Khamis, 17 Mac 2016

Baca..Jangan Kata Apa Apa..!


Satu Manifestasi...
Grafiti wajah badut Datuk Seri Najib Razak dikesan dilakar pada dinding bangunan Malaysia Hall di Perth, Australia.
Perkara itu didedahkan aktivis, Fahmi Reza menerusi akaun Facebook beliau yang turut memaparkan gambar foto grafiti Perdana Menteri bermuka badut itu di bangunan berkenaan.
“Aku jumpa gambar ni di Twitter yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digrafiti dengan wajah muka badut Najib Razak (Perdana Menteri) sebagai tanda protes,” katanya hari ini menerusi Facebook.
Fahmi turut meminta rakyat Malaysia yang berada di Australia supaya memuat naik lebih banyak foto grafiti wajah badut Perdana Menteri yang dilukis di negara itu melalui laman sosial masing-masing.
Fahmi berkata, kewujudan grafiti berkenaan adalah disebabkan suara demokrasi rakyat negara ini terhad, menyebabkan wujudnya rasa ditindas oleh kerajaan.
Katanya, perasaan ditindas berkenaan dibuktikan apabila ada rakyat Malaysia yang bersuara untuk menegur kerajaan, disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political graffiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkah kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?
“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas, disiasat dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Terbaiiiikkkk...

    BalasPadam
  2. Mungkin juga gelaran 'sarkas' seperti yg diluahkan oleh reporter Australia.

    Dituduh aggresif, langgar sekatan, tiada permit kerja, akan didakwa, dipaksa keluar msia kemudian takut pm diculik. Ini yg dimaksudkan 'sarkas' oleh reporter Australia.

    So, siapakah badut badut yg memalukan itu???

    BalasPadam
  3. Kalau tun m yg dituduh, dia akan cepat2 panggil media tersebut buat temuramah. Tp benda ni tak berlaku pd tun sbb tun akan beri masa pd media. Bravo tun!!!

    BalasPadam
  4. Sya dh baca wajah badut muncul kt malaysia hall australia tu...
    Ni pgrm love PM baju merah macai najib tkde quality bas percuma duit poket rm50,makan percuma...budak2 sekolah la ni...mat mat rempit...ahli2 umno totok, semua nk percuma.
    Tuiih! tuiih love PM penyamun! jijik aku dengar.

    BalasPadam
  5. Perkataan 'GRAFITI' yang menakutkan!

    Grafiti punca berlakunya penghijrahan rakyat Syria ke Eropah dan negara jiran. Menjadi pelarian dan hidup atas belas ehsan. Ada ibubapa yg tidak berkemampuan hanya membeli tambang tiket untuk anak anak yang diposkan melalui keretapi ke Eropah.

    Sejarah bermula apabila rakyat tidak puashati dengan pemerintah. Beberapa kanak kanak telah membuat Grafiti dan menulis perkataan yang negatif tentang pemerintah. Kanak kanak tersebut telah ditangkap, dipenjara dan dibunuh. Ibubapa memberontak dan ditembak. Disinilah bermula pemberontakan diSyria sehingga hari ini.

    BalasPadam
  6. It is usual a clown is....

    -funny
    -hilarious
    -jovial
    -happy
    -uplifting
    -captivating
    -cheerful

    However, the clown running Malaysia is a....

    -smug
    -corrupt (especially)
    -arrogant
    -disgrace
    -abusive (using 3rd party deployment)
    -liar (chronic)
    -dishonest
    -deceitful
    -condescending
    -haughty
    -unscrupulous
    -irresponsible
    -add add more

    Man oh man, for what Bugis-Pirate had done....the good name of a clown is being tarnished!

    What more can one say, eh?

    MLN

    BalasPadam
  7. Dasar ala al kafirun memang nak runtuhkan Islam / Melayu. Layanlah alat propaganda warisan jahiliah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ni nama aje islam tp perangai lebih teruk dr kafir.

      Padam
    2. By trading the name of Islam to justify all the deceptions and lies made by one chronic liar does not right what is so very WRONG dude 2:55 PTG.

      There is no such thing people whom are so against...,

      -accepting money in 'DEAD SECRET' without anyone knowing and telling anybody as a sitting PM

      -putting a BIG LIE front when WSJ broke the story even thanking Haron Din in the process to defuse and deny made worst in a 'Majlis Islamiah'...LYING through his foaming saliva and through his teeth (its a punt intended)

      -fabricating MORE LIES to COVER the ORIGINAL LIES made the LIES multiply in itself becoming to affirmed that is indeed all TRUE LIES!

      .....that we the rakyat is about bringing down the government! On the contrary we the rakyat are about saving the nation and rid the one TROUBLE PM from further damaging the country!

      We are against all the nonsense that is now what UMNO, the Cabinet and the series of silly Ministers defending a CLEAR CUT CORRUPTED Chief-Pirate who should be defending himself in Court rather than the footlickers protecting and safe-guarding mal-practices!

      This, will need to be drilled into the head of all Chief-Pirate's head that the rakyat is all for the betterment of the country of beloved MALAYSIA, period!

      Runtuhkan Islam/Melayu????? Far from it silly dude!

      MLN

      Padam
    3. AhJib Go is the most sickening clown ever in history, followed by Pak Pandir Ali, Zahid Komedi, Ndas Salleh Krewak, Pendekar Taik Kucing Amin, Zakar Crushed, etc.

      Padam
  8. Di malaysia, tindakan itu akan menimbulkan rasa simpati. Seronok dilihat, tapi kesan lain

    BalasPadam
  9. Dulu zaman Tun M,,,wartawan memang tertunggu2 press conference..dan Tun tak pernah takut nak adakan PC...kebijaksanaan Tun seringkali mematahkan pertanyaan2 berbetun provokasi oleh wartawan asing..sbb tu wartawan asing pun respect kat Tun M..PM sekarang? lariiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar...Tun Mahathir tidak pernah lari dari serangan wartawan asing maupun tempatan. Tun malah selamba dgn sindirannya yg sinis tapi penuh makna mendalam. Namun begitu, beliau tetap jadi buruan wartawan kerana kata2nya menjadi bahan & tajuk utama di media & akbar seluruh jagad alam maya. Sementara di sidang akbar Tun Dol & AhJib Go, biasanya sepi dan hanya dihadiri oleh Bernama, tv 3/4, Putusan Darah, rtm aje. Berbanding dgn 2 pm kebelakangan ini, Tun Mahathir juga diiktiraf sebagai spokesman bagi negara2 membangun & negara2 Islam.

      Padam
  10. DSN ni asyik nak lari atau jauhi diri daripada isu wang derma dan 1MDB.
    Dengan orang UMNO boleh le saran mesti percaya tapi dilarang tanya.
    Eloknya hantar wartawan melodi je pi selongkar kes senggugut ni..... bikin panasssss.

    BalasPadam