Nak timbang apa lagi..! kalau betul nak serah..buat ajer la..! Jangan main tarik tali..! Jangan buat negara kita macam budak budak..! Jangan cuba nak mengungut pulak..!
Kerajaan Australia akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi, termasuk melibatkan Koperal Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan kerana membunuh, kata seorang menteri Australia.
Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton berkata perkara berkaitan Sirul Azhar itu ditimbulkan pada perjumpan beliau dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Dutton bagaimanapun menegaskan perkara itu melibatkan proses undang-undang yang ketat.
Ketika mengesahkan kepada wartawan penghantaran pulang Sirul Azhar antara topik yang dibangkitkan pada perjumpan dengan Ahmad Zahid, Dutton berkata: "Perkara ini boleh memakan masa yang panjang. Kami menghormati sepenuhnya negara anda, kedaulatan undang-undang anda. Namun, ia perlu melalui satu sistem undang-undang yang amat ketat."
Sirul Azhar ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan, ketika mengubah keputusan Mahkamah Rayuan, mendapatinya dan Cif Insp Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar.
Pada 20 Januari, Sirul Azhar dilaporkan ditangkap pihak berkuasa imigresen di Queensland, Australia, kerana melakukan kesalahan imigresen. Laporan itu juga menyebut dia ditahan di pusat tahanan imigresen.
Pada 16 Januari lepas, The Sydney Morning Herald melaporkan kerajaan Australia tidak akan melayan permintaan kerajaan Malaysia supaya menghantar balik Sirul Azhar.
Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang itu diekstradisi bagi menghadapi kesalahan yang membawa hukuman mati.
Dutton juga dihujani soalan oleh pemberita tentang bagaimana Sirul Azhar boleh membuat dan menerima panggilan telefon berikutan dakwaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar beliau berjaya menghubungi bekas anggota unit tindakan khas itu.
Bagaimanapun, Dutton berkata beliau tidak dapat menyatakan sama ada mana-mana individu di Malaysia menelefon Sirul Azhar.
"Itu sesuatu yang saya tidak dapat sahkan atau nafikan," katanya.
Isnin lepas, Mahfuz membuat pengesahan di hadapan para wartawan tempatan dan antarabangsa bahawa beliau berjaya menghubungi seorang individu, yang mendakwa dirinya sebagai Sirul Azhar, setelah mencuba sebanyak 15 kali untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia akan membuat permohonan agar Sirul Azhar dihantar pulang dari Australia atau mengatur pertukaran banduan dengan negara itu.
Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas Dutton beredar dari tempat perjumpaan mereka.
Malaysia memuktamadkan perjanjian ekstradisi dengan Australia pada 2006. – Bernama
Belum buat permohonan lagi..! Bukan main riuh rendah dibawah ni..kerajaan belum buat permohonan ekstradisi lagi rupanya..!
Kalau tak boleh juga ekstradisi batalkan ajer la perjanjian dengan 'budak' Polis dunia tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kalau tak boleh juga ekstradisi batalkan ajer la perjanjian dengan 'budak' Polis dunia tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
mungkin AUSTRALIA tidak akan membenarkan ekstradisi Sirul ke negara Malaysia kerana mereka menetang hukuman gantung sampai mati..Sekarang ni pun mempunyai renggang akibat isu penggantungan rakyat mereka di Indonesia yang didapati bersalah atas tuduhan penggedaran dadah.Isu ini sekarang tengah panas di Indonesia dan Australia.Mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan dan menghantar Sirul ke Australia untuk melarikan diri dari hukuman di Malaysia dan menjadi bahan percaturan dan permainan politik..
BalasPadamAustralia currently led by Abott is a country founded on convicts from the UK. The country is a proxy for the west and will remain so albeit a rogue state.
BalasPadamOn the other hand, Malaysia though an independent muslim country is led by an abject najib, though not a proxy leader of the west, who will go down in history as the worst PM Malaysia has ever had.
No explanation needed when his KDN minister a well known believer and worship rhetorics failed to handle sirul's case. Extradition or none is a foregone conclusion.
Whilst i love my country and would strongly support the government of the day, najib's regime has gone from bad to worse......unless there is a change of head, we may see a new government of the day installed come pru14....God forbids.