Akhir-akhir ini banyak mesej yang diterima dari kawan-kawan dalam parti PAS yang bimbang dengan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak. Apabila berjumpa, sungguh jelas dari raut wajah mereka ini dalam berkongsi maklumat "sulit" yang mereka perolehi.
Timbullah pelbagai persoalan. Apakah sampai peringkat itu kebencian sesetengah pihak dalam parti sendiri yang memusuhi para ulamak mereka? Ada pula yang mengatakan parti DAP yang amat bersungguh dalam percaturan ini. Malah ada yag berani menyebut bahawa DAP telah pun mengeluarkan dana (ingin juga saya sahkan jika ada sesiapa yang mempunyai bukti kukuh) kepada golongan tertentu untuk memastikan gerak kerja menyingkirkan kepimpinan ulamak terhasil apabila PAS mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru pertengahan tahun ini. Wallahu 'alam.
Kenapa kepimpinan ulamak tiba-tiba menjadi satu halangan dalam Pakatan Rapuh ini? Apakah benar kerana isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government - UG) dahulu membuat sebahagian besar kelompok dalam Pakatan Rapuh bimbang dengan kepimpinan PAS? Atau mungkinkah pengalaman percaturan memecat MB Khalid untuk digantikan dengan isteri kepada KETua UMum PKR sebagai gambaran sebenar terhadap kebimbangan mereka?
Apakah sebenarnya tujuan usaha untuk "menaja" gerak kerja menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS? Apakah semata-mata kerana ulamak dilihat tidak mampu mentadbir sesebuah negeri apatah lagi negara nanti? Atau apakah di kalangan strategis Pakatan Rapuh mereka sudah menjangkakan PAS tidak akan bersama dalam PRU14 jika ulamak terus memimpin parti Islam tersebut?
Jika dilihat sebelum tertubuhnya PASMA, isu ketidak sehaluan pemimpin haluan Liberal dalam PAS - atau seringkali disebut sebagai Anwarinas, dengan haluan ulamak sudah pun dikesan semenjak pemilihan Timbalan Presiden parti apabila undi puak ulamak berpecah akhirnya menaikkan Mat Sabu, yang sering dituduh pengamal Syiah itu, hasil dokongan kumpulan mereka yang tidak gemar dengan kepimpinan ulamak. (saya tidak setuju dengan label Erdogan yang mereka sendiri cuba popularkan - kerana Erdogan sebenarnya mendekatkan masyarakat sekular Turki kepada Islam, walhal, Anwar [dan Anwarinas] meliberalkan dan mepluraliskan masyarakat Islam kita).
Dengan pemilihan parti tinggal beberapa bulan lagi, perancangan untuk coup d'état parti PAS semakin mudah dibaca.
Dari musibah banjir, beberapa perkara aneh berlaku, baik dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan mahupun pergerakan parti keseluruhannya. Gerakan bantuan banjir parti pun dilihat berpecah. Kem Husam, Dr. Hatta dan kumpulannya seolah-olah tidak sekata dengan usaha bantuan banjir yang digerakkan oleh pentadbiran kerajaaan pimpinan MB sendiri.
Kehadiran beberapa pemimpin dari DAP mahupun PKR, yang sudahlah lewat dan banjir sudah mulai surut, nampak macam tersesat ditempat-tempat yang bukan
epicenter banjir. Dan terlalu jelas kelihatan sesetengah mereka itu berlakon dalam duka orang yang menerima musibah.
"Saluran bantuan banjir sesetengah pihak dilihat terasing dari jentera utama pentadbiran kerajaan parti mereka sendiri dan sesetengah pimpinan negeri nampak macam tersisih dari bantuan dari parti komponen PR" ... antara persoalan yang ditimbulkan oleh kawan-kawan yang terlibat.
Terbaru timbul pula:
Gabungan Impian Kelantan (GAMITAN) ...
Impian kita - ialah mencetuskan kehidupan baru dari bah besar seperti teladan Nabi Nuh a.s, ujian banjir bukan pengakhiran dari kehidupan.
Kalau pengajaran banjir di zaman Nabi Nuh a.s. - ianya menghapuskan semua orang-orang yang kafir dan hanya orang Islam sahaja diselamatkan. Sukar untuk saya fahami analogi yang mereka cuba bawakan. Tetapi istilah "impian" itu, atau dalam bahasa Inggeris "dream", mungkin mempunyai makna dan maksud tertentu. Kita bicara di lain kiriman, insha Allah.
Tertanya saya:
1. Berita pelancaran GIK terdapat di RoketKini tidak di Harakah. Mungkin jawapannya ialah kerana ianya usaha DAP. Tetapi tak kan Harakah langsung tidak siar - laman blog pro-Pakatan Rapuh banyak dah siar?
2. Di mana muka pimpinan kerajaan Kelantan? Senarai pimpinan yang hadir seperti edaran Sekretariat GIK tidak menyenaraikan pimpinan kerajaan negeri.
Apakah GIK ini suatu gimik DAP bagi memulih kegagalan lakonan yang lalu atau susunatur DAP bagi memastikan golongan ulamak tersisih dalam pemilihan parti nanti?
Cina DAP teguh berhasrat untuk ubah mindset rakyat 'setuju' ubah. Mungkin Singapore dijadikan rujukan. Anwar adalah proxy yang sangat berpengaruh kaum melayu dalam PR.
BalasPadamMelayu PAS berprinsipal Islam 'rugi' semata agenda politik parti terkubur bila bersama PR. Gerakan plurisme dan lberalisasi kehendak DAP dan walaupun pandai diolah oleh Anwar adalah satu renjatan arus besar kepada akidah umat melayu Islam.
Gerakan radikal DAP terhadap agama Islam dilihat kebangkitan kristian dan campurtangan pendakwahnya membantah peranan Institusi Islam menentang DAP menjadikan gereja pusat kegiatan gerakan saraf politik DAP di Semanenjung yang boleh memberi impak sokongan pengundi Sabah Sarawak beralih arah.
DAP dilihat berkemampuan berpolitik skala besar kerana mempunyai sokongan sumber kewangan. Sekiranya melayu disemenanjung segar dan banyak menyokong dan memilih PR, kemenangan pilihanraya 14 di semenanjung mendorong juga sokongan Sabah dan Sarawak yang dilihat pembangkang cina DAP, parti politik yang sudah lama bertapak berbanding PAS dan PKR akan jadi menang majotiti.
DAP adalah parti dominasi PR berbanding UMNO dalam BN.
Walaupun orang melayu sudah tidak suka UMNO dan mengharap UMNO tumbang kelak mereka akan menyalahkan UMNO punca melayu tumbang. Dan melayu akan datang adalah melayu radikal yang 'gila' menuntut hak melayu dipajak gadai... terpaksa bayar lebih.
mat sabu..timbalan presiden...on payroll..by dap gov.. Jadi tak payah nak cerita banyak..Ini bukan perkara tersorok...bahkan Seronok dan berbangga olih orang Pas tanpa tahu mengundang gadaian Parti... Pas memang semuanya bebal.. Hal khurafat dan ghaib cukup pakar...tapi hal nyata..buta.. Inilah petunjuk Allah yg membezakan siapa yg dihidayah dgn jangan dijauhi... Subhanallah...
BalasPadam