Selasa, 29 Mac 2016

SD Guling Najib Sokong Ku Li..!


Patut sungguh sungguh nak me 'neutral' kan..!

Ahli Parlimen dedah SD guling Najib, sokong Razaleigh

Seorang ahli parlimen DAP hari ini memuat naik akuan bersumpah (SD) yang tidak ditandatangani di Facebook yang dipercayai diedarkan kepada wakil rakyat.
Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Liew Chin Tong bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada keperluan untuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak melakukannya.
"Ini benar-benar berlaku. Ku Li (Tengku Razaleigh) sedang dineutralkan. Saya akan lihat apa yang diperkatakan selepas ini dan saya akan dedahkan lagi," katanya.
Malah status laman Facebook miliknya tertulis kata-kata, "Untuk perhatian Tajuddin".
Sebelum ini, Tajuddin menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tengku Razaleigh adalah individu yang mencadangkan supaya Najib disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.
“Saya tidak melihat apa-apa berita (dakwaan Tun Mahathir seperti apa) yang disebarkan. Tidak ada sama sekali.
“Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.
“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Minggu lalu, Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan terbukanya kepada perdana menteri.
Jangan marah abang Taj...dia cuma menjalankan tugas sebagai penjilat..! Kerja senang...hanya guna lutut..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Berita terbaru..

    Majlis Raja2 bakal menerima deklarasi Rakyat.Ini bermakna Najib bakal diturunkan dalam masa sebulan ini...Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Tak marah dengan abg Taj... sebab mereka tu bukan lagi pemimpin dan ahli umno kerana parti UMNO dah berkubur sejak Tun M kelaur dari UMNO cuma tinggal nama saja dan bekas kencing ahli saja , kerana sekarang ini cuma parti mempertahankan jenayah menyeleweng yang dilakukan najib jadi sudah tukar la jadi perti najib bukan umno dan umno akan disahkan berkubur selepas PRU 14 nanti atau mungkin awal .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa saya kanak2 sekitar 1950an, almarhum ayah kerap juga membawa kami sekeluarga menonton di panggung wayang 'Taj' di Geylang Serai, Singapura. Pawagam 'Taj' sangat terkenal ketika itu hingga diabadikan dalam lagu 'Geylang Serai' nyanyian Ahmad CB...

      "Kalau penat singgah di panggung Taj
      Di kedai sarbat
      Di situ tempat".

      'Taj' tsbt kini dah lupus tinggal nostalgia saja. Begitu juga Taj UMNO akan mengalami nasib sama bila Najib dilucutkan jawatan PM nanti.

      Padam
  3. dah dapat dedak bro roslan..yes sir saja le...rakyat yg makin terhimpit..inilah pemimpin pujaan pemakan2 dedak..so sad

    BalasPadam
  4. nampak sngt tajuddin ni mcm bangun dr tidur. buat kenyataan hanya sbb terasa lapar (dedak dah habis kot) makhlumlah lepas bangun tido.. setakat kenyataan kucing kurap mcm taj ni baik jngn cakap. ini menunjukan yg org tua yg baling gelas pun tak pecah tu masih mempunyai pengaruh yg besar dikalangan ahli parlimen. jika tidak mcmana dia tahu tentng SD tu. lagi dia ckp yg ku li tak buat pun kerja loby mp lain tapi hanya suruh org lain yg buat bagi pehak dia. taj, hang lebih p sambung tdoq hang la.. Felcra sikit haqi lagi mampuih la mcm apa yg dah jadi dgn felda la ni. baik hang jaga felcra elok elok skit..lain kali jngn suka dok menyampok org tua tua dok cakap tau..

    BalasPadam