Khamis, 12 Februari 2015

Al Fatihah..!


Mesej yang diberitakan mesej terakhir Allahyarham pagi tadi..!

Didoakan semoga Allahyarham dicucuri rahmat. Didoakan juga semoga roh Allahyarham ditempatkan disisi roh para solehin..! Amin.

Sejak aku kecil hingga dewasa, suara beliau la yang sentiasa bermain di halwa telinga..!

Lu Fikir La Sendiri!!!


KUALA LUMPUR: Datuk Hasbullah Awang merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan dan mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Allahyarham pernah menghiburkan kita semua dengan ulasan-ulasan beliau yang mempunyai gaya tersendiri. Berikut adalah antara ulasan Allahyarham yang menjadi kenangan peminat-peminat sukan tanahair.

1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”

2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki

3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”

4. "Rashid terbang bagaikan kupu-kupu..." Piala Thomas 1992

5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”

6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006

7. “Oh sayang...hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”

8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”

9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”

10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang...bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor...mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”

11. “Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. Safee Sali di situ.. Safiq diseberang sanaa menanti bola”

12. “Satu rembatannn...ooo...terkena palang...sayang sekali...palang menjadi penghalang”

13. “Mereka berkampong di kawasan penalti”

14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar dicari... Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali”

15. “Bola dikaki Badrul Muhayat...oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon.”

Terima kasih Datuk Hasbullah Awang. Kami - peminat sukan di Malaysia - pasti merindui suara dan ulasan anda yang tentunya sukar dicari ganti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan