Rabu, 11 Februari 2015

Confirm..!


Pastikan BN mampu merampas kerusi Permatang Pauh..! Lakukan demi Agama, Bangsa dan Negara.. InsyaAllah kita akan berjaya..!

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim lucut  kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.
Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.
Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.
Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.
Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.
Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi.

8 ulasan:

  1. *Tanah Melayu - Wilayah Persekutuan , Persekutuan Malaysia - Putrajaya.

    * Masih gah Tanah Melayu.

    Demi itu berusaha lah UMNO / BN memperkasakan semula Persekutuan Malaysia yang kian di lipat lepat pembangkang ingin di jadikan negara milik mereka sendiri....

    BalasPadam
  2. Mae.. Gah Tanah Melayu. Tapi kekuasaan Melayu tarak ada woooo

    Gah Gah Gah Gah Gah je ler.

    Ko suruh amano berusaha ape?

    Usaha habiskan harta rakyat?

    Usaha teruskan Melayu jadi brimmmm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. harta rakyat apa maksud ko. tanah sekangkang kera mak bapak ko ke, gerai jual cendol opah ko.... cuba jelas sikit, kitorang nak jugak tahu apa itu harta rakyat.

      Padam
  3. DAP tak nak kecoh ke waran tu tulis TANAH MELAYU? Another thing, pls this time around do not give any privilege to KETUM in Sg Buluh. He is nothing but the way we treated him caused him to feel that he is special and besar kepala. He is no diff wth his new colleagues in the cell. But except for sodomiser like him, at least the other inmates have their dignity....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Pihak penjara tolong jangan amalkan double standard. Jangan beri dia special treatment. Sekiranya ini berlaku, mintak banduan-banduan lain mengadu dan sebarkan maklumat ini kepada pihak media supaya rakyat boleh bantah perkara ini daripada berlaku. Ingat, sekarang ini Anwar ialah seorang penjenayah.There is nothing special about him.

      Padam
  4. Dia dah masuk...lega rasanya....kalau bebas dia macam iblis... fitnah memfitnah terus menjadi 2...dulu dia masuk aman msia...bila di bebaskan ingat dah taubat...rupanya lagi jahat dia buat...tunggang langgang orang Islam di buatnya...Syukur alhamdulillah sekarang dah aman...pengikut2 tegarnya sekejaplagi senyap le...duit tak masyuk...macamana nak buat program menipu rakyat...duit tak ada...lainlah jka yahudi akan guna org lain utk pecah belah islam di msia...kita tunggu siapa dia...hebat macam bossnya ke...

    BalasPadam
  5. Oi anon 4.45ptg, jangan lu nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si-PENGGANAS/EKSTREMIS PELAHAP-KANGKANG-BABI KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM aahhh?! BERAMBOS lu dari NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kami ini!

    Lu jgn. bikin temberang aahhh! Lu berangan puak PENGGANAS PKRSODOM/DAPBANGKAI jadi PM - BANGANG!

    PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG PENGGANAS/EKSTREMIS ANTI-ISLAM/umatnya dari si PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

    BalasPadam