Sabtu, 12 Mac 2016

Jilatan Keliling..!


Pada mulanya isu ini di suarakan..

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13.
Mukhriz berkata beliau diberitahu perkara ini selepas menyoal Najib mengenai wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.
Oleh itu, Mukhriz mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya.
"Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.
"Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?
"Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul." katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.
Mukhriz, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu.

Demi keselamatan tuhan politik mereka...maka para penjilat bangang perlu bingkas bangkit mengiya atau menafikan apa jua dengan apa jua cara..! Soal betul dan salah bukan hal..! Pokoknya Matlamat menghalalkan cara..!

Maka jilatan keliling ada lah perlu dalam menghadapi isu besar sebegini..!


Tentunya tanpa menggunakan akal fikiran..! Itu sebab semakin dijawab semakin terserlah lutut mereka yang semakin berat sementara kepala yang semakin ringan..!

Nak bodek.. tapi kurang cerdik, jadi macamnilah.. Gara-gara nak bodek dan mempertahankan Presiden UMNO yang namanya Najib itu.. Ketua Menteri Melaka secara tak sengaja telah mengakui BN telah melanggar Akta Pilihanraya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengakui perkara ini dalam usahanya mempertahankan RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib.

Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat yang telah dideahkan oleh Mukhriz sebelum ini, mereka telah dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.

Kat bawah ni undang-undang pilihanraya.. bukannya undang-undang tok nenek aku..

Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu.

Mereka yang didapat bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, terbatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak seorang pengundi.

RM1.5 Billion tu.. cuba bahagi dengan 222 Parlimen dan 576 Kerusi DUN..

Parlimen.. 222 x 200,000 = RM44,400,000.00
DUN 576 x 100,000 = RM57,600,000.00
Jumlah keseluruhan = RM102,000,000.00

Tapi BN dah habiskan lebih dari RM1,500,000,000.00?.. pergh!! berapa kali ganda lebih ni?.. tunggang langgang akta pilihanraya kena langgar..


Agak agak lepas ni mesti ada penjilat lain yang akan 'mewaraskan' jilatan keliling kat atas tu..!
Baru namanya jilatan keliling@jilatan keling..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Hahaha...idris haron nii sekor lagi penjilat tegar...zaman jadi exco pemuda umno dulu mamat nii dh terserlah kebodekannya...macai dikerah cari alasan pertahan mohd najib...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Semua undang2 bwh najib dah. Pas pun dah nampak peluang lebih besar utk menang jika najib terus berkuasa. Tu pas tukar fatwa. Tak ada ke parti pembangkang nak bawa hal ni ke mahkamah? Rasanya dah bawa tapi kalah krn kurang bukti. Sekarang keluar bukti baru, najib ni kencing merata. Parlimen pun dia kencing, org kampung terus kena tahi

    BalasPadam
  3. jilatan keliling..... he he he... lawak. macam kucing.

    BalasPadam
  4. Bloger pulak kencing keliling kahkahkahkah

    BalasPadam
  5. NYAMUK YG MENYIBUK

    Secara Strategik, Apa Sahaja Isu Yg Di Bawa Tentang 1MDB Adalah TIDAK RELEVAN.

    Ini Kerana YAB Presiden UMNO Telah Meminta Agar Rakyat Dan Ahli UMNO Mengambil Pendekatan Dgn Pemikiran Yg Positif Utk MOVING FORWARD Kerana Telah Lama Terkebelakang Melayan Isu Yg Tiada Menjadi Kes Apabila Tan Sri Peguam Negera Membuat Kenyataan Mengenai Tiada Kes Utk Di Bawa YAB PM Untuk Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Fitnah RM 2.6 Billion.

    Ianya Boleh Di Samatarafkan Sebagaimana Fitnah Cincin Jutaan Ringgit Yg Di Kaitkan Oleh Pembangkang Terhadap Isteri YAB PM.

    Namun Kerana Nyamuk Yg Melalak Kali Ini Adalah Bekas Presiden UMNO Yg Kali Ke 3 Terkeluar Dari UMNO Maka, Isu Nyamuk Ini Menjadi Hiruk Pikuk.

    Nyamuk Nyanyuk Harus Bertanya Secara Waras KENAPA TONY PUA Yang Menjadi Ahli PAC Isu 1MDB MENARIK BALIK LAPORAN POLISnya?

    Kenapa Pula DAP MEMBUAT LAPORAN POLIS Terhadap Tun Dr M Yg Di Tuduh Cuba Membawa Masuk Ribuaan Juta Ringgit?

    Kenapa Sehingga Hari Ini Tun Dr M Tidak Menjawab Isu Tuduhan DAP Ini?

    Kenapa Tun Dr M Kini Bersekongkol Dgn DAP Pula?

    Adakah Dia Mahu DAP Menarik Balik Laporan Polis Mereka?

    Pernah YAB PM Bersekongkol Dgn DAP Sehinggakan Tony Pua Menarik Balik Laporan Polisnya?

    Umum Juga Tahu Selama 30 Tahun Pembangkang Menuduh UMNO Rasuah Kerana Presiden UMNO Ketika Itu Ialah Tun Dr M Yg Di Gelar MahaFiraun, MahaZalim Dan Bapak Segala Rasuah.

    Sehingga Kini Mereka Tidak Menarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Tun Dr M?

    Adakah Pembangkang Juga RASUAH Sehingga Boleh Berkerjasama Dgn Bapa Rasuah Negara?

    Jika Tidak, Wajar Pembangkang Membuat Kenyataan Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Bahawa Tun Dr M TIDAK RASUAH

    Ini Kerana Boleh Memberikan Anggapan Bahawa Pembangkang Kini Sama Terlibat Utk Mendapat Untung Atau Upah Dari Duit Yg Beribu Juta Yg Mahu Di Bawa Oleh Tun Dr M, Sepertimana Yg Di Buat Dalam Laporan Polis Oleh DAP.

    Kaki Dangdut Akan Bersekongkol Dgn Kaki Dangdut.

    Kaki Rempit Juga Begitu.

    Kaki Dadah Juga Akan Bersekongkol Dgn Tahi Dadah.

    Kaki Rasuah Juga Akan Bersekongkol Dgn Kaki Rasuah...

    Seperti Nyamuk Nyanyuk Juga Akan Bersekongkol Dgn Nyamuk Nyanyuk Yg Lain.

    GAMIT Mendesak Agar Tun Dr M Di Balas Segala Jasanya Kpd Rakyat Malaysia Selama Ini Di Beri Keadilan.

    Lebih Lebih Lagi Jasa Tun Dr M Yg Kini Setia Bersama Pembangkang Yg Menuduhnya Bapa Rasuah Negara.

    GAMIT Merasa Kesal Dan Meminta Pakatan Harapan (Yg Masih Belum Berdaftar Seperti Kongsi Gelap) Untuk Memohon Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Utk.
    1. Menarik Tuduhan Bahawa Tun Dr M Bapa Rasuah Negara

    2. Menarik Laporan Polis Terhadap Tun Dr M Yg CUBA Atau Selama Ini Telah Berjaya Membawa Masuk Ribuan Juta Ringgit Secara Tidak Sah.

    Jika Tidak, Pembangkang Ternyata Membawa Isu Nyamuk Dan Telah Sama Nyanyuk Seperti Nyamuk Nyanyuk Yg Ternyata Tidak Relevan.

    1 Malaysia Menolak Isu Nyamuk

    1 Malaysia Menolak Nyamuk Nyanyuk.

    Azuddin Jud Ismail
    GAMIT
    12 Mac 2016

    BalasPadam
  6. Hoo putera yg tak merdeka mane panglima tengit hang dh dua hari dah tak kelihatan.Hang kena ambil taulah apa nasib dia dah kene culik ke bagai.Yang aku amat marah depa duk mengutuk dia kat fb azmi tu.Kalau ko jumpa dia ko suruh la dia cepat2 masuk fb azmi tu balas balik apa yg depa dok kata tuh..!

    BalasPadam
  7. abu bakar ..mana ko..ni aku lah yg saran ko dlm fb azmi.... nape ko tak timbul timbul abu bakar...aku harap ko saja yg boleh selamatkan maruah adik syed sigaragar tu... kalu macam ni sapa lagi aku boleh harap kalu ko terus cabut macam tu saja... fakta ko tang mdb mantap ..aku cuma nak ko tenyeh fbazmi dan pengikut dia... supaya dia tidak dapat lagi bersatira tang mdb ni..kalu ko dah cabut air muka aku pun jatuh abu bakar.. aku anggap ko lah ayam tambatan aku untuk counter attack siazmi fb tu.... jangan lah lari abu bakar.. kesian kat budak tu..

    BalasPadam
  8. Kahkahkah..
    Cacai najis semua bersatu mnyerang abu bakar.
    kepanasan sbb xmampu mnjawab hujah.
    Hebat abu bakar ni

    BalasPadam
  9. pak gamit.....ko balik, ko bertenang dulu...lepas tu ko jawap.....

    sekarang yg berak merata2 adalah najib.......yg org komplen taik busok ni najib punya......yg sebok satu dunia ni...najib dgn 1najib.....

    kenapa taik yg lama ko sibukan? apakah ko cerita taik yg dah kering tu.....bau busik najib hilang?

    kenapa ko tak salahkan hang tuah dulu...melaka jatuh.....jadi takde la dap sekarang ni? kenapa ko tak marah tunku dulu buat perjanjian merdeka, jadi takde la mca, mic.....

    use your brain....right now, right here, everywhere.....is why there were money in najib's personal account? as a government servant, an "elected leader"......it is immoral, unethical.......and he denied it the first time......clearly, honesty already shoved up his ass****.......and now he wants people to believe him......and u disgustingly digging other shits.....to cover him up......it is like others did it, so what is wrong if najib doing it?.....malaysia is doomed.....

    BalasPadam
  10. Ye la...taik lama dh kering hmpir jd tanah tk busuk, skrg taik cirit najib ni dh tersembur merata rata aku tk tahan busuk dh lima kali muntah...
    Adeeehhh...

    BalasPadam
  11. Taik yang tak pernah kering ialah sebenarnya taik fitnah kerana fitnah itu makanan penuh berkhasiat bagi para syaitan.

    BalasPadam