Ahad, 8 Februari 2015

Sasauan Negara Mahu Hadi Berambus..!


Sasauan negara berpuisi lagi..! kali ini sasauan ni mahu Hadi dan hamPAS berambus dari pakata haram..! Agak agak masih ada maruah lagi ke kuda belang hamPAS ni..!

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk keluar dari gabungan pembangkang sekiranya tidak terus komited bersama Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata Hadi tidak patut berkata adalah mengikut suka beliau untuk menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin lapor The Malaysian Insider. 

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur. Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab,” tambah Samad Said yang mesra disapa sebagai Pak Samad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Ibu Pejabat PAS, Ahad ini.

Mohamad berkata beliau dimaklumkan, Abdul Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut setelah sekian lama ia tidak diadakan.

Khamis lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata wakil dari parti itu hanya akan menyertai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sekiranya Abdul Hadi hadir ke mesyuarat tersebut.

Alasan yang diberikan, kerana DAP tidak mahu pemimpin PAS membuat sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan Pakatan Rakyat selepas mesyuarat itu.

Selain DAP, PKR juga berharap Abdul Hadi akan hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat esok.



Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. makin tua makin sasau....heran aku....apa ada dalam hati sasauan negara ni ye...mana letak akal pikirannya....sentiasa di awangan ke...berkhayal dan berangan2 saja.

    BalasPadam
  2. Memang Samad Said tidak layak lagi jadi sasterwan negara. Apakah sumbangannya sebagai ilmuan negara. Berterampilan tidak menujuk sebagai negarawan. Pakai compang camping berbau dgn janggut dan rambut tdk terurus. Sasauan Negara tidak guna akal lagi tetapi beremosi dlm dunia khayalan. Hebat manalah karyanya sehingga dianugerah Sasterwan Negara. Dia jadi sasau apabila sajak2nya tdk mendapat sambutan lagi. Siapalah hendak baca kalau abgan2 sendiri dan shok sendiri seperti orang sasau sahaja. Dia tidak meyumbang kepada khazanah ilmuan yang boleh dipakai didunia akademik dan ilmuan . Biarlah dia terus berangan2. Ambiga, Lim Kit Siang suka pergunakan orang seperti ini.

    BalasPadam