Layan...
1. Diwaktu UMNO ditubuh, pemimpin dan ahli UMNO pada ketika itu pilih demokrasi sebagai sistem pentadbiran parti dan juga negara.
2. Diantara sebab demokrasi dipilih ialah kerana demokrasi mempermudahkan pemilihan pemimpin dan penukaran pemimpin dalam parti dan negara.
3. Hanya dengan undi ahli sahaja pemimpin boleh dijatuhkan atau dinaikkan.
4. Demikian apabila Dato Onn mencadang membuka parti kepada semua rakyat Malaya, UMNO tolak. Dengan itu Dato Onn letak jawatan dan Tunku dipilih untuk menggantinya. Tidak ada percubaan oleh Dato Onn sebagai Yang Dipertua UMNO memaksa UMNO mengekalkan dirinya.
5. Kemudian selepas mencapai prestasi yang kurang baik dalam PRU 1969, Tunku, apabila sedar dianya tidak popular lagi menyerah kepimpinan UMNO kepada timbalannya Tun Razak walaupun Tunku khuatir akan kesetiaan Tun. Tunku letak jawatan dan peralihan kepimpinan UMNO berlaku tanpa masalah.
6. Pada tahun 1987 Tengku Razaleigh dan Musa Hitam mencabar saya sebagai Presiden parti. Kempen bebas dilakukan oleh kedua-dua pihak. Tidak ada siapa yang dipecat. Ada menteri yang memihak kepada Team B. Mereka bebas berkempen diseluruh negara. Tidak ada arahan menyekat pemimpin Team B berjumpa dengan bahagian, cawangan atau ahli UMNO. Tidak ada apa-apa ugutan untuk dibuang dari parti. Tiada siapa yang dibuang dari parti atau disoal oleh polis.
7. Pengundian dibuat secara bebas semasa mesyuarat agung parti. Semua pemimpin dan ahli mengundi secara sulit.
8. Hasilnya saya menang hanya 43 undi dan Encik Ghaffar Baba 41 undi walaupun 80% dari bahagian-bahagian mencalonkan kami berdua.
9. Selepas itu kabinet disusun semula dan beberapa menteri dari Team B diterima masuk kabinet.
10. Tengku Razaleigh membawa kes ke mahkamah dan UMNO hilang kesahihannya dan didakwa haram.
11. Dalam menyusun semula ahli-ahli UMNO bebas untuk kembali kepada UMNO atau menyertai Parti Semangat 46.
12. Demikian juga apabila prestasi Tun Abdullah kurang baik, Najib dapat mempengaruhi Abdullah supaya bersara dan menyerah jawatan Presiden kepadanya. Peralihan berlaku tanpa sesiapa digugur daripada UMNO atau letak jawatan.
13. Semua peralihan kepimpinan UMNO berjalan dengan licin dan demokratik. Sepatutnya Najib juga harus guna cara ini dan membenar suara ahli didengari, perbahasan diadakan secara bebas berkenaan prestasinya.
14. Tetapi tidak.
15. Najib bertindak keras dan mengguna kuasa sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri untuk menghalang sesiapa yang cuba mempengaruhi kedudukannya.
16. Sesiapa yang menegurnya disingkir dari UMNO. Ada yang disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas, kononnya mereka ‘terrorist’, pengganas.
17. Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada bulan Disember 2015 jumlah pemerhati dihadkan. Wakil tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.
18. Sepatutnya Timbalan Presiden menyampaikan ucapan pembukaan bagi persidangan pemuda, wanita dan puteri. Tetapi Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin, tidak dibenar.
19. Hanya Najib seorang sahaja yang berucap dalam pembukaan dan penutupan.
20. Tidak ada perbahasan yang serius sepanjang persidangan.
21. Dengan tindakan-tindakan ini ahli dan pemimpin UMNO hilang suara kerana takut. Timbalan Presiden dilucutkan jawatan tanpa melalui proses pemecatan dari parti.
22. Ketua-ketua bahagian diarah oleh Najib supaya tidak bincang berkenaan 1MDB dan Ringgit 2.6 billion dalam akaun peribadinya. Hanya penjelasan Najib bahawa duit itu adalah derma dari orang Arab yang ketua bahagian mesti terima.
23. Diperingkat Kerajaan pula perpisahan kuasa antara badan perundangan, pentadbiran dan badan kehakiman sudah diketepikan oleh Najib. Semua kuasa dirampas oleh Najib. Dengan ini pentadbiran termasuk polis dan institusi kehakiman tidak lagi bebas untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Najib mengarah semua gerak-geri mereka. Mereka terpaksa ikut arahannya supaya menolak sebarang siasatan terhadap dirinya.
24. Yang jelas ialah jentera parti dan jentera Kerajaan sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi. Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk mendapat perlindungan dari parti atau Kerajaan, hak untuk menaik dan menurun pemimpin. Majoriti ahli parti berada dalam ketakutan atau terlalu selesa dengan layanan yang diberi oleh Najib.
25. Sebab itulah tindakan diluar parti terpaksa diadakan.
26. Jika ramai ahli-ahli UMNO berani menolak Najib melalui suara ramai, kerjasama dengan parti lawan semata-mata untuk penyingkiran Najib dan tidak untuk lain, tidak perlu dibuat.
27. Parti lawan juga ingin menyingkir Najib bukan kerana mereka bersetuju dengan pendirian bekas-bekas pemimpin parti Kerajaan tetapi kerana mereka sedar akan kerosakan kepada negara dan jentera pentadbiran yang sedang dilakukan oleh Najib yang juga mempunyai kesan buruk kepada mereka.
28. Oleh kerana ini mereka juga berpendapat Najib perlu disingkir. Pendapat mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin UMNO dan kebanyakan rakyat.
29. Oleh kerana kongkongan UMNO dan ahli-ahlinya oleh Najib dan mereka sendiri tidak mampu membuat apa-apa, maka suara rakyat, diluar UMNO, termasuk suara parti lawan perlulah digabung untuk memberi kekuatan dan kejayaan kepada usaha menyingkir Najib.
30. Najib akan main isu Kit Siang dengan saya supaya ahli UMNO terpesong dari tujuan Deklarasi Rakyat sepertimana ia memesong demonstrasi Bersih yang bertujuan menjatuhkannya kepada kononnya demonstrasi Bersih adalah percubaan orang Cina untuk menjatuh Kerajaan Melayu dan baju merah pun berdemonstrasi melawan Cina.
Lu Fikir La Sendiri!!!
DEMIKIANLAH JUGA APABILA UMNO DI HARAMKAN DAN SAYA MEMECAT TUN SALLEH ABBAS SEBAGAI HAKIM KETIKA ITU, ADALAH UNTUK MENGEKALKAN KUASA SAYA SETELAH MAHKAMAH MENGHARAMKAN UMNO,KETIKA ITU MAHKAMAH TELAH MENGATAKAN BAHAWA BEBERAPA CAWANGAN UMNO MENYOKONG SY TIDAK PERNAH BERDAFTAR, JADI CUKUP UNTUK MENGSABITKAN UMNNO DIHARAMKAN,SAYA MENUBUHKAN UMNO BARU, MEMUDAHKAN SAYA MENGAWAL SEGALA ASET UMNO LAMA,DEMIKIANLAH KATA TENGKU ABD RAHMAN,
BalasPadamSALAM PERJUANGAN
A BA TA
ABU BAKAR TAHIT
Eh kenapa tun xnk cerita tentang Anuar?? rasanya masa tu kn banyak org yang kene tangkap..
Padamsory Tun, sy tidak mengagumi anda lagi
woiii agaklah der...jap lagi anjng2 tun akan menyalak tau..siaplah korang kikikiki
Padamxpela bro..ni sy sediakn tulang untuk mereka...cepat2 ...
Padamsalam perjuangan
a ba ta
abu bakar tahit
1MDB "Saya tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin" - Zeti Aziz
PadamTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan khusus dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang pemindahan wang ASD$1.103 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Kepulauan Cayman ke Singapura.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, bahawa beliau memberitahunya yang wang itu tidak dipindahkan ke BSI Bank di Singapura, seperti yang didakwa.
“Saya tidak pernah mengadakan pertemuan (dengan Muhyiddin) khusus untuk membincangkan soal itu.
“Saya juga tiada bawa apa-apa dokumen tentang perkara itu kepada beliau,” katanya dalam sidang media Laporan Tahunan dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara 2015, di sini, hari ini.
Namun, katanya, beliau memang banyak berurusan dengan Muhyiddin ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan antaranya ialah ketika dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kos Sara Hidup.
“Daripada segi itu, jika saya ada berbincang (perkara ini) dengannya, ia secara meluas tentang apa yang berlaku. Ia sudah lama. Dan mungkin ketika itu pun saya tiada maklumat berkaitan apa yang anda (wartawan) sebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zeti bertegas tidak akan sesekali membenarkan BNM terheret dalam politik berhubung isu 1MDB.
“Saya tidak akan terheret untuk buat kenyataan politik dan benarkan BNM terheret dalam politik isu ini. Saya hanya mahu menegakkan peraturan dalam sistem kewangan,” katanya lagi.
PENGGANTI BELIAU
“Sesiapa sahaja yang menyandang tugas itu perlu ada kepakaran. Kita berharap satu keputusan yang tepat (mengenainya) akan dibuat dan individu itu memiliki kelayakan tinggi serta mampu menggalas tugas dengan segera tanpa memerlukan tempoh lama mempelajari selok belok berkaitan.
“Keputusan itu dalam masa beberapa hari… ada lagi 38 hari, jadi anda perlulah bersabar,” katanya pada sidang media sempena pengumuman mengenai Laporan Tahunan BNM 2015 di sini, hari ini.
Beliau yang juga gabenor wanita pertama negara, menerajui BNM selama 16 tahun sebelum bersara pada April ini.
Zeti turut menyuarakan keyakinannya bahawa bank pusat itu akan terus berfungsi dengan baik selepas ketiadaannya kelak.
“Saya rasa, keseluruhan sistem serta aspek membuat dasar masih berfungsi. Malah, saya amat yakin ia akan berterusan berdasarkan apa yang menjadi kekuatan BNM selama ini.
“Tiada alasan pun untuk meraguinya. Prospek masa depan juga menarik dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu membuat persiapan bagi cabaran masa depan,” tegasnya.
Menurut Zeti, jawatankuasa tadbir urus BNM juga telah melaksanakan penilaian terperinci terhadap calon sesuai serta mengemukakan saranan kepada pihak kerajaan.
“Kita tidak menyatakan apa yang kami inginkan atau boleh mengulas apa yang dinilai jawatankuasa itu kerana ia adalah rahsia,” katanya ketika ditanya sama ada bakal penggantinya itu adalah kalangan ‘orang dalam’ BNM sendiri.
“Semua persiapan sudahpun dibuat. Saya sendiri sudah merancang untuk menulis buku,” katanya.
Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan jika beliau ada membuat pertimbangan untuk terus menyambung khidmatnya bagi tempoh separuh penggal lagi.
adoiiii..ni la geng2 abu bakaq ni..kaki kencing..kepala dia xusahla nak habaq..hurmmmm abu bakaq sedap ka minum air kencing???
Terlebih makan dedak pun satu hal, buta hati jawabnya. Dalam Islam lazimnya manusia tidak akan cakap diri sendiri baik, kecuali orang itu ada sesuatu yang nak disorok lalu terus mangata diri sendiri yang betul dan benar selalu seperti yang lazim dilakukan oleh DS Najib. Ini dituruti oleh isteri beliau DS Rosmah. DR Mahathir pula kata, saya hidup bukan untuk disanjung atau dikagumi sekadar dapat menyatakan yang hak dan yang bathil. Selagi ada kudrat dan usia beliau terus berjuang untuk perkara yang beliau yakin benar dan wajib diperjuangkan. Sehingga hari ini segala kritikan dan tuntutan Tun tetap sama terhadap DS Najib. Hanya DS Najib dan para tukang sapu beliau yang berbelit-belit dalam mempertahankan salah laku beliau dalam memegang kuasa pentadbiran Negara.
PadamAdmin, 4 pengomen yg atas tu semua pemakan dedak najib. Anda telah melakukan tugas dengan cemerlang.Saya suka sangat kalau pemakan dedak najib komen ramai2 kat sisni. Anda bolih pikirkan sendiri sebabnya.
BalasPadamTak bacapun. HAHAHAHA
BalasPadamNajib adalah liabititi kepada negara.
BalasPadamsibuk tuduh org lain penjilat... kami yg menyokong najib berfikir, sedar dan menyokong berdasarkan fakta sahih bukan cakap2 bohong, fitnah dan spin bersumberkan pembangkang dan kemaruk nak letak anak jadi PM...
BalasPadamtak malu ke ahathir kata dia paling demokratik... artikel diatas "half cook" tidak menceritakan hakikat sebenar yang mahathir terlibat dalam kebanyakan komplot menjatuh dan menggulingkan pimpinan agar dia mendaki ke atas... contoh katanya pak lah berundur cara baik... gerakan menjatuhkan dan menekan pak lah dimulakan mahathir... najib kekal setia dan dalam sejarah tidak memijak sesiapa untuk mendaki ke atas... apa usaha berkomplot dengan pimpinan umno ketika itu bertindak sebagai mastermind tangan hitam sampai dia sanggup bergimik keluar umno bagi menekan paklah berundur digelar DEMOKRASI... benarlah yg crazy adalah mahathir... mungkin ini KIFARAH Allah swt kepada beliau di hujung usia atas pelbagai sebab dalam perjalanan hidup beliau...
Moga Allah melindungi malaysia dan meneguhkan perpaduan melayu islam yg sebenarnya berhadapan ancaman lebih besar iaitu perancangan licik kafir harbi laknatullah mahu menguasai dan mendominasi kuasa sekarang ini
Moga Allah melindungi Malaysia dari penyamun penyamun laki bini anak beranak tanpa segan silu dengan mengggunakan alasan perpaduan dan atas nama islam..
Padam#PenyamunTetapPenyamun
CAhai JIb, kita tak kiralah siapa Najib ke, Mahathir ke, mereka tetap manusia yang akan dipertanggungjawabkan di atas setiap kelakuan mereka di muka bumi. Yang jadi soal besar ialah isu seorang Perdana Menteri yang akaun Peribadi beliau disahkan wujud kemasukan wang berbillion ringgit dan jutaan ringgit pula diterima tanpa sedar kata beliau yang kemudiannya digunakan untuk membayar hutang kad kredit. Poyolah para penjilat Najig dan keluarga mereka.
PadamJika anda bukan saya atau geng saya (mamak and the gang) ..... anda salah. Walau pun saya auta dan anda benar....
BalasPadamKehkehkeh.....
Telo Berayon a.k.a. Pemakan Dedak Tegar
PadamAlaaaahaiii.. ini saje yg mampu ngko komen..
Ya, zeti tak bincang secara khusus. Tak mahu terseret dlm politik. Tsmy pula kata gabnor ada cakap. Tsmy ahli politik. Bila berjumpa, ada yg off record. Kalu penjawat awam cakap ada kait politik, maka kes 1mdb mungkin terjejas kerana dikaitkan dgn politik. So, zeti perlu berhati2 ketika mengulas panjang. Sekurang2nta zeti jumpa wartawan dan disoal. Najib langsung tak ada soalan wartawan untuk dijawabnya. Fikir tu kena berfikir dgn teknik yg betul dan tepat.
BalasPadamBaik lagi pemakan dedak dari pemakan tahi..
BalasPadamBaik lagi pemakan dedak dari pemakan tahi..
BalasPadamSdra Admin,
BalasPadamAny latest news on TDM's visit to Saudi Arabia?
Bugis perangai macam komunis korea utara.
BalasPadamBila takut terbongkar, terus pecat, tukar, penjara, gantung dan macam2 lg.
Yang nak buat termuntah tu bila umno takutkan rakyat ttg komunis tp perangai komunis ada dlm umno.
Ya lah,, komunis yang dalam Umno lagi bahaya, siap pakai baju Melayu, bersongkok dan ikut sembahyang. Komunis luar Umno takpe kita semua boleh kenalpasti dan berhati-hati.
PadamDi negara komunis china pegawai kerajaan atau rakyat jika di dapati bersalah rasuah akan di hukum tembak sampai mati di msia kena tuduhan rasuah boleh senyum depan kamera...
BalasPadamdi Malaysia perdana menteri boleh menggunakan account sendiri menerima 'sumbangan' billions ringgit dan boleh tak tahu pulak ada 42 juta lagi dalam account yg datang dari sumber mana? Macammanalah dia mentadbir negara, kalau pengurusan hal ehwal kewangan sendiri pun failed.
Padam