Isnin, 16 Februari 2015

Sekadar Dengar Pengumuman Ajer Ke..!


APa maknanya kalau BN tak bertanding..! 

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai PRK Dun Chempaka pada Rabu ini, berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lepas.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR menerima pemakluman  rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dun Kelantan, Datuk
Abdullah Ya'kub, semalam.

Mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Abdul Aziz Mohd  Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, di sini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan Dun N06 Chempaka, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.

"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya.

Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaan.

Semalam, Abdullah dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim berkata, berdasarkan kepada Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan, kekosongan sesuatu kerusi Dun Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari aripada tarikh SPR mendapati kerusi tersebut kosong.

Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lalu selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di
Kubang Kerian, sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.

Pada PRU13 lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. kalu bn tak bertanding bn akan kalah segala-galanya....lebih penting maruah....memang dari akal org biasa pas akan menang kerana nik aziz pemimpin yg boleh dianggap ritual kpd org kelantan dan sebahagian rakyat Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan dia sendiri melainkan kehendak Allah sebaliknya... jika bn kalah kerusi kerusi itu... mereka hanya kalah satu.....kalah kerusi bukan persoalannya...tapi jika bn tak bertanding di mana maruah mereka...ini politik...pas dan pakatan akan menggunakan ini sebagai isu umno/bn takut kerana sudah tak diterima rakyat....kesannya keseluruh Malaysia...alasan nak rapat perhubungan adalah tidak kukuh...apatah lagi pihak pas selalu mengatakan umno terhegih-hegih bagai hidung tak mancung pipi tersorong2....aruah nik aziz semasa hidup tak pernah bersetuju untuk bekerjasama dengan umno....alasan nak guna wang bantu rakyat yg ditimpa bencana...itu juga tidak kukuh...kenapa terkial-kial umno/bn sendirian nak pulih keadaan sedang bencana Allah kerana kerakusan pemimpin mereka memunggah kazanah hutan di negeri mereka....apa yg nak diharap oleh umno/bn dengan tidak bertanding... selama ini perinsip yg ditanam oleh pemimpin mereka ialah bagi kita ambil...undi bagi pada pas....mudah cakap umno/bn kehilangan maruah....sokongan pas dapat...jika sekiranya ada pihak lain yg bertanding mereka lebih bermaruah walaupun hilang wang pertaruhan....lu fikir la sendiri...

    BalasPadam
  2. Dulu org pkr letak jawatan tanpa sebab...sibuk nak bertanding walaupun ramai cakap jangan bertanding sebab itu semua sia2 dan membazir..

    Yang ni memang patut bertanding sebab kekosongan kerusi adalah disebabkan kematian penyandang jawatan..tapi tak nak pulak..

    Telur dah hilang....

    BalasPadam