Isnin, 28 Mac 2016

Siapa Binatang Tu..!


Ini namanya transformasi@transforBASI..! siapa jua yang tak mengampu..! tak menjilat..! maka mereka musuh..! Musuh perlu di nyah kan dari barisan mereka..! Walau perlu 'membunuh' periuk nasi mereka yang ikhlas dan jujur dalam amanah yang digalas..!

Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.
Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.
“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.
Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi Ahad Utusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.
Ku Seman turut mengimbas kembali nostalgianya di Utusan bermula hari pertama beliau mendaftar masuk kepada Zainuddin pada 1984.
Sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.
Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.
“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.
Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.
Korban prinsip
Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.
“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.
“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.
“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.
Menulis di blognya, Zainuddin berkata, rakan-rakan Ku Seman telah diberitahu sebelum ini bahawa beliau akan berhenti.
Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.
Usaha menghubungi Ketua Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.
Jadi..tahu la siapa binatang tu..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. binatang tu namanya MADIR AL PUTRA TAKDE TELO..kan admin??

    BalasPadam
    Balasan
    1. 11:05, 11:14 & 11:15

      Takde telur atuk kamu. Siapa pemimpin beragama Islam pergi ke medan perang ketika rakyat Bosnia disembelih puak Serb Kristian. Siapa yg lantang di perhimpunan bangsa2 bersatu di New York mengutuk kekejaman Israel & USA, malah menuntut President G Bush ke muka pengadilan kerana serangan ke atas Iraq? Siapa pemimpin dunia berani memboikot buatan UK dgn slogan 'Buy British Last'? Siapa berani menyelar OIC sebagai 'Oh I See' kerana kemunafikan negara2 teluk/Arab yg pro barat/USA? Siapa pemimpin ASEAN yg tidak mudah tunduk & berani memboikot persidangan APEC anjuran USA? Najib ke.. Tun Dol ke...??????

      Kamu lahir tahun brape..sekolah kampungan Jenis kebangsaan takat standard brape..ahhhhh.m??

      Padam
    2. Skolah kat afrika selatan.

      Padam
  2. Bagi yang baru hidup dan terlalu mengkagumi Mahathir serta melihat Mahathir sebagai manusia tiada cacat cela, malah sekadar membuat tanggapan bahawa zaman Mahathir adalah zaman senang hanya berdasarkan kepada penghujung hayat pentadbirannya, tidak banyak yang dikorek tentang sejarah 6 tahun awal pentadbiran dan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

    Mahathir mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Allahyarham Tun Hussein Onn pada penghujung 1980. Sebaik-baik sahaja Mahathir mengambilalih, dia melakukan perubahan drastik termasuklah menukar polisi negara daripada sebuah negara yang bergantung kepada pertanian iaitu getah dan perlombongan iaitu bijih timah kepada negara hub pembuatan.

    Bagaimanapun, perbelanjaan besar Mahathir untuk kesemua polisinya tidak disenangi oleh para pemimpin yang lain. Walaupun hari ini, Mahathir tidak mengaku menggunakan wang pinjaman luar negara atau mengehadkannya, tetapi pinjaman daripada Arab Saudi untuk pembinaan Fasa Kedua Projek Pelabuhan di Pulau Pinang dan Lebuhraya Timur-Barat sahaja mencecah RM132.2 juta. Arab Saudi juga memberikan bantuan kewangan berjumlah RM10.6 juta dalam bentuk pinjaman untuk membina lima buah hospital di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

    6 tahun pertama Mahathir sebagai Perdana Menteri memang mencabar. Projek Protonnya dianggap sebagai sesuatu yang merugikan negara, bahkan tidak akan ke mana-mana. Projek Jambatan Pulau Pinang pula dilihat lebih menguntungkan pihak tertentu berbanding rakyat. Manakala Projek PLUS dilihat sebagai projek menggunakan dan memaksa rakyat membayar keuntungan kepada syarikat konsesi yang merupakan syarikat kroni menerusi perjanjian konsesi yang amat rahsia dan berat sebelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjelang tahun ke-7, Mahathir mula ditekan untuk meletakkan jawatan. Penentangan demi penentangan dari dalam UMNO, mahupun dari luar UMNO kerana pembaziran dan penggunaan wang terutama sekali daripada Petronas, KWSP dan Tabung Haji untuk membiayai projek-projek besarnya, menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi lemah. Beberapa skandal seperti Maminco dan BMF-Carrian juga telah menggoncangkan kedudukan Mahathir.

      Mujur pada waktu itu, Mahathir tidak berhadapan dengan dunia teknologi maklumat yang cerdas dan cergas seperti sekarang. Jadi, banyak cerita tersebut, tidak sampai kepada generasi yang gila menyokong dan mengagung-agungkannya sekarang.

      Mahathir berbangga kerana tidak meminjam dari luar, tetapi Mahathir langsung tidak bercakap tentang kerugian-kerugian besar yang dialami oleh KWSP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya kerana bail-out syarikat-syarikat kroni yang berhadapan dengan masalah kewangan terutama sekali pada tahun 1998-2000.

      Berapa ratus bilion wang Petronas yang telah dijahanamkan oleh Mahathir untuk cita-citanya yang besar, sedangkan kedudukan orang Melayu sekadar pemakan gaji manakala jutawan-jutawan dan konglomerat-konglomerat Melayu pula hanyalah beberapa orang yang sehingga kini, teras kekayaan mereka masih lagi bergantung kepada kerajaan.

      Mahathir tidak pernah menyuarakan perletakan jawatan walaupun pada ketika paling serius dalam kerjaya politiknya terutama sekali antara tahun 1997-2001. Walaupun dikatakan Mahathir memang merancang untuk meletak jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, ramai yang melihat percutian Mahathir selama dua bulan dan jawatan Perdana Menteri dipangku oleh Anwar Ibrahim adalah perangkap ke atas Ketua Umum PKR itu agar terus sibuk dan tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Mahathir. Hasilnya, Anwar diheret ke mahkamah, didapati bersalah dengan bukti dan saksi di atas tuduhan liwat dan rasuah salahguna kuasa.

      Semalam, dalam ucapannya dalam Kongres Rakyat 1200 orang di SACC Shah Alam, Mahathir menyindir Najib kerana sukar untuk mengatakan, 'saya letak jawatan', tanpa sedar, dia merupakan Perdana Menteri yang paling sukar meletak jawatan meskipun berhadapan dengan krisis-krisis besar pada tahun 1987, 1990, 1994 dan 1998-2001.

      Mahathir amat mujur kerana para penyokongnya juga jeniz Zombie yang gagal mengkaji dan meneliti latar belakang Mahathir terutama sepanjang dia menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

      Padam
    2. i pun dh boring baca bloq ni..suka jilat madir mcm suci sgt itu org

      Padam
    3. Enam tahun terawal Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau sangat berjaya, malahan dalam PRU 1986, PAS hanya memenangi kerusi parlimen Pengkalan Chepa, satu-satunya kerusi parlimen yang dimenangi oleh PAS.

      Malahan Tun Dr. Mahathir menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Jambatan Pulau Pinang, pengeluaran kereta Proton, itu semua di awal enam tahun pertama Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

      Kalau tekanan diterima oleh Tun Dr. Mahathir, mengapakah lebih dari 80% Bahagian UMNO mencalonkan Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar (Allahyarham) untuk jadi calon jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?

      Malahan semasa Tun Dr. Mahathir dan para barisan jemaah menterinya mahu meminda Perlembagaan Malaysia supaya para sultan dan raja di negara ini dihadapkan ke mahkamah jika melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang, rata-rata rakyat menyokong tindakan beliau, kerana sebelum itu para sultan dan raja bebas berbuat sesuka hati, pukul kedi golf sampai mati, pukul kadi yang silap sebut nama masa baca doa, memukul orang awam sesuka pun tak dikenakan tindakan kerana ada kekebalan sebagai raja dan sultan.

      PAS dan Semangat 46 pada masa itu beria-ia menentang pindaan perlembagaan ini kerana biasalah mereka sebagai pembangkang, semuanya mereka nak bangkang walaupun cadangan dari pihak kerajaan selaras dengan tuntutan Islam iaitu setiap orang perlu diadili dengan adil dan saksama tanpa mengira keturunan dan darjat keduniaan mereka.

      Malaysia juga berjaya menganjurkan kejohanan-kejohanan bertaraf dunia seperti Sukan Komanwel di mana pencapaian Malaysia begitu cemerlang semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

      Pada krisis kewangan 1997 - 1998, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak meminjam dari IMF akibat kejatuhan nilai matawang. Tun Dr. Mahathir bersama jemaah menteri dan pegawai serta kakitangan kerajaan dan juga pihak swasta telah bergabung tenaga di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang memantau pergerakan nilai matawang dan ekonomi setiap jam selama berbulan-bulan lamanya bagi mengambil tindakan segera untuk memulihkan ekonomi negara dan nilai matawang Ringgit pada masa itu. Kesannya Malaysia berjaya mengharungi krisis tersebut dengan jayanya. Negara jiran seperti Indonesia meminjam dari IMF, nilai matawangnya jatuh teruk, sebelum krisis kewangan 1997-98, RM 1.00 bersamaan lebih kurang Rupiah 500 sahaja, tetapi tengoklah sekarang ni, RM 1.00 bersamaan Rupiah 3,500, kejatuhan 6 kali ganda.

      Mungkin kamu yang baru lahir di akhir era Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, sebab itulah kamu tak tahu Tun Dr. Mahathir memang seorang Perdana Menteri Malaysia yang berjaya dalam banyak bidang dan mengharumkan nama negara.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Dalang kepada perpecahan UMNO 1987 dan dalang kepada pengharaman UMNO pada athun 1988 adalah Musa Hitam, sebelum itu UMNO adalah kukuh, Musa Hitam yang tamak jawatan serta punya perasaan dengki kepada Tengku Razaliegh telah memecah belahkan parti dengan menjadi batu api di kalangan pemimpin parti hingga akhirnya UMNO diharamkan pada 1988.

      Sila tanya Musa Hitam, apakah status hubungan beliau dengan Tengku Razaliegh sebelum 1987? Musa Hitam banyak kali hasut Tun Dr. Mahathir supaya singkirkan Tengku Razaliegh dari jawatan kabinet, tetapi Tun Dr. Mahathir tidak termakan hasutan Musa Hitam itu.

      Musa Hitam sakit hati, dia hasut Tengku Razaliegh supaya menentang Tun Dr. Mahathir, umum mengetahui bahawa Tengku Razaliegh tidak berapa suka dengan Tun Dr. Mahathir sebab pada tahun 1976, Tun Hussein Onn (Allahyarham) masa jadi Perdana Menteri telah lantik Tun Dr. Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri sedangkan dari kedudukan hirarki Naib Presiden UMNO, Tun Ghafar dan Tengku Razaliegh lebih kanan dari Tun Dr. Mahathir. Meskipun begitu perseteruan itu tidaklah sampai menggugat parti kerana Tun Dr. Mahathir lepas jadi Perdana Menteri terus mengekalkan jawatan menteri kanan iaitu Menteri Kewangan dan Menteri MITI kepada Tengku Razaliegh.

      Musa Hitam tak puas hati, dia cuba main psikologi dengan mengumumkan perletakan jawatan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka Tun Dr. Mahathir terpaksa cari calon untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi gantikan Musa Hitam yang letak jawatan itu, maka Tun Dr. Mahathir lantik Tun Ghafar, Naib Presiden paling senior dalam kalangan Naib Presiden, maka mungkin alasan ini digunakan oleh Musa Hitam untuk hasut Tengku Razaliegh bahawa Tun Dr. Mahathir memang mengetepikan Tengku Razaliegh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka Tengku Razaliegh tentunya makin marah dan bersetuju berpakat dengan Musa Hitam sedangkan hakikatnya Musa Hitam hanya mempergunakan Tengku Razaliegh supaya permusuhan Tengku Razaliegh dan Tun Dr. Mahathir menjadi makin keruh dan hitam.

      Kalau kita selidik balik, tak ada pun pengainayaan dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Tengku Razaliegh, kerana Tengku Razaliegh masih menteri bertaraf kanan di dalam jemaah menteri, apa yang saya yakini adalah Musa Hitam menghasut Tengku Razaliegh bila Tun Ghafar dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri, kononnya Tengku Razaliegh mahu disekat oleh Tun Dr. Mahathir.

      Musa Hitam boleh jawab dan ulas perkara ini, malahan mana-mana wartawan boleh buat interview dengan Musa Hitam dan Tengku Razaliegh untuk merungkai mengapakah Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, hubungan Musa Hitam dan Tengku Razaliegh sebelum 1987, serta mengapakah Tengku Razaliegh menerima pelawaan dari Musa Hitam untuk menentang Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan parti 1987 itu.

      Musa Hitam tidak boleh menafikan dirinya adalah dalang dalam perpecahan parti pada 1987 dan pengharaman parti 1988, kerana kerana perangai buruk Musa Hitam yang jenis dengki dan khianat tak tentu pasal itulah yang menyebabkan kerosakkan pada parti dan memecah belahkan ahli-ahli parti selepas pemilihan parti 1987 itu.

      Ini adalah hakikat dan Musa Hitam serta Tengku Razaliegh sendiri boleh menjelaskan mengenai perkara ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. Kalau pembinaan Pelabuhan Pulau Pinang itu suatu yang merugikan, bagaimanakah Malaysia nak jadi negara industri? Negara industri perlukan pelabuhan untuk eksport keluaran ke luar negara.

      Dalam isu lebuhraya PLUS, pemegang konsesi PLUS adalah agensi kerajaan sendiri iaitu pihak UEM milik Khazanah Nasional. Malahan PNB pun pemilik syarikat PLUS juga, itu pun agensi kerajaan. Lebuhaya di Malaysia ni lain sikit, sebab ada hentian-hentian dan kemudahan-kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat, penyelenggaraan kemudahan itu itu memerlukan kos yang sangat tinggi, pihak kerajaan tak mampu nak tampung kos tersebut, sudahlah penyelenggaraan lebuhraya, pusat-pusat hentian dan kemudahan pun nak kena tampung juga, rabak poket kerajaan kalau macam ni, sebab itulah ada konsesi yang dikuasai oleh agensi kerajaan, hasil dari tol semua itu pun masuk kantung kerajaan juga, maka kerajaan akan gunakan keuntungan tol itu untuk bangunkan negara juga akhirnya. Tapi puak pembangkang selama ini tak faham.

      Pemikiran oleh Tanpa Nama28 Mac 2016 11:14 PG adalah pemikiran jumud puak pembangkang pada tahun 1980an yang melihat pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan semuanya tak bagus, tetapi akhirnya mereka juga yang gunakan kemudahan yang dibuat oleh kerajan, macam kereta proton, puak pembangkang kritik penubuhan proton, sekarang ni ramai puak pembangkang sendiri yang beli kereta proton, apahal? Pasal apa tak beli kereta import sahaja?

      Bila berhujah tu biarlah berfakta yang munasabah, bukannya merapu tak tentu hala.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    6. Selain itu sdra Bakar, tanpa berbelanja berbilion macam Najib, Tun Mahathir anak Melayu dalam sejarah mengorak langkah ketika mula menjawat PM pd 1981 mempercepatkan masa GMT negara yg terpaksa diikut oleh rejim kiasu PAP Spura serta diiktiraf pihak Maritim seluruh dunia. Itulah the trait of true leader who lead not led. Unlike the zzzz pm and the notorious pm who is being led by a witch, the Yehudi consultants & bunch of old ungratefuls & young skunks.

      Salam Perjuangan.

      Speaking Without Fear And Favour,
      Othaman Bin Hj Ahmad Arbaiee Bin Hj Fafzli Bin Hj Shafiee

      Padam
  3. Kejayaan terbesar masa Pak lah jadi PM .. hilangnya pulau Batu Putih & ECM LIBRA ..KJ & KALIMULLAH .. manakala Najib jadi PM .. Perkahwinan anak perempuannya dgn Khazastan dibuat besar besaran serta anaktiri lelaki bikin Filem d Amerika Syarikat .. jasa 2 lain .. KOSONG ..

    BalasPadam
  4. Jika Ku Seman Ku Hussin, seorang watawan senior, wartawan kanan, malahan seorang pengarang sebuah akhbar ternama di negara ini iaitu Utusan Malaysia sendiri kritikal mengenai isu RM 2.6 bilion yang kononnya derma dari Arab kepada UMNO, maka sudah tentulah ada sesuatu yang sangat meragukan dan sangat serius mengenai isu RM 2.6 bilion itu.

    Sebagai seorang wartawan, sudah tentu Ku Seman Ku Hussin mempunyai maklumat berdasarkan kajiannya mengenai isu RM 2.6 bilion itu, sudah tentu beliau mendapati maklumat mengenai perkara yang sangat meragukan mengenai isu RM 2.6 bilion itu, sebab itulah beliau kritikal mengenai perkara tersebut.

    Dalam isu RM 2.6 bilion, ada jawapan dari Najib dan kuncu-kuncu bahawa wang itu adalah wang derma dari Tok Arab kepada UMNO, lepas tu ada pula kenyataan dari kuncu Najib menyatakan Najib beritahu mereka bahawa wang itu adalah derma dari Arab Saudi kepada Malaysia, sudah ada dua versi jawapan yang sangat berbeza, mana satu yang betul?

    Berdasarkan kenyataan sedemikian, wartawan senior, wartawan kanan, malahan seorang pengarang akhbar yang berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang kewartawanan sudah tentu dapat menghidu sesuatu yang meragukan dalam isu RM 2.6 bilion itu, sebab itulah beliau kritikal terhadap perkara tersebut.

    Kepada Tanpa Nama28 Mac 2016 11:05 PG, sampai sekarang tidak diketahui siapakah yang menjadi 'penderma' wang itu, bolehkah anda jelaskan kepada kami semua, siapakah penderma itu? Kerana jawapan yang diberikan oleh Najib dan kuncu-kuncu pun berbeza, sekejap dari keluarga diraja Arab Saudi, sekejap dari kerajaan Arab Saudi, sekejap dari raja Arab Saudi yang dah mati, sekejap dari anak kepada raja Arab Saudi yang dah mati itu, mana satu yang betul ni?

    Sesungguhnya Ku Seman Ku Hussin lebih berintegriti dari para menteri, timbalan menteri, ketua-ketua menteri, menteri-menteri besar, ketua-ketua bahagian UMNO yang sanggup menipu diri sendiri membela kemungkaran dalam isu RM 2.6 bilion itu.

    Ku Seman sanggup melepaskan jawatan, sanggup melepaskan kedudukan, kerana mempertahankan kebenaran.

    Bukannya macam menteri, timbalan menteri, ketua-ketua menteri, menteri-menteri besar, ketua-ketua bahagian UMNO yang sanggup menghina diri sendiri, menjatuhkan maruah diri, merendahkan martabat diri dengan menyokong kemungkaran berkaitan RM 2.6 bilion itu kerana Najib tabur habuan kepada mereka.

    Perilaku menteri-menteri, timbalan menteri-timbalan menteri, ketua menteri-ketua menteri, menteri besar-menteri besar, ketua-ketua bahagian UMNO yang sanggup menjadi seperti ternakan ditabur habuan dan berkerumun seperti ayam dan itik ditabur hampas kelapa dan padi. Ini adalah amat memalukan, sangat menghinakan maruah mereka sendiri, tetapi mereka sanggup biarkan maruah mereka diperjual beli kerana habuan yang ditabur.

    Semoga negara ini dapat diselamatkan dari orang-orang yang mengaku sebagai pemimpin tetapi kelakuan mereka tidak ubah seperti penyamun dan penyangak.

    Syabas kepada Ku Seman Ku Hussin kerana ada integriti dan sanggup berkorban jawatan demi kepentingan negara dan rakyat.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukuran....masih ada pejuang sejati seperti A. Bakar. Semalam lebih 30% hadhirin berbaju merah (termasuk saya & teman2 seperjuangan) di Shah Alam... Apalah agaknya petanda itu ye.....???

      Padam
  5. Hanya org yg ada pendirian dan takwa sanggup meletakkan jawatan atau dipecat. Sanggup hilang pekerjaan dan tersisih dari comfort zone. Apakah yg mereka tahu hingga sanggup berkorban begitu???

    Duduk dan fikir sambil minum kopi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Duduk dan fikir sambil minum kopi...."

      Yang pemakan DEDAK mana boleh duduk dan fikir sambil minum kopi ?
      Sibuk kira DEDAK.

      Padam