Jumaat, 11 Mac 2016

Buat Muka Candi Jer..!


Bank memang tak terjejas..! Yang terjejas penipu dan perompak..!

Falcon Private Bank tidak melihat kesan pada perniagaannya susulan publisiti berkaitan siasatan terhadap aktiviti dana kekayaan negara Malaysia, kata ketua eksekutif bank Switzerland itu.
The Wall Street Journal tahun lalu melaporkan penyiasat-penyiasat mengesan hampir AS$700 juta dari akaun di Falcon Private Bank di Singapura ke akaun-akaun di Malaysia, yang mereka percaya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Falcon, milik dana kekayaan negara Abu Dhabi International Petroleum Investment Company, dikatakan berkata sedang berhubung dengan bank pusat Singapura dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Dana Malaysia, 1MDB, disiasat oleh beberapa pihak berkuasa di pelbagai negara, termasuk Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Dalam reaksi kepada soalan pemberita, ketua pegawai eksekutif Falcon Eduardo Leemann semalam berkata beliau tidak melihat ada kesan terhadap perniagaan bank itu susulan publisiti sekitar siasatan itu.
“Kami sedang berhubung dengan pengawal selia di seluruh dunia secara berterusan,” kata Leemann.
“Sebarang isu kawal selia yang timbul kami 100 peratus bekerjasama.
Beliau berkata demikian dalam majlis pembukaan pejabat Falcon di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai untuk pengurusan aset dan kekayaannya bagi pelanggan-pelanggan di Timur Tengah, Eropah Timur dan tempat-tempat lain.
Reuters
Ala ala suci dalam debu la..! 
Yang memang berdebu macam mana pulak???
Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Nak terjejas pe nya. Dia relax2 je. Pi yang menuduh tu yang banyak terjejas nya. Kalut macam orang tak ada pendirian je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang larr relax2 je..duit menyamun ader berjuta..mau tak relax2 je..

      Padam
  2. abu bakar mana ko??? nape ko tak masuk lagi fb azmi tu... ko baru komen satu dua terus ko hilang..aku nak ko tibai si azmi fb tu kow kow... kalu ko terus hilang sapa lagi boleh diharapkan nak tibai si azmi tu.. satu lagi aku tak mahu pengikut azmi fb tu buat fitnah kata ko cabut lari ... aku takut ko nanti jadi bahan hiburan pngikut da plak.. ko masuk lah balik fb azmi tu abu bakar.... ko buat counter attack..dlm fb dia tu... aku nak maruah budak tu terbela balik.. boleh lah abu bakar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa aku layan orang yang sekadar berlagak pandai, lain yang dia si azmi tu merapu, isu pasal apa 1MBD tak gunakan wang pinjaman murabahah dan untung dari pinjaman murabahah itu yang dibayar oleh Petrosaudi sebayak USD 2.318 juta untuk bayar hutang kumpulan perbankan antarabangsa se anyak USD 975 juta, tetapi 1MDB pula gunakan wang USD 1 bilion yang kononnya pelaburan dari IPIC Abu Dhabi, gunakan USD 975 juta untuk bayar hutang dan hanya baki USD 25 juta, pelaburan jenis apa tu?

      Azmi tak jawab pun, dia lebih merapu pasal pelaburan cayman island bagai apahal? Saya tanya pasal apa tak gunakan yang dibayar oleh petrosaudi untuk bayar hutang tapi gunakan wang yang kononnya pelaburan dai IPIC pula pasal apa?

      Tak guna saya berhujah dengan orang tak reti bahasa macam Azmi, lebih baik saya balas komen di blog-blog lagi bagus.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Kahkahkah..
      Itu je ko mampu komen pastu kutip payment najis..

      biaq pi abu bakaq. Hg xtau apa jgn sokong apa

      Padam
    3. abu bakar ..aku takdak sapa bayar... wallahi... aku cuma mahu ko buat counterr attack di fb azmi tu... ko tak seharusnya lari tinggalkan tohmahan dan tuduhan terhadap ko macam tu sajer... kalu ko dapat tenyeh siazmi fb tu.. maruah adik juara asia tu terbela lah jugak.. takkan ko nak cabut macam adik hingusan tuu...

      Padam
    4. 811.. teruk betul pemakan dedak ni mengigaukan abu bakar..angau da tahap dewa..kesian..

      Bro abu bakar, buat bodoh jer dengan pemakan dedak tuh..

      Padam
    5. abu bakar.. aku dah sumpah takdak sapa bayar aku.. aku cuma mintak ko kembalikan maruah adik hingusan yg teruk di tenyeh dlm fb azmi tu..aku tak mahu pngikut azmi tu syok sendiri kata macam kat budak tu.. aku kalu budak tu mat rempit ke aper aku tak kisah sangat ... dia tu juara asia.. ko saja yg dapat pulih kembali moral budak tu... tolong lah abu bakar..

      Padam