tu pon, dapat tolong keluarga dia orang kat sana kan? Alaaa....setakat dua tiga ratus komisyen sorang Bangla, lepas la aku nak beli susu cucu aku. Anak aku kot mungkin tak lama kerja kat syarikat gomen tu. Ok ya? Korang jangan kacau line aku, ok?

    BalasPadam