Rabu, 16 Mac 2016

Derma Pak Arab Lain Kot..!


Sumber boleh jadi macam macam..! Sebab dulu pernah kata takde derma..! bodoh masuk akaun peribadi..! tup tup..! masuk tapi untuk lawan IS..lawan pembangkang..! lepas tu ada ramai arab yang derma..! pastu arab dah mati tapi dapat jumpa..!

Jadi tak heran la lepas ni skrip baru keluar..!

Layan...

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut penjelasan berhubung dana lebih RM1.5 bilion yang dibelanjakan oleh BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum itu tetapi dan jumlah berkenaan tidak semestinya datang daripada sumbangan RM2.6 bilion.
Oleh itu, katanya, Idris secara tersirat mendakwa lebih daripada RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya mahu beliau (Idris) jelaskan kenyataannya. Bagi saya apa yang diumumkannya itu satu kejutan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog yang dianjurkan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong hari ini.
"Cara mereka jelaskan adalah bahawa RM2.6 bilion bukannya satu-satunya jumlah wang yang mereka terima. Ini sebenarnya satu pendedahan.
"Mereka perlu jelaskan sendiri siapa lagi yang menyumbang dan berapa banyak yang telah diberikan kepada perdana menteri secara terus ke akaunnya," kata Mukhriz.
Arab sekor kat bawah ni bila nak jumpa dan bawa balik???
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Cai bugis...jawab juga 1.5m belanja pru13 dah melanggar akta.
    Jawab jgn tak jawab.

    BalasPadam
  2. Hari ni Pengerusi SPR yang baharu telah kata bahawa pihak SPR tiada hak untuk halang parti berbelanja lebih dari had yang sepatutnya semasa pilihanraya kerana kata Pengerusi SPR yang baharu ini, hanya calon yang tidak dibenarkan berbelanja lebih pada pilihanraya.

    Menjadi persoalan saya, parti berbelanja dalam pilihanraya itu untuk siapa? Sudah tentu untuk calon mereka, maka calon juga terlibat dalam perbelanjaan tersebut, maka macam mana Pengerusi SPR yang baru ini boleh beri alasan sedemikian?

    Saya ingin mengambil contoh, dalam isu deposit pilihanraya, dibayar oleh parti, bukannya oleh calon, maka kalau macam itu, calon tak layaklah untuk bertanding sebab tak bayar sendiri deposit pilihanraya itu.

    Sehubungan dengan itu, pihak SPR mesti memberikan penjelasan yang terperinci mengenai perkara ini, jangan hanya melepaskan batok di tangga sahajalah.

    Jangan jadikan alasan kononnya parti berbelanja lebih itu bukan urusan SPR, kerana parti itu bertanding pilihanraya, itu berkaitan dengan pihak SPR.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Berita terperanjat dog.

    Pas dah bergabung dgn Ikatan yg diketuai oleh Kadir Sheikh Fadzir. Seriously, Hadi dan Kadir?? Mungkin dah jodoh mereka.

    Umno juga yg melopong. Penat hulur tgn tapi tak disambut. Kecewa lg bugis. Umno tinggal bugis dan tukang angkat saja.

    BalasPadam
  4. Berdasarkan Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian IV - Ejen Pilihanraya, Belanja Pilihanraya, dan Perbuatan Yang Menyalahi Undang-Undang, Seksyen 19 menyatakan bahawa belanja yang lebih daripada maksimum ialah perbuatan yang menyalahi undang-undang.

    Seksyen 19 (1) (a) dan (b) menyatakan bahawa had perbelanjaan bagi perbelanjaan pilihanraya untuk sesuatu kawasan parlimen adalah maksimum RM 200,000.00 sahaja dan bagi Dewan Undangan Negeri had maksimum perbelanjaan adalah RM 100,000.00 sahaja.

    Seksyen 19 (1) juga menyatakan bahawa perbelanjaan itu adalah sama dibuat oleh calon atau ejen kepada calon.

    Ini bermakna mana-mana kakitangan atau pegawai-pegawai parti yang berbelanja untuk calon adalah dianggap sebagai ejen kepada calon dalam perbelanjaan tersebut.

    Tindakan Najib membelanjakan wang sebanyak RM 1.5 bilion dalam pilihanraya umum 13 yang lalu adalah suatu perbuatan yang melanggar peraturan pilihanraya berdasarkan seksyen 19 (1) (a) dan (b) itu. Perbelanjaan RM 1.5 bilion itu telah melebihi 15 kali ganda dari had yang dibenarkan oleh undang-undang pilihanraya.

    Kerana perbelanjaan maksimum untuk 222 kawasan parlimen hendaklah tidak melebihi RM 44,400,000.00 (RM 44.4 juta) dan untuk 505 kawasan Dewan Undangan Negeri hendaklah tidak melebihi RM 50,500,000.00 (RM 50.5 juta) di mana keseluruhannya adalah RM 94,900,000.00 (RM 94.9 juta).

    Maka saya sangat tidak berpuas hati dengan penjelasan oleh Pengerusi SPR yang baharu bahawa pihak SPR tidak ada kuasa untuk halang parti berbelanja lebih, kerana walaupun pihak SPRM tidak boleh halang parti berbelanja lebih, tetapi pihak SPR punya kuasa untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan yang melanggar peraturan pilihanraya.

    Semoga Nek Tempoyak, Azmi Arshad, dan Keris Berayon dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

    Faham betul-betul, harapnya beri penjelasan, bukannya maki hamun, mencarut dan bercakap perkara-perkara yang kotor pula tau.

    Bersikap jujurlah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kamu jemput nenek tempoyak? Bila masa dia tak mencarut. Dari tahun 2013 lagi dia dah mencarut macam tu setiap kali buka mulut. Rasanya dah bercabang tiga lidah dia, kencing pun dari ujung ekor aje. Mampos aje belum lagi...

      Padam
    2. Kalau pembangkang yg belanja lebih,laju jee siasat..blh pakai ke spr ni..??

      Padam
    3. Ali, ini yg kita sedih ni... Kita sedih bila kita ragu dgn SPRM, SPR, Polis, PAC, Peguam Negara, Bank Negara, Tabung Haji, PBT, hakim dll lagi. Dah macam tak boleh dipercayai, tak boleh dipakai cakap dema. Kesian dekat saudara mara kita yg kerja di situ.

      Aku pun tak tau bila persepsi kurang memberangsangkan ini boleh dibaiki. Nak kena tunggu orang baru kot, orang yg di atas sekali. Yg ada sekarang ni memang tak boleh diharap nampaknya...

      2.6b tu derma peribadi atau dana politik atau dana pelaburan pun tak boleh diputuskan lagi hingga sekarang.

      1MDB pula kita kena tunggu siasatan dari 6-7 negara lain utk dgr berita.

      Kesian Malaysia

      Padam
    4. The rakyat's perceptions are mooted due to the deceptions committed by AhJib Go, Rosmelda and their coyotes. Worst still, they are ill advised by the evil fake Jews, APCO led by Paul Stadlen & Goldman Sachs.

      Padam
  5. sekarang jawapan betul dah tak penting. yang penting jawab walaupun jauh daripada soalan. jawapan tu penting untuk cai spin fakta untuk orang yang guna kepala lutut. yang pasti, ahli umno kuantan kata derma untuk lawan is, ahli umno lain kata untuk pilihan raya, ada juga ahli umno kata untuk lawan yahudi, ada yang dapat fakta untuk lawan dap, dan yang pasti duit ada dalam akaun presiden, sapa pun tak tahu sehinggalah terbongkar. presiden tak bunyi langsung, tukang jawab pula ada banyak jawapan. pak arab kat atas tu makin sibuk dengan perbelanjaan lebihan. perdana menteri tak ada sumber kewangan lain tetapi belanja melebihi pendapatan berdasarkan pemerhatian juri awam. bukan fitnah, tapi melihat apa yang ada pada isteri dan keluarga.

    BalasPadam
  6. Berhenti je lah wahai
    Tok JIb,
    Tak payah berpanjang kisah dengan seribu penafian dan penipuan.
    Buat melarat Tanah air tercinta ini dalam menanggung beban kesan dosa2 kerakusan pemimpin NO. 1 Malaysia

    BalasPadam
  7. Wahai pengerusi spr yg baharu...

    jika parti dikatakan tak salah berbelanja lebih dari had yg ditetapkan..maka untuk apa belanja parti itu? Merasuah rakyat secara besar2an?

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam