Ahad, 27 Mac 2016

Nazir Ngata Najib..?


Bukan kita kata..!


“Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya.”


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengenai syarikat pelaburan negara yang ditimpa kontroversi, – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam sesi soal jawab pada program StarLIVE Business Series: Power Talks yang di Menara Star di sini, beliau berkata:

“Jumlah hutang adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya. Kedua, pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya.”

Bagaimanapun, beliau berkata, bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.

“Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB,” kata Nazir seperti dilaporkan The Star, hari ini.

Terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.

“Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses,” katanya.

Nazir berkata, orang yang bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Hahaha...baguslah ada kesedaran...tapi orang mohd najib dh kuasai PAC...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. “Jumlah hutang adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya" DS Nazir

    Jelas bahawa 1MDB syarikat bermasalah...maka pengunduran DS Najib adalah wajar kerana beliau..merupakan Penasihat 1MDB,Menteri Kewangan dan PM...yang mempunyai hubungkait dengan syarikat 1MDB...

    BalasPadam
  3. JANGAN LUPA, KONGRES RAKYAT DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE PETANG INI

    Petang ini akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre atau SACC, dengan pendaftaran bermula pada jam 12.30 tengahari dan majlis akan berlangsung antara 2.00 petang dan dijangka berakhir pada 6.30 petang.

    Program ini diadakan secara tertutup dengan kehadiran berdasarkan jemputan sahaja dan bukannya perhimpunan terbuka sebagaimana anggapan sesetengah pihak.

    Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu dan ia diinisiatifkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.

    Susunan mereka yang akan berucap ialah seperti berikut:-

    -  Zaid Ibrahim membuka tirai kongres.

    - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pendebat terbaik Asia mewakili pemimpin pelajar.

    - Fahmi Zainol, bekas pemimpin pelajar UM.

    - Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat yang mewakili MTUC.

    - Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP

    - Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam.

    - S Murugesan, bekas Setiausaha Agung MIC.

    - Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Kedah.

    - Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih.

    - Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas.

    - Sallahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah.

    - Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.

    - Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah.

    - Mohamad Sabu, Presiden Amanah.

    - Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP.

    - Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor.

    - Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya.

    - Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang ucapannya adalah kemuncak kongres kali ini.

    Satu resolusi kongres juga dijangka akan dimuktamadkan selepas itu.

    Jadi, jangan lupa...semua ini untuk negara!! (SH 27/03/2016).

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada live streaming x boss...

      Padam
  4. Memang benar dan tepat apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Nazir, 1MDB memang suatu yang sangat pelik bagi operasi sebuah syarikat, dengan hutang yang 42,000 kali ganda dari modal, macam mana nak mengendalikan dan menguruskan aliran kewangan kerana perlu membayar faedah bank pun untuk setahun sudah sampai antara 2,400 hingga 2,700 kali ganda dari jumlah modal.

    Modal 1MDB - RM 1 juta
    Hutang 1MDB - RM 42 bilion
    Faedah bank setahun - RM 2.4 bilion hingg RM 2.7 bilion (mengikut kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Husni Menteri Kewangan Kedua dalam suatu program dengan RTM pada tahun lalu)

    Melihat data-data di atas, kita boleh lihat 1MDB memang bermasalah untuk menguruskan aliran kewangan apabila faedah bank sahaja pun sudah antara 2,400 hingga 2,700 kali ganda dari modal asal, macam mana nak bayar hutang jika faedah bank sahaja pun sudah tidak mampu nak diselesaikan kerana terlalu tinggi tidak selari dengan aliran kewangan yang ada pada 1MDB?

    Sebab itula 1MDB menjadi seperti dalam lagu Salih Yaacob yang bertajuk 'Gali Lubang Tutup Lubang' di mana liriknya ' Gali Lubang Tutup Lubang, Pinjam Wang Bayar Hutang'.

    1MDB sampai perlu pinjam dari Ananda Krishnan untuk bayar faedah pinjaman bank, hutang untuk bayar hutang, bila mau selesai?

    Sehubungan dengan itu, dalam isu 1MDB ini, ia memang bermasalah dari awal kerana pengurusannya tidak munasabah dan dipercayai penubuhan 1MDB itu pun untuk tujuan yang tidak berapa jujur.

    Model perniagaan 1MDB adalah model perniagaan yang sangat tidak munasabah, merapu, dan tidak masuk akal kerana dengan modal yang kecil berhutang dengan sangat besar hinggakan nak bayar faedah pinjaman pun kena berhutang lagi, ini bukan model perniagaan, tetapi model penipuan, model nak melingkup namanya.

    Sehubungan dengan itu rakyat Malaysia sekalian perlu jelas bahawa penentangan terhadap 1MDB ini bukannya kerana menentang kerajaan, tetapi 1MDB ini sebenarnya adalah bom jangka yang akan menghancurkan ekonomi Malaysia dan menyebabkan rakyat makin teruk jika terus dibiarkan.

    Sedarlah bahawa hutang-hutang 1MDB itu jika tidak dapat dibayar oleh 1MDB, maka kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang merupakan pemilik 1MDB akan menggunakan wang perbendaharaan negara, wang milik negara yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat tetapi digunakan untuk bayar hutang 1MDB pula.

    Maka rakyat Malaysia perlu jelas dan faham akan perkara ini supaya negara dan rakyat dapat diselamatkan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangatlah tue, Takat meniaga kumpul duit main kutu jee, itu jee tahap perniagaan yang mampu diolah oleh si penipu dogol. Sampai keluarga sendiri pun terpalit dengan kemaluan yang dasyat. MOga beliau akan sekurang-kurangnya malu kat keluarga sendiri walau tak malu kepada agama bangsa dan Negara.

      Padam
    2. Agaknya Soros pun menggeleng kepala tgok cara 1mdb diurus

      Padam
  5. Nallakaruppan sudah menjadi tidak tentu arah, selepas kantoi memfitnah Anwar dalam perbicaraan di mahkamah baru-baru ini, sekarang Nallakarupan menjadi makin tidak tentu hala dengan hendak menyaman Tun Dr. Mahathir pula kononnya Tun Dr. Mahathir mendalangi penangkapan Nallakaruppan pada tahun 1999 sedangkan memang Nallakarupan adalah bersalah kerana menyimpan 125 butir peluru di mana permit membawa dan menggunakan senjata api oleh Nallakaruppan telah tamat tempoh sejak 1992 lagi.

    Nallakaruppan dalam samannya menuduh Tun Dr. Mahathir telah mendalangi penangkapan itu hingga dia kehilangan jawatan dalam Magnum Corporation, Kamunting Corporation, dan Malaysian Plantation Berhad, sedangkan hakikatnya pihak yang menangkap Nallakaruppan adalah pihak polis, dan tidak ada sebab pun untuk Tun Dr. Mahathir untuk tangkap Nallakaruppan walaupun dalam saman Nallakarupan itu, Nallakaruppan tuduh dia ditangkap kerana di kawan Anwar, sebab ramai lagi kawan Anwar tidak ditangkap, mereka tidak ditangkap sebab mereka tak ada sebab untuk ditangkap, tetapi Nallakaruppan ditangkap sebab melakukan jenayah memiliki 125 peluru sedangkan dia tidak mempunya permit untuk memiliki atau menyimpan peluru itu sejak 1992 lagi.

    Nallakaruppan patutnya faham mengenai perkara ini. Malahan saya berharap agar Tun Dr. Mahathir menyaman Nallakaruppan kerana saman Nallakaruppan ini adalah suatu perbuatan dengan niat jahat untuk memalukan Tun Dr. Mahathir dan sebagai tekanan kepada Tun Dr. Mahathir yang ketika ini sudah menyaman Najib dengan niat supaya Tun Dr. Mahathir membatalkan saman terhadap Najib itu.

    Apa yang dibuat oleh Nallakarupan ini adalah bersifat malafide iaitu mempunyai niat jahat terhadap orang yang didakwa olenya itu.

    Kepada Najib dan Nallakaruppan, korang jangan ingat rakyat di Malaysia ini bodoh untuk korang perbodohkan, kerana koranglah yang bodoh sebab menggunakan cara bodoh untuk tipu orang sebab orang tahu akan penipuan korang tu.

    Kepada rakyat Malaysia sekalian, sedarlah akan permainan kotor Najib dan kuncu-kuncunya ini, selamatkan negara ini untuk kesejahteraan kita semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nak cari Duit tu...Nak tunjukkan kat Najib yg dia bukan seblah Tun.......So Najib pun akan mula tertarik kat nalla leps ni........

      Padam
  6. Aaaaikkk! Juruaudit pun kena tukar? 1mdibi ni ditubuhkan hanya untuk dirompak...
    Penasihat yang sebenar2nya ialah losmah bkn najib...
    Sekian.

    BalasPadam
  7. Lagu ini ditujukan khas kepada Najib laki bini, kuncu serta para cybertrooper dan pengikut Najib.

    Salih Yaacob – Gali Lubang Tutup Lubang

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang

    Lobang digali menggali lobang
    Untuk menutup lobang
    Tertutup sudah lobang yang lama
    Lobang baru terbuka

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali

    Walau makan sederhana
    (Makan nasi sambal lalap)
    Walau baju sederhana
    (Asal menutup aurat)
    Walau makan sederhana
    Walau baju sederhana
    Walau serba sederhana
    Asal sehat jiwa raga
    Dan juga hutang tak punya…
    Itulah orang yang kaya (hi-hu…)

    Walau gajinya pas-pasan
    (Enggak lebih engga kurang)
    Walau hidupnya pas-pasan
    (Asal cukup kebutuhan)
    Walaupun gajinya pas-pasan
    Walau hidupnya pas-pasan
    Walaupun serba pas-pasan
    Hidup ‘kan merasa terang
    Asal tak dikejar hutang…
    Enak tidur enak makan (hi-hu…)

    Gali lobang tutup lobang
    Menggali buat menutup
    Gali lobang tutup lobang
    Sana rata sini lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Lobangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Sana lunas sini hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Hutangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang…
    Pinjam uang bayar hutang…

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  8. Najis mmg suka gali gali lobang.

    BalasPadam
  9. Sesiapa ingin mengikuti Kongres Rakyat 2016 boleh menerusi "streaming" di http://tv.selangorku.com

    Juga boleh di Astro Awani... dan juga boleh di Twitter di #kongresrakyat2016

    Acara sudah bermula pada puku 2 tadi..

    #SelamatkanMalaysia

    BalasPadam
  10. Adik pun dah malu nk mengaku abang...
    Dia tk nk brsubahatlah tu...

    BalasPadam