Jangan beri amaran jer..! ambil tindakan..! puak puak komunis ni bukan makan ajar dengan cakap..!
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini memberi amaran keras dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menjatuh dan mencemarkan imej badan kehakiman.
Arifin memberikan amaran berikutan kritikan hebat terhadap institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Arifin berkata, meskipun terbuka kepada kritikan tetapi tidak akan bertoleransi dengan dakwaan tidak berasas yang tersebar di laman sosial dan forum.
"Kita melihat perkara ini amat serius dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak," katanya dalam ucapannya di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
Katanya, kritikan tidak berasas terhadap kehakiman hanya akan melemahkan pentadbiran keadilan dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi tersebut.
Beliau berkata susulan kecanggihan teknologi kini membolehkan orang ramai memaparkan pendapat dan komen tentang apa berlaku di sekeliling mereka dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
Ariffin berkata pendapat itu kemudiannya dengan mudah tersebar meskipun ada sesetengahnya tidak wajar dan boleh dipersoalkan.
Katanya, rakyat bertanggungjawab melindungi imej dan maruah sistem kehakiman supaya pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan.
"Dalam hal ini saya menyeru terutama peguam supaya tidak bertindak dengan cara melangkahi kedaulatan undang-undang untuk menyalurkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah," katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyatakan pendapat dan komen di media sosial kerana ia mudah tersebar.
Arrifin yang juga salah seorang daripada panel lima hakim yang mensabitkan Anwar bersalah enggan memberi komen lanjut mengenai kemungkinan akan mengadakan prosiding komital terhadap ketua pembangkang itu kerana menyerang hakim.
"Yang itu saya tidak tahu. Ia perkara berlainan," katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Mengikut prosedur, badan kehakiman akan memulakan prosiding kerana insiden itu berlaku di mahkamah.
Katanya, beliau tidak mendengar apa yang diucapkan Anwar dari kandang tertuduh memandangkan beliau menangguhkan prosiding tersebut.
"Pendekatan saya apabila diucapkan tidak adil, lalu saya menangguhkan prosiding bagi menenangkan keadaan. Saya tidak bangun dari kerusi," katanya.
Ariffin berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi ke atas sesiapa dan mahu menjalankan tugasnya dengan penuh keikhlasan.
Arrifin yang menggulung 116 muka surat penghakiman memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar kemudiannya bertindak menyerang penghakiman tersebut apabila berkata mereka tunduk kepada penguasa politik dan menjadi sebahagian rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman.
Anwar berkata ada perkara tidak kena apabila Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan hanya selepas beberapa minit keputusan disabitkan.
"Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman," kata Anwar sebelum Ariffin meminta peguam pembela, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Anwar untuk berhenti.
Sri Ram berkata kepada Arifin anak guamnya mempunyai hak untuk bersuara di mahkamah di mana ia kemudiannya dibidas Arifin dengan berkata:"Ya, bagi rayuan tetapi bukan untuk menghentam mahkamah.”
Bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih terus menyerang hakim, dengan berkata:"Kalian mempunyai pilihan untuk membuat benar daripada salah tetapi memilih kekal di sisi gelap.”
Ia menyebabkan Arifin dan panel lain meninggalkan bangku meskipun Anwar masih belum habis bercakap.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Salam....
BalasPadamSaya ingin bertanya, perlukah bagi AMARAN sebelum bertindak??
Najib, zahid, hishamuddin, nazri, khairy dan sekarang ketua hakim menggunakan perkataan "beri amaran dan akan bertindak".
Saya selalu baca kes di singapore, france and even the uk and us...they do not forewarn but act swiftly to prevent things from getting worse and may cause problem in the near future (proactive as well as preventive).
Cannot malaysian authorities do the same? Just asking
Setuju...jgn asyik amaran amaran amaran..ini olang cakap penakut namanya..bukan jantan..cuba senyap senyap perhati..ada saja yg kurang ajar terus NGAP..less talk..ada fahamkah...sejak dari masa hisham jadi menteri KDN..ayat ini sajalah yg kita dengar sejak beberapa tahun lepas. Tindakan yg rakyat dok bantu.
BalasPadamMasalahnya menteri amaran yg sdg ditonjol utk jadi PM
BalasPadamAmaran ialah kerja orang bodoh & malas..
BalasPadamdah ada kuasa, kekuatan tak mahu kerja..
Bolehla ditafsirkan Mereka Ini menteri2 bodoh dan malas.
aaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaraaaaaaaaan nanti kau jaga kau tu je laa
BalasPadambiasanya yang asyik beri amaran ..kuasanya pada orang lain. berkokok ada..melawan tiada..ibarat ayam kokok pagi..bising seluruh kampung..
BalasPadamDulu kita ingatkan Hisham saja yang menteri amaran, dan diikuti dengan menteri KDN yang ada kini, tetapi sekarang sindrom AMARAN AMARAN AMARAN ni telah berjangkit kepada hakim pula. Apa nak jadi ni. Kalau tengok cara pembangkang mereka bising, bising jugak tetapi tindakan dijalankan jugak. Pihak kerajaan kenapa tak ikut SOP yang sama eh...TAKDE TELOR KE.
BalasPadam