Rabu, 4 Februari 2015

Bangun La Hassan Malik..!


Bangun la weiii..buat malu orang Pilah jer..! Apa tindakan drastik pihak KPDNKK..! Takkan mengatakan pandangan Ismail Sabri sebagai pandangan peribadi dah kira selesai kerja..! KPDNKK dah berjaya..!

Dah ekau minto kek TNB poii turun kan harga..! Dah ekau maki SPAD kerana tak menyenaraikan harga baru pengangkutan awam..! Ekau buek apo san..!!! Ekau tido ko..!

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta menyenaraikan jenis barangan yang perlu diturunkan harga sebagai panduan kepada pemborong dan peniaga.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Datuk Yusof Ismail, berkata penyenaraian harga barangan perlu supaya peniaga dan pemborong tidak menaikkan atau mengekalkan harga sesuka hati walaupun harga minyak turun.
Beliau berkata, selepas harga minyak petrol dan diesel turun baru-baru ini, pengguna mengharapkan harga barangan yang naik sebelum ini, diturunkan dan tidak membebankan mereka untuk berbelanja.
"Harga barangan tempatan sepatutnya diturunkan ke tahap jauh lebih rendah berbanding sebelum ini," kata Yusof ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauannya di pasar basah sekitar Alor Setar mendapati harga ikan kembung dijual lebih murah pada harga RM6 sekilogram manakala harga pemborong kira-kira RM4 sekilogram.
Yusof berkata, harga barangan keperluan harian yang diimport seperti bawang dan kentang perlu dikekalkan berikutan faktor kejatuhan mata wang negara ini.
"Tinjauan saya juga mendapati barangan import seperti bawang besar dijual pada harga RM2.50 sekilogram dan ia sama seperti sebelum ini, serta tiada kenaikan harga melampau walaupun ringgit jatuh," katanya.
Selain itu, Yusof berkata kementerian juga perlu memantau harga makanan dan minuman di kedai-kedai makan serta restoran yang mengenakan harga tinggi kepada pengguna.
Beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan penurunan kos bahan api yang digunakan untuk menghantar barangan basah ke premis-premis berkenaan.
"Contoh makanan yang harganya naik secara melampau adalah seperti roti canai dan mi goreng di restoran. Satu garis panduan perlu dikeluarkan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini," katanya.
- BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Kalu dah menteri umno pun dh bangang mcm ni..ahli biasa lagi la 10 kali bangang..bloger pun 20 kali bangang..jahanam la malaysia kalu mcm ni punya level menteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke bangang tu asal keturunan tok nenek ko....apa2 ntah ko ni.

      Padam
    2. kau nak kata kami bangang...ikut suka ko lah...yg penting kami tak sekali kali pangkah PR...sebab siapa sokong PR lagi bangang...tahi dikata nasi..ptuih..

      Padam
  2. dah tau makan kat restoran mahal masak senderi kan lebih jimat buat apa makan kat restoran

    BalasPadam