Rabu, 23 Mac 2016

Bila 1MDB Nak Serah..!


Akal waras akan melakukan segala usaha untuk menafikan segala tuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya..! Lebih lagi kalau fitnah tersebut boleh menjejas jawatan seorang ketua negara..! tentu cepat dan segera dalam semua urusan untuk menjernih dan membersihkan nama..!

Tak gitu?

Bank Negara masih menunggu 1MDB mengemukakan maklumat lanjut bersama dokumen lain yang diperlukan sebelum memutuskan tindakan susulan berhubung arahannya supaya syarikat pelaburan negara itu memulangkan dana AS$1.83 bilion ke Malaysia.
Ini berikutan keputusan bank pusat itu yang menarik balik kelulusan yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan di luar negara selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu diambil mengenai siasatannya.
Bagaimanapun 1MDB berkata bahawa wang berkenaan tidak dapat dihantar pulang kerana ia telah pun dibelanjakan atau telah diperuntukkan untuk pembayaran hutang.
“Setakat ini, penilaian sedang dibuat terhadap maklum balas yang diberi oleh 1MDB.
“1MDB perlu mengemukakan maklumat lanjut berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan sebelum tindakan susulan diambil setelah proses penilaian selesai,” kata kementerian kewangan ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) semalam.
Pua dalam soalannya ingin tahu sama ada bank pusat berpuas hati dengan jawapan 1MDB berhubung perintah penghantaran pulang semula wang berkenaan.
Sementara itu kepada soalan yang berasingan daripada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai jumlah jualan 1MDB dan hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diterima firma itu, kementerian kewangan itu menjawab tidak ada.
"Sehingga ke hari ini, syarikat 1MDB tidak berdaftar untuk GST memandangkan 1MDB tidak mempunyai pendapatan yang layak sebagai pembekalan bercukai," katanya.
Bagaimanapun menurut kementerian kewangan, penjualan aset-aset jana kuasa Edra Global Energy Bhd (Edra) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepada Tabung Haji adalah tidak tertakluk kepada GST.
Mana mahu lari???
Lu Fikir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Blog orang GILA meroyan makin teruk.

    Hari demi hari nampak kronik sudah sakit mental pencacai Mamakdey.

    Blog dedak lendir expired ni lagi tak tentu hala.. kesian tengok gaya orang GILA.

    Harap bertaubat dan pergilah berubat sakit kamu tu wahai pemilik blog cacai Mahadey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra 8.46,

      1. Saya melayu dan beragama islam dari sebuah negeri yang UMNO tak akan dapat bertapak sampai bila bila masa

      2. Saya bukan pro mahathir tapi sangat benci pada pencuri, perompak, penyamun dan penyalah gunakuasa.

      3. My observation is

      * anda suka berfantasi dan menolak realiti
      * anda suka auta daripada fakta
      * anda tidak ada qualms terima kepalsuan dari kebenaran
      * anda langsung tak discriminate between yang BATHIL dan HAQ

      Saya ingin bertemu anda di mana mana di bandar dalam malaysia ini apabila dengan izin Allah swt, pencuri dan penyalahguna kuasa di jel atas salahlakunya....insyaAllah

      Padam
    2. setuju... penjenayah perlu dihukum

      Padam
    3. SETUJU..

      Demi Allah, saya juga bukan ahli umno. malah bukan ahli mana2 parti. Saya berkecuali dan undi kami sekeluarga hanya pergi kepada yang baik akhlaknya, yang amanah orangnya dan tahu tanggungjawabnya.

      Saya tidak bersetuju jika rakyat yang sepatutnya ada akal waras menyokong mana2 pemimpin yang terbukti telah melakukan kerosakan dan penuh skandal. Tak kisah dari BN atau PR. contohnya, kedapatan menipu secara terang-terangan..

      Sekian.

      Padam
  2. Yang gila meroyan tu kamu, jenis cacai low class.

    BalasPadam
  3. "14. Menurut sumber industri tenaga, IPP tersebut akan menjadi hak milik negara selepas tempoh konsesi selama 20-25 tahun tamat dengan bayaran hanya antara RM10 dan RM100 sebuah."

    -Blog AKJ.

    HANYA PERLU BAYAR 10 HINGGA 100 RINGGIT MALAYSIA DAN IANYA MILIK RAKYAT MALAYSIA!!!!

    BalasPadam
  4. "7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB menjual tanah TRX kepada Tabung Haji dan pihak-pihak lain dari dalam dan luar negara. Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya menjual tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji beli atas tangan dengan harga yang mahal."

    -Blog AKJ.

    Najib sayangkan tabung haji? Jho lo berparti, berpesta ingat sikit duit ke jho lo tabur? Duit sape? Duit 1mdb, 1mdb tu duit keluarga harta pusaka najib?

    Sedarlah wahai rakyat marhaen sekalian!

    BalasPadam
  5. hahaha geng Gila sedang jilat menjilat... seronok laa gua tengok.. banglow xde swimming pool mmg murah maaa... madey talak bising pon.. apasal lu org manyak bising..

    kah..kah..kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bongok betul ni...ni namanya berbicara dgn keilmuan... Ini hal duit negara bukan duit peribadi... Tolonglah bezakan

      Padam
    2. LGE'z house is small matter compared with Najib's 2.6 bil n 42 mil rakyat's money.

      Melayu trying to tell PM melayu bernama najib iaitu beliau bersalah

      Melayu kata cai najib kata fitnah tapi melayu beragama islam yang lain kata kalau fitnah mengapa tak berani tonjolkan yang mana satu fitnah.

      Adakah zeti fitnahkah najib?
      Adakah macc fitnahkan najib?

      PDRM menyembunyi kesalahan najib
      Apandi membantu menutup kesalahan najib
      Macai menteri najib pertahankan pesalah najib

      Now you ask yourself, apa itu fitnah? Adakah anda grey matter untuk berbicara secara ilmiah? Pernahkah anda terfikir berdosa working with thief?

      Semua kita tahu fitnah itu berdosa. Namun lebih berdosa hamba Allah yang bersekongkol dengan pesalah lebih2 lagi mencuri hak rakyat..wallahuaklam

      Padam
  6. "8. Logiknya 1MDB membuat keuntungan besar apabila tanah yang dibelinya pada harga rendah dijual dengan harga tinggi. Apabila 1MDB mendapat keuntungan, keuntungan itu juga menjadi hak semua rakyat jelata."

    -Blok AKJ.

    Hutang 1mdb bertimbun timbun,camner nak bayar? Kenapa bertimbun timbun? Sebab najib dan jho lo tak pernah hidup susah, nak duit guna duit rakyat, pinjam sana pinjam sini, yang bayar balik rakyat, bukan jho lo, bukan najib atau bukan melalui harta pusaka keluarga najib.

    Ya betul rakyat.

    Rakyat pun tak kisah, orang tua umur 90 tahun plak yang gagahkan diri membela nasib rakyat....tak malukah kamu semua wahai pembaca?

    BalasPadam
  7. "1. Kalau kita berpegang kepada hukum bahawa negara ini adalah milik semua warganegaranya maka apa saja harta benda yang bukan milik individu adalah harta kekayaan milik semua rakyat jelata."

    -Blok AKJ

    Masalahnya adalah, hari ini rakyat marhaen hidup mereka masih lagi selesa, tiada tekanan.

    bila akan berlaku?

    Hari esok, apabila anak2 kita sudah membesar, apabila beban hutang meningkat (kenapa orang tua berumur 90 tahun enggan ambil hutang IMF?) siapakah harus dipersalahkan? Najib? Masa tu dia dah lari keluar negara atau dalam penjara!

    Lagi sekali, siapakah yang perlu dipersalahkan? Sudah tentu rakyat marhaen pada masa sekarang, pada hari ini.

    Nak salahkan orang tua berumur 90 tahun? Tak malukah kamu semua? Mana pegangan agama kamu semua?

    Apakah tindakan sepatutnya?

    Menuntut najib letak jawatan seterusnya dibawa ke mahkamah dan terbaik adalah mahkamah amerika syarikat dengan menyaman WSJ.

    kenapa perlu takut najib untuk melakukan saman di amerika syarikat?

    Kenapa tidak mahkamah di negara ini?

    Lihat sahaja AG yang melepaskan najib dari sebarang salah laku dan jelas menunjukkan bahawa kredibiliti mahkamah negara ini amat meragukan!


    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib buat salah laku apa ngok?
      Derma tu salah laku ikut pala hotak mamak ke?
      Salah laku anak mamak rompak duit Petronas tu kenapa AG Pataik gani lepaskan senang2?

      Kes rompakan Perwaja, simpanan wang rompakan di Swis bank libatkan Mahataik tu dilepaskan kes oleh AG Pataik??

      WHY?
      WHY?

      may be sbb perompak xsuka org baik jd PM. Perompak mahu rakan2 mereka yg naik jd PM.. so itu senang nka bodohkan rakyat

      Padam
    2. 9.55

      "Derma tu salah laku ikut pala hotak mamak ke?"

      Derma? Putera arab beri? Siapa nama putera arab tu? Kaya sangatkah putera arab tu? Apa bisnesnya? Dengar citer raja arab saudi pun tahu, bermakna kerajaan arab saudi sudah tentu tau, kerana segala bentuk sumbangan atau derma kerajaan arab saudi ditulis dan direkodkan.

      Persoalannya?

      Ada rekod dalam kerajaan arab saudi tak? Ada rekod tertulis dalam akaun perbadi putera raja arab saudi tak?

      Jawapannya?

      Takder.

      Padam
    3. 9.55

      "Salah laku anak mamak rompak duit Petronas tu kenapa AG Pataik gani lepaskan senang2?"

      Hari ini najib berkuasa, apa masalahnya untuk mendakwa salahlaku tun dan anak2 tun?

      Tetapi berlaku adil lah,

      Najib juga wajib disiasat secara telus dan dalam masa yang sama,

      Mudah je...saman WSJ di amerika syarikat? Ada berani?

      Padam
    4. Aduhai si Pengecut 10:10....

      Kami tuduh liar tanpa asas sebiji macam Tanpa Nama kamu...
      "Salah laku anak mamak rompak duit Petronas'.

      Petronas ketika era pemerintahan Tun Mahathir berdiri teguh & disenaraikan 50 syarkat teratas di dunia dgn perolehan untung berbilion-bilion saban tahun.
      Siap duit Petronas dilaburkan untuk membina Litar Perlumbaan Sepang kelas dunia yg mengharum & mempromisi nama negara & Petronas di mata dunia; dan juga memberi pulangan keuntungan ribuan juta ringgit. Kejayaan ini turut diakui & dicemburui dgn ribuan kesal oleh Lee Kuan Yew/Spura kerana tidak terlebih dulu menganjurkan perlumbaan berkenaan.

      Nah...sekarang rentikanlah repekan & carutan kamu supaya kamu tidak kelihatan bodoh & tak bertamadun.


      Padam
  8. "Kes Khir Toyo tidak melibatkan unsur rasuah sedikit pun, kesalahannya SEMATA-MATA MEMBELI HARTANAH DIBAWAH HARGA PASARAN SEMASA. Tidak ada mana-mana tanah kerajaan di Selangor yg dijual borong kpd sipemilik banglo terbengkalai tersebut. Walau pun siap dgn penilaian rasmi dari Rahim & Co, dan jualbeli dilakukan atas alasan 'willing buyer, willing seller', tapi SPRM dan mahkamah tetap dapat mensabitkan kesalahan dan Khir Toyo terpaksa menjalani hukuman 1 tahun penjara."


    SEBAB TU AKU KATA SPRM CELAKA. Macai2 anti Jib lagi celaka. SPRM asyik tenyeh Najib utk cari ruang spt Najib bolegh 'kena' inikalilah!

    Sedangkan kes LGE ini sejak 2009 (penyelewengan tanah Taman Manggis), dan LGE ialah exco Tanah negeri, dia jugak banyak meluluskan projhek tanpa melalui EXCO dan EIA.

    kes beli bangla pulak sejak 2012 laporan di buat..tp SPRM sgt GALAK utk kenakan NAJIB sjh. kes Najib lebih baru dan enak untuk di makan bersama pencacai mamak dan pakatan haprak berbanding kes penipuan sebenar yg melibatkan DAPig atau anak Mahadey.

    So kita tgk gaya satu2 org yg bertindak.. 'INTENSE' sgt hentam atau ulang tuduh spt blog cacai mamak ni.. kes rasuah lain yg betul2 depan mata jelas mereka tak kisah pon..integreti pala hotak just nk jatuhkan org yg xboleh jd rakan penyamunan. so paham lah itu adalah rekaan geng pemain politik kotor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..
      Lu ingt sprm tunduk dgn dap?
      Lame dh najib kedalam..
      Kahkahkah..
      Ulas pnjg2 tp bodoh sampah..
      Itu khir toyo tnya la pemberi dedak anda mainan siapa..
      Sepak terajang umno jgk..

      Padam
  9. anon 9:53... anda sememangnya benar. Najib dikelilingi dan cuba di ganyang oleh jerung.. buaya.. pacat serta lintah..... yg sedang lapar. ada org dlm sprm sendiri mengaku lebih rela menyokong DAP. 22 tahun menghalalkan cara.... tamatlah sudah riwayat kamu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejora 10:11

      22 tahun itu meletakkan Malaysia, Melayu & Islam gemilang & dihormati dari pengalaman saya menjelajahi semua benua. Perwaja Steel memang gagal tapi ia memberi rezeki ribuan rakyat bertahun-tahun. Ketika itu, rakyat pd amnya tidak menderitacukai GST malah diberi bantuan sabsidi bagi keperluan asas seperti beras, gandum, susu, daging & minyak. Biasiswa & bantuan pembelajaran tidal pernah sekalipun disekat. Pelaburan luar melimpah ruah bertali arus masuk membuka peluang pekerjaan. Negara membangun pesat permodenannya setanding dgn negara maju. 42 billion pinjam duit skim riba Yahudi hanya mampu menggajikan sekeciput orang saja dan membesarkan perut manusia serakah, khususnya Najib, Rosmah, Reza, Jho Low, Kandasamy & 2 penyangak yg lari bersembunyi di luar negara.

      Padam
  10. 9.53 & 10.11

    Sendiri komen, sendiri kipas? Angkat bakul diri sendiri?

    BalasPadam
  11. Kahkahkah..
    1MDB xbdaftar dgn gst. Xde keuntungan ape?
    Jual beli tanah pun xde untung..
    Kahkahkah..
    Mane punaisihat emiritus 1MDB?
    Bila nk pecat?

    BalasPadam
  12. 9:55 duduk dalam hutan...
    Masih percaya lagi 2.6b tu duit derma arab...
    Kahkahkah kesian ko dilahirkan jadi bebal sejak azali...

    BalasPadam
  13. Najib dikatakan tidak bersalah atas alasan beliau tidak tahu wang itu datang dari SRC, kononnya Najib menyangka masih ada baki lagi wang derma padahal dikatakan kesemua baki derma sudah dipulangkan setahun lebih awal dan akaun yang wang derma itu masuk sudahpun ditutup.

    Tapi Najib dah belanja wang itu. Dan sekarang dah tahu ia datang dari SRC. So GANTILAH BALIK !  

    Kalaupun tak nak dakwa Najib tapi Najib dah belanja wang yang bukan miliknya. 

    Kemudian timbul persoalan KENAPA SRC masukkan duit itu ke dalam akaun Najib ? Atas arahan siapa ? Kenapa persoalan ini tidak dijawab ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siap boleh langsaikan hutang kad kredit berjuta-juta. Alih- alih Najib dgn muka krepek tebal boleh mengaku dia tak tahu siapa yg masukkan ke dalam akaunnya tapi dia tidak tolak rezeki haram. Kalau dah tahu itu bukan haknya, kenapa guna & joli sakan tak kembalikan kpd pihak bank? Malah dia buat dekk je higggalah SPRM & Bank Negara siasat. Si Fake AG @ A Thorny General last2 cover-up tak ada kes sebab itu duit derma. Nampak sangat si Pak Pandir nie dah kena jolok..kan Najib sendiri buat arahan derma mesti ada resit bagi menggelakkan kecurangan & rasuah.

      Najib & Apandi adalah pembohong & perompak terbesar dalam sejarah dunia bagi abad ke 21 ini.

      Ingat tu pencacai Najis Tanpa Nama.... Kami dah berkerat rotan akan perang habis-habisan untuk membawa mereka ke pengadilan bila pemerintahan bertukar. Kami tidak gentar & takut seperti kamu yg buat busing tapi tak berani mendedahkan identiti sebenar.

      Padam