Khamis, 5 Februari 2015

PANAS ~ Pendedahan Siapa Sedang Bersekongkol Dengan Anwar Aljuburi..!


Kenapa dan mengapa? siapa disebaliknya? bila tarikhnya? Pertemuannya dimana? Semuanya menuntut jawapan..! Kita akan bongkar jika benar Anwar Ibrahim Aljuburi terlepas pada 10 Februari nanti..!

Nantikan..!

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan program jelajah Rakyat Hakim Negara yang sedang berlangsung di seluruh negara bagi meraih sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perbuatan tidak sihat dan menghina mahkamah.

Menurut Ibrahim, Anwar tidak bertanggungjawab kerana menjalankan kempen yang mengatakan ‘dia tidak bersalah’ dan ‘rakyat jadi hakim’.

“Ini soal perundangan dan bukannya politik. Anwar dan sekutunya yang mengambil bahagian dalam menyampaikan ucapan boleh disifatkan menghina mahkamah. Apa istimewanya Anwar ini?” tanya Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim turut menyatakan bahawa Anwar seolah-olah tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika berlaku sedemikian terhadapnya, kata Ibrahim, dengan cepat ia dicanang sebagai konspirasi untuk menjatuhkannya.

“Dari dulu dia canang propaganda ini. Orang semua zalim tapi dia saja yang baik. Anwar juga manusia biasa. Macam mana keluhuran undang-undang boleh diperkasakan jika ada manusia macam Anwar ini?

“Saya merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kempen Rakyat Hakim Negara demi kedaulatan undang-undang dan keamanan negara.

“Kalau berlaku perkara-perkara yang tidak baik, rakyat akan jadi mangsa. Semua mahu Malaysia dan rakyatnya selamat,” kata Ibrahim.

Tambah pemimpin vokal NGO Melayu itu, puak yang mencabar sistem kehakiman dan pihak keselamatan adalah golongan ekstremis dan ganas.

“Marilah sama-sama kita mendirikan solat hajat memohon pada Allah akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara kita Malaysia yang tercinta.

Ibrahim dalam kenyataannya turut menggunakan sebaris ayat popular dari Shakespeare iaitu ‘Not that I love Caesar less but I love Rome more’. Ia merujuk pada situasi seseorang yang harus diketepikan kepentingannya kerana ada sebab yang lebih besar dan patriotik.

“Kepada penyokong-penyokong Anwar, sayanglah Malaysia dan hormatilah undang-undang negara. Kasih atau simpati pada Anwar biarlah bertempat.

“Ibarat nila yang merosak susu sebelanga atau seekor kerbau membawa lumpur, semua orang jadi susah, buat apa? Ini prinsip hidup yang tidak betul,” kata Ibrahim.


Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Kenyataan Pok Him adalah tepat,itu lah sebabnya saya meletakan Pok Him dalam senarai 5 pemimpin yg saya hurmati buat masa ini,sebaris Ismail Sabri.

    BalasPadam
  2. 1. Tok Him
    2. TPM Muhyidin
    3. Ismail Sabri
    4.
    5.

    Aku x nmpk lg calon no 4 dan no 5 tu...
    yg lain.. stkt kaki kipas.. kaki metekedagah ja !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nazri Aziz
      Saifuddin abdullah
      K.J
      Hassan malek
      Omar ong
      Idris jala
      Hehe

      Padam