Ahad, 22 Februari 2015

Gerakan Singkir Mad Sabu - Ulama PAS..!


Nampaknya secara halus pihak ulama didalam PAS sudah mula mengatur langkah untuk menyingkirkan Mad Sabu dari kerusi Timbalan Presiden PAS yang akan berlangsung Jun nanti.

Pertembungan dua pihak didalam PAS sudah semakin tidak dapat dielakkan..! Puak penjilat ANwar dan penjilat DAPig tentunya akan merasa bahang tentangan pihak yang setia dengan Presiden PAS yang didokong oleh golongan ulama parti tersebut..!

Makin berserabut kuda belang hamPAS bertakebeer..!


Kita tengok saper yang kena..!

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini ditegur kepimpinan Dewan Ulama kerana beliau sering dilihat tidak sealiran pendapat dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed berkata, suka atau tidak, Mohamad lebih dikenali sebagai Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti.
Bercakap kepada pemberita selepas program Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor, Mahfouz berkata, beliau sememangnya lebih layak menegur Mat Sabu kerana usianya yang lebih tua.
"Saya secara peribadinya perlu menasihati beliau, kerana saya lebih tua daripada beliau. Sekiranya beliau berterusan begini (tidak sependapat) dengan presiden, umum akan menilainya," katanya.
Mahfouz juga menegaskan, kepimpinan Hadi sentiasa relevan dalam parti Islam itu dan sekaligus beliau layak menjadi ketua pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.
Beliau menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju sekiranya anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik ketua pembangkang atas faktor usianya yang terlalu muda.
"Saya ada dengar suara mahukan Nurul Izzah menjadi ketua pembangkang. Memang tidak sepatutnya. Dia orang muda, tak seperti Hadi. Beliau lebih berpengalaman lama dalam PAS.
"Jadi, Dewan Ulama setuju sangatlah Tok Guru (Hadi) jadi ketua pembangkang," katanya.
Sebelum ini, timbul cakap-cakap menyatakan hubungan antara Mat Sabu dan Hadi tidak sehaluan seperti ketika krisis Selangor pada Julai lalu apabila Mat Sabu menegaskan keputusan Hadi menyokong bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pendirian peribadi beliau.
Teguran itu juga dibuat ketika parti Islam itu bakal mengadakan Muktamar Tahunan pada Jun yang menyaksikan pemilihan bagi jawatan tertinggi di peringkat PAS Pusat dan sayap parti bagi penggal 2013-2015.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ditanya adakah konflik antara presiden dan timbalan presiden itu bakal menjejaskan kedudukan Mat Sabu mempertahankan jawatan nombor duanya dalam parti.
Khairuddin menjawab: "Terpulang kepada ahli. Kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. Ahli yang tentukan jawatannya, siapa lebih cocok memegang (jawatan) timbalan presiden."
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Hidup hassan ali....hidup nasharudin mat isa....hidup Islam......errrrrrrrrr.....tang mana yang islamnya?????

    BalasPadam
  2. Gua trooper Melayu. Gua respect PAS Ulama. Gua respek Dato Harun Din ...

    Kasi talkin itu PASMA. Kasi talkin itu Anwarinas.

    Kasi hancur DAP. Kasi musnah PKR.

    Hidup Islam. Hidup Melayu.

    Allahu Akbar.

    BalasPadam
  3. Perjuangan Melayu bermula sekarang mesti diarahkan kepada penyatuan pas dan umno.
    Dengan kesatuan saja kita boleh kasi diam itu cina komunis dan penjilat2 dari kaum melayu nya..

    gen2felda

    BalasPadam
  4. Hahaha l pandai kau bagi nama Pasmu dgn Pasma. Hasilnya pas pis pus. Hahahaha

    BalasPadam
  5. Mat Sabun gila kerusi..

    BalasPadam
  6. PAS busy sekarang. Sibuuk menyiapkan dokumen pembentangan hudud dan bakal menerima pertanyaan intelektual dan soalan mencabar. Moga Allah swt mempermudahkan urusan tuan.
    Gerakan singkir Mat Sabu tak penting. Hukum hudud akan menghukum sejarah hitam orang dalam PAS........ tapisan keselamatan.

    BalasPadam