Realitinya kuasa media sosial amat digeruni oleh kerajaan yang tidak popular..! Bagi kerajaan yang disukai dan digemari rakyat tentunya kuasa media sosial perlu bagi mendekatkan lagi hubungan baik antara kerajaan dan rakyat..!
Namun, di Malaysia..!
Media sudah menjadi ‘terlalu bebas’ bagi kerajaan Malaysia
Portal berita The Malaysian Insider dihentikan operasinya pada minit pertama 15 Mac 2016 – seperti Ides of March – kecelakaan di pertengahan bulan Mac. Dengan 59 perkerja termasuk saya hilang pekerjaan.
Pemberhentian operasi kononnya disebabkan kegagalan mencapai persetujuan mendapatkan pemilik baharu dan berpunca daripada kerugian RM10 juta (AS$2.4 juta) dalam masa 20 bulan di bawah The Edge Media Group.
Akan tetapi ia berlaku hampir tiga minggu selepas pengawal selia internet – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) megeluarkan arahan menyekat kami berhubung laporan agensi anti rasuah kebangsaan mempunyai bukti mencukupi mendakwa perdana menteri Najib Razak di atas kesalahan jenayah, walaupun peguam negara mengatakan tiada bukti mencukupi.
Siasatan agensi anti rasuah bermula Julai lalu selepas the Wall Street Journal mendedahkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun bank perdana menteri.
Pada mulanya, terdapat kecaman terhadap laporan itu. Sumber kepada wang itu tidak pernah jelas: adakah ianya derma peribadi atau dari mana-mana kerajaan? Cukup untuk mengatakan ia kekal misteri sehingga hari ini sugguhpun terdapat penyiasatan.
Media dalam talian melaporkan semua aspek skandal itu sementara media cetak dan penyiaran dikawal taat melaporkan versi kerajaan. Kerajaan akhirnya hilang sabar dengan laporan kami memetik ahli panel bebas agensi anti rasuah mengatakan terdapat cukup bukti untuk melakukan pendakwaan.
Kami disekat pada hari sama laporan itu diterbitkan: 25 Februari yang juga merupakan ulangtahun ke 8 The Malaysian Insider. Alasan sekatan tidak pernah secara rasmi diberitahu kepada kami selain menteri mengatakan kami mengelirukan orang ramai.
Sekatan itu menyebabkan kami tersepit. Sudahlah kami tidak menjana begitu banyak pendapatan. Sekatan itu juga menyebabkan kami tidak boleh menjana apa-apa pendapatan disebabkan semua pengiklan menarik diri kecuali satu.
Trafik pembaca jatuh tetapi tidak sebanyak hasil dan ia mengundang sebab kami perlu dijual atau dihentikan operasi. Disebabkan syarikat menolak semua tawaran, mereka membuat keputusan menghentikan operasi kami dengan serta merta dan menamatkan pelayan internetnya pada hari keputusan itu dibuat.
Pemberhentian operasi kami menarik perhatian tentang kebebasan media di Malaysia. Ia sudah menjadi bebas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada internet kerana media cetak dan penyiaran kekal dikawal. Faktanya, semakin ramai rakyat Malaysia meninggalkan media cetak dan penyiaran – berpindah ke portal berita seperti The Malaysian Insider untuk membaca berita setiap hari.
Kandungan berita kami membangkitkan rasa tidak puas hati pembaca. Dan rasa tidak puas hati mereka menjadi kandungan berita kami – mengecewakan kerajaan yang mendakwa mereka bersikap sederhana dan melakukan transformasi. Beberapa portal berita pro kerajaan kembali melawan dan ruang percambahan idea meriah.
Akan tetapi keputusan dua pilihan raya umum lepas dan peningkatan kritikan terhadap skandal 1MDB dan derma misteri dalam akaun peribadi perdana menteri menyebabkan ramai orang beralih ke portal berita dalam talian dan media asing.
Kita menjadi “terlalu” bebas pada ketika berita versi kerajaan bahan ejekan dan cemuhan. Menteri dan polis memberi amaran kepada sesiapa menyebarkan berita atau kartun yang mengejak isu tu, mengatakan ianya hasutan dan berita tidak dapat disahkan.
Kebebasan media kekal tetapi ancaman dituduh menghasut dan kemungkinan dipenjarakan sudah memenjarakan minda kami sebagai rakyat Malaysia. Ramai orang sudah semakin mendiamkan diri dan kami terpaksa memberhentikan operasi.
Akan tetapi sesetengah media bebas kekal walaupun The Malaysian Insider ditutup, dicelah-celah persekitaran bermusuhan secara ekonomi dan politik terhadap apa-apa sahaja kecuali naratif rasmi.
SKMM mengatakan 52 laman sesawang sudah disekat tahun ini, dan lebih banyak menerima nasib sama seperti kami selagi mereka tidak tunduk kepada naratif rasmi. Setakat ini, hanya terdapat sebuah laman berbayar di Malaysia kerana rakyat keberatan atau tidak mempunyai pendapatan boleh guna untuk membayar untuk berita, seperti yang dilihat dalam kejatuhan jualan akhbar.
Apabila itu berlaku, kita akan kembali kepada zaman sebelum internet – informasi sehala ditentukan orang parti dan kerajaan dan kebebasan media, kebebasan bersuara hanya tinggal sebagai ungkapan.
Sesetengah berkata masih terdapat media sosial, akan tetapi itu juga di bawah kawal selia. Dan benar, kebayakan perbuaan di media sosial merupakan gosip dan spekulasi – boleh dipengaruhi mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
Kewartawanan profesional dan baik merupakan satu-satu cara bagi orang ramai mengetahui apa yang berlaku di Malaysia. Mereka perlu melabur untuknya supaya mendapat maklumat agar mereka boleh membuat keputusan tepat.
Akan tetapi kewartawanan seperti ini semakin hilang di Malaysia dan kami hanyalah tambahan kepadanya. Hari yang paling sedih ialah apabila ia pupus di Malaysia dan kita perlu membaca berita kematian media bebas di laman berita asing.
Jahabar Sadiq bekas pengarang The Malaysian Insider.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Siapa yg nak tgk news tv bila tengok banyak sangat cover up. Online news pun sama, banyak selindung. News yg berani pun dah tak banyak.
BalasPadamAlternatif yg ada ialah media asing. Reporter asing pun takut nak tanya soalan. Tak pasal kena tangkap. Negara kita dah kembali kepada undang2 rimba.
rimba la sgt dgn kangaroo news man.. nak open cam zaman TDM lah ����
BalasPadamNajib gunakan segala kuasa yang ada untuk cuba memadam api kemarahan rakyat marhaen!
BalasPadamBoleh ke? Najib tetap akan letak jawatan, hari ini atau PRU akan datang!
Kami rakyat marhaen sudah tahu apa akan terjadi;
Pemangsa; Najib beserta kuncu2nya akan diseret dihadap diadili di mahkamah seterusnya di sumbat masuk je dalam penjara.
Mangsa: parti umno yg pertama kali dijatuhkan oleh najib.
Najib mana mau lari?
Najib lari duk hawaaiii atau balik kg sumatera jadi lanun laut pulak!
BalasPadam