• Mohamad Hasan
 1 / 1 
SEREMBAN - Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengenalpasti sebuah pertubuhan haram yang bergerak di negara ini dan cuba merosakkan iman serta akidah umat Islam yang berpegang kuat dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan, pertubuhan berkenaan juga dikenal pasti turut mempunyai pegangan yang lebih cenderung mengajak umat Islam supaya menumbangkan kerajaan dan menubuhkan kerajaan baharu.

Beliau berkata, pertubuhan haram yang tidak didaftarkan itu dikenal pasti bergerak menerusi pengedaran risalah-risalah, malah di sesetengah negeri secara terang-terangan mempunyai pusat pengajaran mereka.

Menurutnya, walaupun belum menular ke negeri ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mengambil langkah segera bagi memastikan ia dibanteras lebih awal.

“MKN tidak boleh membuat keputusan berhubung tindakan yang bakal diambil, sebaliknya satu kertas cadangan akan disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dibincangkan dalam mesyuarat penuh Mains nanti.

“Pegangan dan aktiviti pertubuhan itu akan dibahaskan ahli Mains yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ulama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, Mains akan berperanan dalam membuat keputusan bagi mengelakkan fahaman itu menjadi ancaman kepada akidah umat Islam dan keselamatan di negeri ini.

“Lebih baik kita bimbang sekarang, walaupun penularan fahaman dan pegangan sesat dari pertubuhan-pertubuhan haram belum membimbangkan lagi di negeri ini.

“Elok kita ambil langkah awal kerana jika ia dibiarkan dan tidak buat apa-apa tindakan, akan boleh mendatangkan masalah serta merosakkan akidah umat Islam," katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!